Pages

Sunday, November 29, 2009

Bercuti dan Belajar .Huhu..

Salam

Seperti yang dibertahu, i'm off to korea hari ni.To be precise, malam ni di KLIA, naik Korean Airlines.Mana laa tau ade blogger yang kerja sana ke, boleh jumpe..teeheehe~

Just nak bagitau, ini bukanlah vacation dengan family. <-- ni yang kurang best ni. Tapi ni ke korea dengan beberapa pelajar fakulti bersama lecturer.Wakaka.Sadisnya.Nak buat macam mana, dalam surat kata tak boleh bawa family.Huhu.Jadi, walaupun flight saya malam, kejap lagi dalam pukul 3 kena kumpul di kampus.Alahai..

Antara yang kami akan buat adalah beberapa aktiviti di Seoul National University. Budak-budak ni cakap, mungkin kena buat speed programming.Come on laa, tak perlu kot aku rasa.Hehe..

Mungkin juga senior yang ikut ni (err, saya second year ye, masih junior :) )kena bentang project sarjana dorang.Haa, bagus kalau macam tu. Lagipun, dorang ni lah golongan yang disuruh membawa laptop. Maksudnya memang ada kena buat kerja.

Sebenarnya, untuk cuti ni, selain daripada snorkelling dengan kawan-kawan pengakap yang dilepaskan seperti entry ini, aku juga melepaskan peluang ke ITB.Institut teknologi bandung.Yeah, doktor dayang pun tanya kenapa tak jadi pergi.Sebabnya, program habis masa raya haji.Dan, aku tak nak kelam kabut nak prepare untuk ke korea pulak.By the way, ITB adalah antara universiti yang terbaik dalam bidang komputer di asia tenggara.Ranking dia lebih tinggi dari  universiti kat Malaysia termasuk UTM sendiri.Kagum bukan?Jap, ni Dr Dayang bagitau, kalu dia tipu, maksudnya aku pun tipu...huehuehuhu.

Cuti ni juga daku bekerja :-). Okay, ni nak bangga kejap, sebab tak sangka ada bakat.Ahaha.Kerja nya dalam bidang komputer juga, ada kena menulis sikit-sikit dan banyak mencari maklumat.To be honest, kerja yang Mr Hairuddin offer seperti entry ni adalah lebih mudah dan masyuk sebenarnya.Tapi, i still pilih kerja sekarang sebab banyak belajar.Dan minat juga. Tapi tak boleh la bagitau kerja apa.Tak nak mencapub. ;). Kalau dah lama-lama, aku cerita okay?

Well, my boss pernah datang dan meninggalkan jejak di blog ni.Hehehe.In case dia baca entry ni, ada satu pesanan..

..boss, saya memang tulis sesedap rasa je kat blog ni.Harap terhibur.Muehehe~
Jangan lupa bagi komen, lepas tu follow la I sekali. ;P..

-untuk kedua-dua boss-

Okayh semua.Kembali ke duniaku semula.

Apa lagi erk nak bagitau, erm..haa, widget top commentor di sidebar ni sudah semakin sengal. Siapa -siapa yang persasan, dia memang berubah-ubah.ET pun cakap seperti dalam kotak komen entry ni.See..

Dan semalam, pergi blog bain dan he makes my day.(ok, ni entry lain).Terima kasih bain.

Komen still tak auto publish. Kena dimoderate oleh owner blog ini <--saya lah tu. Kalau ada kesempatan untuk online di sana, komen akan diapprove laa.Dan kalau sempat lagi, ada entry baru.Huhu.

(err..boss, nanti kalau ada masa jugak, saya siapkan sekali kerja kat sana ;) )

Last but not least, rajin-rajin datang ke blog ku, walaupun tak ada entry baru, heh. Klik nuff sekali.Lalala~

p/s: klik semua 'entry ni' ni tab baru ae.
Tahniah pada semua yang menang untuk contest Lumut.
Kalau rindu, klik archive ku dan baca. :)
Avid gunner<--dah balik belum?Best tak?

