Pages

Wednesday, December 30, 2009

Dimaklumkan

Salam

Kelas pertama adalah ke OS lab yang mana kami perlu buat latihan makmal guna fedora tu, fuhh mamang mencabar betul. Agak kibut tadi bila mana aku macam dah lupa 'command' linux untuk buat direktori, tukar tu semua. Tapi perlahan-lahan, dapat catch up balik. Phew.

Disebabkan semester ini nak berazam untuk aktif turut serta program pengakap, aku selalu jugak laa jenguk page pengakap kat facebook.(ya, saya dah ada facebook, tak bangga pun). Beria-ia aku klik button 'attending' untuk pameran pengakap dan daftar program kat perpustakann, kejap lagi takde ae.Hey, ada kelas sebenarnya waktu tu, curi masa kejap sebab nak turun support.Cam ni arr.Dah lah dok gebang kat fb suruh datang, aku siap plagiat status fb page scout hanya untuk maklumkan tentang hal tu kepada kawan-kawan sendiri. Hurm, sabar green sabar.

Patutla instict aku kuat untuk TIDAK PERGI.Mungkin sebab aku bawak laptop berat di tepi bahu untuk lab tadi.Berat, sampai aku rasa bahu aku akan senget sebelah bila grad nanti.Eee..tak mahu.Lagipun, ainun dan sue tak nak ikut.Tak best la nak pergi sorang. Tapi pergi juga since zaireel pun nak pergi pinjam buku kat sana. Syaratnya, dia kena bawak laptop aku, dan aku kena lari untuk catch up dia yang bawak motor.Huhu...aku sampai dulu.Amacam, sprinter tak??

Macam yang diberitahu, pameran tak ada, dan kawan aku yang sorang ni pun tak dapat pinjam buku sebab pakai selipar.Haha. Tak berbaloi betul.

Jadi, lupakan sajalah kisah ini.Kita mulakan hidup baru. ;)

p/s : don't judge a book by its cover.<--saja je.

Monday, December 28, 2009

Raikan Perkara Yang Buat Kita Gembira!

Salam

Bila besar, kita kurang perasan dengan perkara kecil yang kita capai.Contoh perkara kecil, anda kini telah jadi pemandu penyabar dengan tidak hon kereta depan yang lambat gerak bila lampu hijau.Kedua, anda dah rajin datang kuliah awal.Ketiga, berjaya mengemas katil sebelum ke kelas pagi.Huu, ini semua pencapaian.Kecil bagi kita yang dah besar walaupun tak ada lah besar sangat.Tapi, ini juga pencapaian yang besar jika anda adalah anak kecil.

Maksudnya di sini, dulu waktu kecil, kita perasan banyak perkara kecil yang berlaku dalam diri kita.Sebab tu budak kecik suka dipuji mak ayah, merajuk bila kawan cakap itu ini, nangis sebab mudah terasa.Kita kecik waktu tu.

Kecik atau kurang matang sebenarnya??

Hurm..

Takpe laa.Sebenarnya nak cerita.Dulu waktu sekolah, kalau ada berlaku sesuatu yang menggembirakan, akan jadi kemestian bagi kami sekawan untuk bagi nota ringkas untuk masing-masing.Kertas tu dari secomel-comel plastik cokelat hinggalah kertas warna-warni beli kat koperasi sekolah. Dari seringkas tulisan pensel atas kertas kajang hinggalah dengan tulisan warna-warni atas kertas mahal.Huhu, saya sekolah perempuan. Memang kitorang rajin macam ini.(ewahh).

Secara jujur, waktu sekolah dulu dapat BANYAK GILA kertas nota macam tu.Selalunya waktu nak ujian.

"All the best"
"Study elok-elok"
"Kalau tak ada idea, tataplah muka aku..lalala"

Ini semua antara nota ringkas yang ditulis.Dah dapat simpan je laa kan. Ada sampai sekarang cuma dah berkurang sebab mak aku buang masa tolong kemaskan bilik satu hari tu.Wawawa...hilang dah.