~banyak nyee nota kaki~

Saturday, November 28, 2009

Tak Enjoy Packing

Salam

This sunday, I'm going to Korea. And now, tengah buat the last minute packing. Stress I.haha. Sebab ini kali pertama vacation pada musim winter.

Dan tercari-cari tali pinggang yang tiba-tiba hilang.Betul la abang izzat pernah cakap dulu, worst thing happens at the worst time.

Ok.Update pendek je.Nak try-try baju balik semula, heheheh...

p/s: macam mana dengan H1N1 semasa ae.Perlu kah pakai mask..?

Friday, November 27, 2009

Mari Berlink. dan Kekurangan

Salam

So macam mana dengan aidiladha korang?Ada drama kejar-kejar macam main polis entry dulu tak?haha..

Hari ni Jumaat,esok weekend, lagi sunyi laa blog ni, tak ramai orang berblog.Huhu.

Takpe, teruskan hidup ;)

Blog ni masih ada banyak kekurangan, paling nyata ialah tiada tarikh? What the fish! Maleh betul nak cari coding dia. Editing akan ambil masa, so bukan dalam masa terdekat ni. Hee, tapi Kuwe dah perasan laa, ehehe, tajam je mata ye En Kuwe ni.By the way, in case kalau ada orang tak faham, maleh itu adalah seperti malas-malas.Slanga.

Lagi satu adalah tab button yang masih belum di link kan. Ohoo, kena buat entry khas dulu baru boleh link. Maka, bukan sekarang juga.Lalalala~

Ape lagi.Hurm, yang lain tu minor.

Tapi kan, pelik betul dengan widget top commentor kat sidebar sebelah  ni sebab dia berubah-ubah. Berubah kedudukan tu takpe, ni berubah bilangan komen. Tak pelik ke? Hari ni sharamli punya komen ada 40, esok 37, lepas tu 42.Hishhh, ni dia kira percentage ke?

Aissshhhhhh~

Papepun, bawah ni adalah full list top commentor blog ini.Terima kasih sebab rajin beri respond. Tapi..tapi, yang tak beri komen pun terima kasih sebab sudi baca entry dan singgah.Cuma tak ada jejak je laa.





Okeyh, Blog mereka semua besh besh belaka. Sila klik, baca entry dan komen.

p/s: salam aidiladha!

Friday, November 20, 2009

Buat aku tersenyum

Salam

Sedang daku asyik menaip dan surfing internet di bilik adik ku, tiba-tiba ayah datang sambil bertanya khabar.Di tangannya, ada mp4 milik ayah yang dibelikan adik suatu ketika dahulu.
Dalam adik-beradikku, Malik dan Shafiee yang rajin masukkan apa-apa fail dalam tu.

Ada cerita di sebalik mp4 itu, cuma itu bukan kisahnya.


Ok, aku jawab khabar baik dan katakan padanya duit belanja cukup, semua ok, ada kerja sikit nak buat..etc..

Ayah angguk dan beredar..
kemudian masuk bilik semula sambil berkata..

"..masukkan lagu dalam mp4 ayah, tolong download kejap sambil-sambil buat kerja tu..."

"ok.."
-sambil berfikir untuk transfer saja lagu dari folder muzik tanpa perlu muat turun-
;)


"..tapi kali ni masukkan lagu ghazal ye.Ayah nak dengar laa.."

harharharhar..
Konfem!

memang kena DOWNLOAD.tak ada maknanya nak transfer je..


p/s: siapa ada collection, upload laa kat 4shared..

Thursday, November 19, 2009

Jawapan terbongkar!

salam

ok, yang merah adalah jawapan kepada entry sebelum ni.


pokok ape yang orang makan dari pucuk sampai ke akar?

pokok taugeh.
ngehehe ;)



Banyak-banyak kambing, kambing apa yang orang cari?

kambing hilang.
tahniah pada avid gunner, arfahadnan, Boneka tak sakit, Fyzal, pemikir terhebat untuk soalan kedua.;)




Satu perhimpunan pagi di sekolah dihadiri seluruh buah-buahan di Malaysia ini.Tapi buah apa yang tak ada?

buah cempedak.
sebab buah cempedak di luar pagar.
kekeke~
 
************************
 
Baru tadi berbual dengan lecturer kat phone.Biasalah, mengupdate result.Hehe..Ingat nak call sekejap je, terlama pula.And, my lecturer offer satu kerja part time di sebuah kilang, dan dia suruh cari orang.Ni kilang member dia kot.Erm, tak boleh laaa en din, saya ada kerja.Best lagi..

Dan dengan spontannya terjanji dengan lecturer tu untuk tolong cari orang.Ok, quantity tiada limit. Hanya perlu tengok performance production dekat komputer, just click, tengok, kalau betul save. Senang je. Sehari RM 30. Tempat di kilang kat Senai Johor.

Siapa-siapa yang berminat, duduk dekat area jb, atau pun ada kawan yang mahu, sila bagitau saya dengan segera ok?

sebar-sebarkan.

p/s: jangan malu2 kucing~~ ;)


Mencari pemikir hebat abad ini!

Salam

Yeay.Baru je tukar nama tab button kat atas tu.Nampak tak??

Tapi belum link dengan entry lagi.huhehuhu..

Terima kasih cikdilahdilot yang tolong!!! p/s : i sayang u lebih arr..

****************************************

pokok ape yang orang makan dari pucuk sampai ke akar?

Banyak-banyak kambing, kambing apa yang orang cari?

Satu perhimpunan pagi di sekolah dihadiri seluruh buah-buahan di Malaysia ini.Tapi buah apa yang tak ada?

TEKA LAA..

p/s: ada kerja~~

Keliru dengan jantina

Salam

Sex atau jantina.

Sejak 2 menjak ni, daku sering menghadapi kekeliruan dengan jantina.Ooopsss, bukan confuse dengan jantina sendiri, tapi keliru dengan jantina blogger-blogger tertentu.Hal ni berlaku bila berblog walking, tak pun bila baca entry blog orang.Hmm...

Rasanya, ade blogger lain yang experience benda yang sama.Kan2..

Ye laa..

Contoh pertama, ada orang confuse Dilot lelaki ke perempuan.Haha..cian Cik dilot.Tak pasal-pasal kena buat press conference entry jelaskan yang dia adalah perempuan sejati.hehe..

gurau dilot.Jangan marah aaa~

Kedua, ah fatt komen kat kotak komen blog Lumut cakap dia mati-mati ingat ruffermo lelaki.<== see, contoh terbaik dari ladang.Ah fatt yang terer bab lelaki dan perempuan tu pun boleh confuse. Wakaka~Pelik, pelik...



sekali lagi..jangan marah aaa~

Dan diriku sendiri, hmm... cam mane nak cakap, mula-mula tu agak confuse dengan blogger boneka kita dan supernotcool.Keliru! Misteri laa korang ni..Tapi bila dah selalu baca blog, membalas-balas komen, klik  sana sini, baca profile,sedikit sebanyak kita boleh kenal blogger tu.Sikit-sikit.

Sikit je laa..


Huuu, tak sangka blogging yang mudah ni pun ada cabaran jugak kan? Cabaran mengenal pasti jantina..hehe.

p/s: siapa yang confuse green ni lelaki ke perempuan, boleh tanya en bain.

lalalala~~
dia penah confuse~

Tuesday, November 17, 2009

Musim Ini Telah Kembali

Salam

Musim ini adalah musim TAG. Dah lama tak jawab tag.~

Tag dari Cik Cookie, memandangkan daku telah singgah ke blog dia.


1. Bekas kekasih saya adalah..

hik3, terlebih sudah.