Then, bila masuk asrama masa tingkatan 4, dengan kawan baru, kami raikan perkara kecil dengan makan.Haha, tak boleh blah betul.Biasala la wey, bila duduk asrama, secara automatik akan jadi 'starving student'. Lapar je memanjang.Selera makan 24 jam.Aku rasa time ni laa pipi aku mula tembam. Minat pada eskrim juga bercambah kat sini. Sementara nak prep petang, makan aiskrim dengan kawan. Riadah petang lepas lari, singgah koop beli aiskrim. Kalau kawan offer belanja pun, aku mintak eskrim.Segalanya aiskeeeriiimm.Sebab die besshhh..

Kat universiti ni memang jaaaarang lah kan.Semua orang sibuk.Cuma hari ni nak cakap ada beberapa perkara yang buat aku gembira, ia perkara-perkara kecil yang berlaku baru-baru ini dan aku mahu raikan.

Pertama :

Pemasangan loker baju di kolej yang membuatkan hidupku gembira tatkala semua baju boleh dikeluarkan dari bag, digantung dan dilipat, tanpa perlu lagi mengambil masa menyelongkar semata-mata mencari stokin di pagi hari.Gembira bukan kepalang.

Kedua :

Projek English berjalan lancar walaupun tak struggle sangat disebabkan komitmen ahli kumpulan masing-masing.Dengan itu, aku berbesar hati memperkenalkan ahli kumpulan di sini. "Big round applause to..."

Green
(tak payah lah gambar kot)

Zaireel
Phewwitt~Aku letak gambar kau paling ensem laa.Haha.

Kumar

Ye, aku tau kau ade blog.Kan2?

dan

Harry
Harry aka h-a-i-r-y who is so in love right now.Eww~
 

Ketiga :

Esok kelas pukul 11.Mari bergembira.Kehkehkeh.


p/s: hajar tengah bahagia tengok movie.

Wednesday, December 23, 2009

Stressor

Salam

Baru balik kelas industrial psychology.Subjek elektif.Topik hari ni, stress management.Ironi, kerana aku mula rasa stress. Actually dah stress since right before naik sem. Well, dalam kelas tadi fokus sekejap2 je. I sketched pictures of my hand on a piece of paper, it reminds me of the teka-teki i used to play with intan when i was in standard 2.She's married anyway.

Then, i started to write a note 'About me'. Writing all my recent favorite and hate. Hmm, the last line i wrote is about how i miss my grandmother.And i stopped there. How i miss her. If u grow up, or grew up with your grandmother beside, nagging scolding and such, consider yourself lucky.Damn lucky.

By the way, i don't blame the long lecture, just me, with no focus.Kumar and Zaireel change their elective subject, and follow my schedule instead. So today is their first class, and sitting not very far from me.

This week, i've been talking with ezareena a lot.How's your week, my week..bla..bla..

Tak teeraturrrrrrrrrr..

Talking to her sometimes is like an antidote.Haha..eza, kau baca tak ni?

Eza kata kehidupan di KP semkain menyedihkan.Satu, cafe bawah blok tak bukak2, kontraktor perabot tak pasang almari lagi, so baju bersusun atas meja. Yet, yuran KP is the most expensive.What the fishh. book.??

~they sell books here~



Hmm, to be honest, I already feel like..hmm, just about to close my blog account. Enough.
You know the feeling of doing things half-heartedly??

A situation like, buying a red shoe or blue shoe, blue or red, which one..

I usually put both back and leave the shop.

p/s: Madam kata stressor ni benda yg buat kita stress.

Monday, December 21, 2009

Sambungan Cerita Seterusnya

Salam

Sambungan daripada entry ini.Bahagian akhir.

Di universiti.