2. Saya sedang mendengar...
Radio, di mana channel nye akan ditukar-tukar kalau tak best.Currently, red fm.


3. Mungkin saya patut..
Berhenti memikirkan sesuatu yang tak pasti. Adakah 'terlalu memikirkan sesuatu' really exists?


4. Saya suka...
Berblog sambil dengar lagu pada waktu malam, sambil memberi komen, sementara mendownload, loading video ke ape ke dan mencari maklumat.Ia suatu proses yang panjang.

5. Sahabat-sahabat saya...
Ramai, jauh di mata dekat di hati ;)

6. Saya tak paham...
tadi mak balik kerja dengan takde mood, and just now she's talking with me happily.Roller coaster.

7. Saya kehilangan..
Hair band hello kitty, hehe..baru je jumpa kat bilik Miza.

8. Ramai yang berkata..
digi broadband lebih bagus berbanding broadband lain.Saya guna P1 wimax sekarang nih, yang lagi satu dah potong.Ouh ya, saya pengguna line digi ye.


9. Cinta itu adalah...
perasaan yang dipupuk dan di belai setiap hari.Heh?


10. Di suatu tempat, seseorang sedang...
mengaji dan berzikir serta bersolat sunat.;) <== ThEFuTure. lalala~

12. Saya akan cuba...
belajar menjahit curtain seperti mak saya, cuba control habit berblog..agagaga.., buka facebook, be better writer, kurang makan cokelat, jangan kacau atuk tengok tv kat bilik, don't try to be a big spender, makan ikut waktu..bla blabla...*Banyaknyee.*

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud..
you jump, i jump. <== Teka movie ape?
(jawapan takde kena mengena..haha)


14. Telefon bimbit saya..
Sony ericsson yang berwarna ungu.Selalu dilupakan jika berada di rumah. Maaf la kalau saya lambat balas mesej.Kira ok per..nasib tak off je. ;P


15. Bile saya terjaga...
Alhamdulillah. Ok, masih di kedudukan asal.~~


16. Saya paling meluat...
Malas nak cerita.Nanti ada yang terasa pula.

Sila abaikan.Terima kasih.


17. Pesta/parti adalah..
M.A.k.A.n,F.o.o.D, d.I.S.h

18. Haiwan yang paling comel penah saya temui...







 Hee~green.....ko memang cute gileeeee  :P
 teheehee..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
Semua seronok.Celebrate the present!

20. Hari ini..
Hari ini.Bukan esoksemalam. heee~


21. Malam ini saya akan..
Tidur awal.Harharharharharharharhar~


22. Esok pula saya akan..
manjalani hidup seperti biasa.Normal aje. Keluar dengan adik mungkin.


23. Saya betul-betul  inginkan..
cuci semua gambar softcopy kat computer ni.Banyak sangat dahh..


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
alaa, dah tak ingat laa cakap ape. Baca doa ler..


25. Pusat membeli belah atau arked permainan...
Lepas beli, kita blah.
Arked permainan adalah seperti taman permainan yang nama dia glamour sikit.



26. Makanan barat atau jepun..
Jepun. Saya kurang gemar makanan barat.Fall in love with sushi. Japanese selalu cakap.."we are what we eat" you know..interesting~


27. Bilik yang terang atau gelap.
Saya tidur di bilik dengan lampu on. Hakikatnya, saya takut bilik gelap.Maaf ayah, bil letrik banyak..:(


28. Makanan segera adalah...
Cepat didapati.Dia tak jadi segera kalau perlu beratur panjang di kaunter atau di drive-thru.

Slow food.


29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
to my brother : "tak faham laa ngan mak hari ni..."huhu...
kesinambungan dari jawapan tadi.

30. Anda tak perasan ke soalan no 11 itu tiada?
tak.Lalala~

************************************
ok, tag ni takde suruh tag orang lain.So, sesiapa pengunjung blog ni yang nak buat, dipersilakan.Ia optional.

p/s : pukul 12 boleh ke blog cik bulan.

Vote untuk contest Lumut dan facebook

Salam

Ingat tak Lumut ada buat contest.Walaupun tak masuk (tiada idea), kita boleh memeriahkan contest Cik Lumut dengan mengundi finalis contest tu.Syarat yang paling penting, pengundi bukan anonymous.;)

Ok, dah vote dah.

My vote goes to sape yang cepat melobi dulu.Hehe..And also cerita yang bagus jugak laa. Jadi jangan lupa vote ye!

************************************************

Until today, i still don't have facebook account.



ajaib tak?

haha..

Tangguh-tangguh buat, sampai sekarang takde.Heheh, takpe la, karang jadi addicted macam blog pula.Kalau dah buat, akan diberitahu ok?

p/s: friendster dah nyawa-nyawa ikan.

Friday, November 13, 2009

Kamcheng,

Salam

Masa tengok movie tadi, ainun mencelah.Dia kata "lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik"..

Heh?Kenapa ya..


*ketuk jari*
*sambil berfikir*


Entah.Tak tau nak taip ape.Mungkin sebab penat dah.-_-".

p/s: saya ada ramai kawan baik.



istilah kamcheng ada dalam kamus dewan ke?

Thursday, November 12, 2009

Kertas dan dakwat

Salam

Tadi selepas isyak, terfikir untuk baca buku.The real buku.Dicetak.

Tiba-tiba timbul kesedaran yang aku kurang baca buku.Buku cerita yang dimaksudkan, bukan buku programming, java, digital yang setebal kamus dewan itu.Buku cerita ini, yang biasa kita report kat buku nilam masa sekolah dulu.

Kurang membaca buku cerita.Itu fakta.
Kalau dibandingkan dengan dulu...~

Walaupun hari-hari baca nota kuliah, baca email dan entry blog, tak sama dengan baca buku, yang boleh dipegang, dibau, diselak-selak dengan jari- jemari.Ouh rindunya nak mengadap buku dan baca.

Macam pelik kan.

[Poyo terlebih budak green ni.]
haha..

Situasi sekarang, nota kuliah pun soft copy, buat tutor pun dari elearning, buku rujukan adalah wikipedia dan web site.

Baca surat khabar pun kat internet.Nak tau ape jadi kat Malaysia, negara jiran, China, Jepun..Google je.Surat khabar free banyak.Sampai kabur mata ku mengadap skrin monitor.Hebatnya dunia sekarang.Baca entry orang, komen-komen, tengok balik balasan komen tu..huuu, gigih nye para blogger membaca.Hehe, tak sia-sia kempen Dr M lancar kempen membaca dulu.Blogger dah buktikan...:p

Buku terakhir yang aku baca setebal 120 muka surat.Punyalah gigih baca, sementara nak tunggu turn kat imigresen hari tu.Hasilnya, 2 kali ku khatam baca..<<=== gila lama tunggu turn.

Nak tau buku ape tu??

Under 18, Fear no more.
Sejenis komik.
wakaka~~

*sempat baca komik 2 kali, surat khabar beli kat situ dan 2 chapter simulation .* <== lama kan?

Yang penting rindu yang teramat nak spent masa lama-lama baca buku sambil dengar radio, dengan secawan air panas kat sebelah.Huu,lama dah tak buat. Feeling yang memang lain dengan baca entry blog berjam-jam tanpa henti.heheh.

Dan tadi, aku terus ke bilik kawan, meminjam buku-buku untuk dibaca,.Instead, end up tengok coffee prince dengan izzah for i-don't know-how-many-times-dah.Haha.

So much to read, green. ;)


Buku Nancy Drew.All time favourite.Eventhough dah besar, kadang-kadang tanpa segan silu masih membelinya. :).Sayangnya, dari kecil sampai besar, harga dia tak pernah turun, walaupun untuk series yang lama-lama.*sigh*.Best nya jadi librarian dulu, nancy drew ni, baca free je sambil jaga kaunter. ;)


p/s: jangan lupa mengaji lepas smayang.!