2 universiti yang kami lawati iaitu Seoul National University , (SNU) dan Seoul National University of Technolgy, (SNUT). Pertama ke SNUT, kami melawat makmal-makmal termasuklah makmal nuklear.Tapi tengok dari luar je nak masuk kena pakai sut khas. Besar la tempat tu dan tahun depan (2010), SNUT akan sambut ulangtahun ke 100 kalau tak silap. Kat situ juga, banyak kompleks yang dibina so nampak macam universiti tu maju sangat.Nampak je laa.Kat SNUT, kami perlu mendengar lecture selama 2 jam. Lecturer tu fluent english sebab selalu jadi pensyarah jemputan di universiti-universiti luar negara seperti New York, Helsinki dan akan datang UTM. Ok, basically dia banyak sentuh tentang kreativiti, idea dan era teknologi.Lecture yang menarik.Di atas meja, kami disediakan 2 buah buku nota, pen yang multi ink tu, dan sebotol air vitamin c macam scott emulsion. Kat universiti tu, pelajar dia memang disediakan air vitamin c sebab nak tambah tenaga waktu belajar.Macam program minum susu waktu sekolah dulu laa..

Ok, kami melawat Seoul Techno Park yang ada kat kawasan universiti tu juga. Maju. Kalaulah UTM macam tu kan best. Program , coding dan database yang ada kat makmal2 tu semua dalam bahasa korea.No english at all.Kagum lagi.



 


Di SNU pula, kami terus ke bangunan kyujanggak. Gak adalah bangunan.Kiranya, nama bangunan tu adalah kyujang.SNU adalah universiti terbaik di Korea dan antara top universiti di dunia.Students di sini, kalau sambung study mereka akan ke universiti 'league' macam MIT, Harvard, Yale dan macam tu.Kat sini juga kami jumpa ramai pelajar boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Yang banyak bagi penerangan pada kami ialah Ethan, bekas pelajar di situ.Dia kata dia adalah sukarelawan universiti, dan memang sukarela nak sumbang jasa kat universiti.Tu yang patut dicontohi pelajar kita.


 


Walaupun top universiti, bangunannya lama dan kemudahan dia biasa-biasa je.Standard laa kan. University lama.Kawasan dia berbukit bukau dan bak kata Ethan, " students use shuttle bus, no way for us to walk".Haha, waktu tu teringat keadan kat Utm, lebih kurang je. Kami melalui kawasan-kawasan yang biasa dilalui pelajar-palajar untuk ke kelas dan dewan kuliah, tapi tak semua sebab besar sangat. Lagipun, sejukkk. Kyujanggak tu macam arkib+muzium. Besar dan mengagumkan sebab barang-barang di situ adalah Unesco World Heritage Certified. Security level sangat tinggi, nak amik gambar pun tak boleh pakai flash. Kami cuma pergi di level atas je bangunan tu sebab ada level bawah tanah yang security level dia sangat tinggi so susah masuk.Ok, dari situ dah dapat tengok yang mereka gunakan universiti sebagai tempat pelancongan jugak.Scholar's place dalam environment yang sangat 'akedamik'.

Tapi waktu tu, kitorang student je yang berjalan-jalan.2 lecturer yang ikut kami pergi meeting.

the tower

 

mr cho (pemandu bas), jenny, abg fahmi agen dr malaysia), brian

Seoul national university ni dahulunya adalah kawasan golf course.Boleh bayangkan tak cantiknya kawasan universiti tu atas tapak padang golf? Cantik. Tapi, ditukar menjadi lokasi kampus sebab kawasan tu sesuai jadi tempat belajar menurut prinsip yin dan yang. Agak menarik juga laa faktu tu, sebab dulu ingatkan yin dan yang tu diamalkan di China je.

Dah habis melawat, kami ke kedutaan Malaysia. Kami melalui universiti Yon sei, tu macam UTP. Jenny kata, infrastruktur universiti tu sangat up to date, dan ia adalah ipts. Student banyak masuk situ sebab selesa. Kami juga melalui kawasan Seoul women's University.Menurut Jenny lagi, kat Korea ni memang wujud universiti unisex.Cuba bayangkan ada universiti ni kat Malaysia, mesti macam cendawan tumbuh lepas hujan kan?..huhu..Tapi still, universiti perempuan terbaik kata Jenny adalah E Hwa university.Kehidupan pelajar SNU dan E HWa sangat terjamin kata Jenny. Gerenti sepanjang hayat kata dia.