Monday, November 9, 2009

Vote untuk baincardin.Jawapan teka teki dan update.

Salam

Update ringkas.

Masih ingat  entry ini tak lama dulu? Baiklah, pengirim mesej ini ialah saudara akmal. Memberi aku checklist barang yang perlu ada untuk hari ini.hari  ini dan ini.Entry ini juga ada kena mengena..Masihkah kau ingat??(lirik lagu..) Time dapat tu aku tak rasa pape, tapi bila baca balik mesej tu, rasa kelakar laa, senyum sorang-sorang.Oh tak, senyum 2 orang dengan roomate.Kan hajar?


Seorang blogger, jurugambar dan seperti seorang abang.

Memandangkan aku minat photography (tapi tak ada dslr..sobs2..), aku selalu ke blog dia untuk baca dan cuci mata.Ok, do me and him a favour, boleh klik blog baincardin atau ke web site ini dan vote untuk baincardin.Ini untuk satu contest yang dia join.Ok bain, hope u win..


malam ni nak tidur awal.


p/s : Saudara ku meninggal dunia petang tadi. Sakit tua, 70++-year-old.Atuk ku orang paling sedih, rapat, mungkin rabu ini aku akan teman atuk ke Kuching.InsyaAllah.

Al fatihah untuk Allahyarham Abang Yusof Putih, moga diampun segala dosa dan roh dicucuri rahmat.

Blogging sampai bila.

Salam

Pagi ini suasana sungguh nyaman untuk aku berblogging. Network pun tengah cantik, cara lahh.Dalam proses aku membaca blog orang, bagi komen, ketawa-ketawa, terfikir-fikir tu semua, aku jumpa satu bentuk kekaguman dalam dunia blog ini.

Haa, macam mana tu?

Kisahnya begini. Kita jumpa macam-macam orang dengan ber blog.Perangai dan ragam yang pelbagai, cerita suka duka yang orang sudi nak kongsi, familiar kan? Selalunya daripada orang muda-muda, takpun taraf ayah lah.Tapi kali ni, aku jumpe blogger taraf atuk aku!Umur dia 72 tahun . (Atuk aku 83). Berblog dengan bahagia, kongsi cerita tentang rutin, keluarga, anak dan cucu.Menarik kan?Kita memang biasa jumpe blogger berusia, tapi selalunya bukan orang Malaysia. Kalau tak american, british.Orang luar.Yang sah2 memang otai dengan internet, komputer bagai..

Masa aku browse blog pak cik itu, aku tengok kat sidebar, dia letak gambar cucu-cucu,Tetiba terfikir, Cam bez je letak gambar cucu cicit kat blog.Pencapaian tu!.Cuba korang fikir, (aku assume yang baca entry ni semua dikira 'muda'), macam mana kita berblog  bila dah tua nanti. Nak tulis pasal usha awek lagi kah, pasal 'hari ni makan kat sini sana', pasal tengok bola kah, lepas geram kah...hurm~

Mesti cerita pasal famili, dan cucu-cucu. :P

Heee, tetiba aku cam tak sabar nak letak gambar-gambar cucu kat sidebar blog bila dah besar tua nanti.Haha.
Tapi agak-agak la, baru 20 tahun kot, kawen pun belum.Ceit.

Lagi satu perkara, pernah terfikir sampai mana korang nak berblog? Tu belum tanya facebook, myspace, ym tu semua. Dunia sekarang..
Tapi jangan optimis sangat, kalau zaman nabi pun, usia bumi dah macam seorang tua berbongkok tiga, apatah lagi hari ni.Pahamkan?..

Cuma tu laa, hari ini datangnya dari hari lepas, dan esok datang daripada hari ini.Makanya, apa-apa yang kita buat hari ni, MESTI punya akan affect kehidupan kita pada hari mendatang.Contoh paling mudah, kesihatan dan belajar. Jadi, berpada-padalah bila nak marah-marah, bersosial, dan segalanya.

Bersederhana.
Perkataan ni ada maksud yang besar walaupun dia hanya 'sederhana'.

Blog pun.
Tak semestinya bermaksud kurangkan berblog, cara menulis atau ape.Terpulang~

Walaupun aku tau tu blog kamu, bukan aku.

Okeyh, boleh klik sini untuk ke blog titik bukan noktah.New tab okey?

p/s : blog sampai bila..bila.Bila-bila.
Beza blog chedet ngan blog yang aku link ni, chedet tak main komen-komen.Hehe..

Apa agaknya..

Salam

Beberapa minit lepas, baru je melihat kotak inbox dalam phone.Dah banyak sangat.Sebelum delete mana yang boleh, baca sekejap mesej-mesej tu.

Baca dan Baca dan Baca
Ok stop.

Pengirim: _ _ _ _ _
Tarikh : Oktober, 02 2009

Mesej ;

Dapur, tong gas, periuk, kawah, kuali, sudip, senduk, sudu plastik, kayu kacau, lampu kalimantang, guestbook, blender, pisau, alas pemotong, kerusi, meja, tikar, tikar alas meja, skirting, kipas, mipro, extension, projektor dan skrin, cangkul, sodok, parang, raga, bakul, tong air, jag air, healer.

***********

Pertama : Siapakah pengirimnya?

Kedua : Ape ke herr nye bagi mesej sebegini. (Tujuan..)

Ketiga : Apa anda buat jika dapat mesej ini.Apa yang akan difikir dan dikata.

Keempat : Cakap je apa2.

p/s: ini suka-suka.

Kita dikurnia kehidupan untuk 'berkehidupan'. hurm..~

Friday, November 6, 2009

Sungguh perempuan

Salam

*Kalu ikutkan hati, nak je aku tulis entry moody+emo+menyampah kat sini.Stop it green, it's not worth it.*  sungguh perempuan

Baru beberapa minit lepas aku call emak.Saying my glee of finishing exam (finally), my day, my worries and so on.Fuh, lega bila dapat luah perasaan pada orang yang faham.Orang yang faham dan orang yang boleh dengar adalah dua perkara yang berbeza.Sangat.

*terima kasih mak*~~ xD

Tadi puas melayari internet.Haa, aku banyak habiskan masa baca blog ini tadi.Tak cukup dengan itu, aku baca yang ini pula.Lagha2~Dah tahu lama pasal web ni tapi jarang baca, hari ni je terlebih masa.Heheh.Cuba korang baca dan review, lepas tu bagi pendapat ok?

Dan mengenai contest memilih domain untuk blog ini, secara rasminya dah tutup.Aku dah pilih nama, haha, jeng jeng jeng..ada satu blogger ni, memberi idea yang cukup menarik, sayangnye, domain tu tak available.Setelah lama berfikir, satu nama dah pun difikir sendiri oleh tuan blog.Makanya, tak ada pemenang laa.Tapi disebabkan pemilik blog ini sangat baik *uhuk2*, maka hadiah tetap diberi pada pemenang.

*kalau lah available, dah lama aku pilih nama tu, sangat berkenan!.Hadiah ini adalah kredit untuk kamu yang bijak mencari idea.Tak sia-sia..*Pemenangnya adalah....













nervous tak??



o
r
a
n
g
l
i
d
i



Tahniah~~Cayalah, nama greengreen itu sungguh comel di mataku. Kalaulah boleh guna, berganda2 sayang daku pada kamu.Malah, semua kucing-kucing di alam semesta ini pasti sayang ko lebih..

lebih
dan lebih lagi

jadi jangan lupa, kepada oranglidi, sila beri alamat dan email di kotak email ku, thistle_chord@yahoo.com  (sambil tu boleh la add ym sekali.) untuk memudahkan urusan pemberian hadiah.