 



Apa yang menarik lagi, salah satu budaya pelajar universiti sana adalah 'blind date'. Date dengan ntah sape2 je. Caranya, perempuan perlu letak satu benda macam cokelat, perfume, surat atau apa saja, dan kalau lelaki tu nak date dengan dia, dia amek laa hadiah tu.Just pick any. Kenapa blind date dah jadi budaya? Kononnya sebab pelajar sana struggle sesangat, tidur kurang 4 jam, dan tak ade social life di u. Jadi ini adalah cara mereka mencari pasangan.Begitulah ceritanya.

Jenny sempat kata, dia pernah 10 kali blind date masa kat universiti dulu. " Yet I'm still single". ??.Dan kami pun ketawa .;D

Selain tu, dikatakan setiap penduduk setiap province ada karakter tertentu masing-masing.Contohnya, perempuan Seoul diakatakan kedekut, perempuan kongyi province pandai masak dan sebagainya. (ni ejaan tak sure taw).



Di kedutaan, selain jumpa duta, kami jumpa datuk Zamlan ke Ramlan nama dia.Dia jaga student malaysia di sana. Macam-macam maklumat yang dikongsi tapi dorang cakap laa, memang student melayu kurang menyerlah berbanding pelajar cina dan india.Hurm, takpe, usaha tangga kejayaan.Ada seorang student Malaysia berjaya ke SNU, tapi bukan bumiputera. Apa2 pun, syabas.

Tak nak cerita tu, tapi kita cerita lain.

hubungan Malaysia dan Korea ni baik2 saja, malah imbangan perdagangan lebih berpihak kepada negara.Ok what? MAlah, ada perbincangan tentang teknologi nuklear yang hendak dikongsi dengan Malaysia tapi masih dalam perbincangan.Kata duta tersebut, Malaysia masih fikirkan tentang kesan dan peraturan yang perlu dipatuhi. Patut atau tidak. Mungkin, tenaga nuklear tu untuk jana kuasa elektrik ..kot.Tak sure, tak sempat tanya.

Selain tu, kita patut tahu yang korea ni adalah resource-poor country.Dorang tak ada pape. They make things out of nothing.That is why ceartivity and innovative are very important to them. Macam mana mereka boleh setanding Jepun, sedangkan dia dulu negara miskin, negara asas tani, boleh jadi negara industri.Tapi kan, time ni aku confuse, kata resource-poor, tapi mana dia dapat sumber untuk tenaga nuklear tu?.Tak sempat tanya jugak.

Masa dengar lecture kat SNUT tu pun, Dr Koh memang ulang banyak kali tentang kreativiti.Aku rasa, tu memang dah jadi budaya dorang sejak lepas merdeka lagi sebab asalnya, memang dorang negara tanpa apa-apa.

Dan dari apa yang aku rasa, tengok dan tanya, pelajar malaysia pandai je macam pelajar dorang.Malah lebih hebat lagi.Tapi yang membezakan kita adalah daya pemikiran kreatif yang kurang.Aku tengok, environment sana memang support creative thinking.Bilik kuliah pun ceria je.Ni aku rasa laa..

Dan lagi satu, kesedaran untuk maju timbul dalam diri individu tu sendiri. Tak sangat diusahakan oleh pihak kerajaan.Contohnya, kat sana mana ada program khas untuk mantapkan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.Ni sebagai contoh.Dah jadi macam budaya untuk anak muda di sana, kerja sambilan, kumpul duit dan belajar English di Australia, Amerika ataupun Singapura. Atas kesedaran sendiri untuk survive.

Lagi, Korea ni juga negara yang peluang perniagaan untuk orang luar agak kecil kecuali kalau business partner adalah orang korea sendiri.Tu macam kes Roti Boy yang kedutaan handle. Ada involvement Korean juga. Malah, kat Korera tak ada pun Chinatown. "Kalau orang Cina pun dia boleh sekat berniaga, orang melayu apetah lagi..", ni duta Malaysia kat sana cakap.




err..dah tak tau nak cakap apa..err..

Tol wujud di sana.Macam di lebuh raya Malaysia juga.