Ulang suara, ..sekotak cokelat dan hadiah misteri.



 ~oranglidi punya~

Mungkin ada yang tertanya-tanya apalah url blog ni nanti.Hint; aku rasa nama tu cam kewl je.Buat aku tergelak masa fikir tadi.Nama tu tak serius mana pun..Tungguuuu..

p/s: masa taip entry ni, puas fikir, perkataan apa yang sesuai dalam bahasa melayu untuk ganti perkataan 'available'.Ape erk??

Sekian

*yeayeayeyeay*

object-oriented (java) programming - 26/10/09
islam and contemporary issues - 27/10/09
data structure and algorithm - 31/10/09    
Sadam - 2/11/09
CCNA online test - 3/11/09
network - 4/11/09
modeling and simulation - 6/11/09

p/s : blog - in between~   every angle.. :p

Wednesday, November 4, 2009

Entry khas untuk blogger yang dah bekerja...

Salam

Yes yes yes..Tinggal lagi satu paper.Tadi masa jawab network, saya confuse pasal manchester encoding.Shaitt.
For once in my life, i hate manchester.

Memang macam baca surat khabar, setiap hari cerita sama keluar.Blog pun sama.Betul kata faiq, sekarang ni bila baca blog, hampir semua cerita pasal exam.Nampaknya, betul lah hipotesis ramai student ada blog.Cara nak release tension belajar mungkin..

Ataupun disebabkan kehidupan seorang pelajar memang BEST. Macam-macam cerita yang berlaku. Mak saya kata, zaman belajar adalah zaman yang best untuk dikenang.

Betul3..

satu kisah..

Ini bad, seorang senior dan seorang kawan.

Gambar ini diambil masa malam hari konvokesyen bad, awal tahun ini.Kitorang yang memang rapat dengan bad, minta dia datang, sebabnya, nak ambil semangat nak berkonvo.

Yang penting Bad datang, bawak baju hujan konvo dan memberi kami peluang pakai baju tu.Haha, mengidam sungguh..

bad kata dia grad kena pakai mask

kami ketawa..

dia kata tak sangka dah habis belajar kat universiti

kami senyum..

bad kata, bila kerja (telekom), dia rindu dengan kehidupan universiti.Kelas, main futsal, makan kat kafe, borak dengan junior..

hmmm..



p/s: sambung master arr bad!

Tuesday, November 3, 2009

Legoland Malaysia

Salam

Memandangkan esok saya exam petang (yippie2), maka bolehlah menggedik menulis entry blog sekarang ini.(ish3) Baik, mungkin ada yang berteka-teki tentang tajuk entry kali ini.Betul ke Malaysia ada legoland.?Jawabnya, YA.Tak lama lagi, Malaysia akan ada satu taman tema baru iaitu Legoland di Iskandar Region, Johore Bahru,Johore.

Exciting bukan?



 




Pada pertama kali dapat tahu, perasaannya sangatlah teruja (dan jakun sedikit).Ye lah, ingat lagi tak zaman kecik-kecik, main lego, buat robot, bina bangunan, buat taman guna komponen lego.Kreatif gila masa tu.Seronok yang amat! Jadi, pembinaan Legoland Malaysia pastinya membawa khabar gembira kepada peminat-peminat lego dan binaan seperti saya, hehe...

Ok,dah google dan baca review dari artikel-artikel di internet, dan ada baik dan buruknya. Biasalah, tak kan semuanya baik jer kan. Tapi takpe, sebagai pengguna, kita tunggu dan lihat (serta berdoa) agar everything will be okey, dan Legoland Malaysia akan dibuka dengan jayanya tahun 2013 nanti.

Harapan; mahu menjadi pengunjung terawal.Masa opening mungkin...

Siapa nak ikut??

p/s: contest untuk domain masih berjalan taw~~