Kami ke satu sungai yang famous kat tengah-tengah bandar tu.Lupa arr nama dia. Cantik, cetek dan betul2 tengah bandar.Menarik sebab, walaupun di tengah kawasan komersil, perniagaan dan penuh orang, situ juga adalah kawasan untuk check water quality.Kan best kalau sunagi seget kat jb ni macam tu.

Amethyst adalah batu yang popular di sana, macam jed kat vietnam. Kami pergi pusat amethyst dan membeli belah.

Kami juga ke ginseng centre. Ginseng dia terbaik di dunia.Kat situ, banyak orang malaysia datang dan borong terutamanya masyarakat cina kita.

Pergi juga ke pusat fabrik dan ke kedai yang jual sutera korea.Saya jumpa satu makcik ni, orang perlis dan datang melawat anak dia belajar kat Korea.

Banyak jee jumpe orang Malaysia, terutamanya waktu makan.

Ok laa, sekian.

p/s: letih.

Thursday, December 17, 2009

Ini post draft paling lama kat blog ni.Enjoy Reading ;)

Salam

*sori ae, ni ada dalam draft dah lama dah, sebab jarang online bila balik hari tu, terus terperap je entry ni.Kepada yang tunggu, terima kasih kerana tak berputus asa.;)*

Hari pertama sampai setelah 6 jam lebih penerbangan sungguh menerujakan. Sampai je di Incheon Airport, kami disambut oleh Jennifer@Jenny dan Brian, tour guiders kami. Mereka sangat-sangat lah best.Brian, kelakar orangnya, ceria, suka menyakat.Jenny pula sangat informatif. Tanya je apa-apa pasal korea dengan dia, terperinci gila dia akan terangkan.

Sampai pagi tu, terus gerak ke mdc, sebuah lokasi sejarah tentang kehebatan Changem* (ni tak tau eja, tau sebut je). Dia seorang courtlady di istana, disingkirkan akibat cemburuu,dan kemudian menjadi doktor dan kembali semula ke istana.Satu-satunya doktor perempuan pada zaman dia.Selepas beliau, perempuan kena banned.Buat kerja-kerja domestik aje. well, sejarah ini dibuat drama, tak ingat tajuk ape, tapi sepanjang perjalanan dalam bas, kami dipertontonkan dengan drama tu.Jadi kefahaman tu lebih sikit.

Banyak laa yang dipelajari kat situ, tentang sejarah, budaya dan seni. Masyarakat pada zaman tu hidup dalam disiplin kasta, organisasi sosial berbeza mengikut pangkat.Malah jenis rumah yang didiami juga boleh dibezakan, terutama pada binaan atap.

Kemudian kami makan makanan korea yang pertama.Sedap! Kimchi masam sikit, tapi ikan dia best.Salmon, mackerel dengan lagi satu ikan tu macam tenggiri.Ada jugak side dish lain, dan seperti kebanyakana negara asia lain, makanan ruji masih nasi. Sebelum balik, kami cuba teh korea pula, macam teh tarik.

Naik bas, sambung tengok drama-drama korea dan dengar penerangan dari Jenny. Sedikit maklumat nak kongsi, populasi penduduk korea adalah 43 million orang, dan 13 million di Seoul sahaja.Memang padat, sebab tu, jalan raya sentiasa dipenuhi kereta, tapi traffik laju, tak rasa sangat sesak tu. Disebabkan padat, Seoul dipenuhi bangunan dan kediaman yang tinggi-tinggi.Nak cari bangunan sebuah, rumah sebuah satu dua tingkat memang susah. Korea ni 70% adalah kawasan gunung ganang-jadi menambah kesejukan dan tinggi bangunan sedia ada. Kalau nak berbasikal di sini memang satu cabaran sebab berbukit bukau.

Menurut Jenny juga, ada 5 syarikat besar di Korea, Samsung, Hyundai, LG, Daewoo err, lagi satu tak jelas apa dia cakap. Founder LG sebenarnya orang Korea Utara, tapi sebab sekatan ekonomi, founder tu datang ke Seoul dan mengembangkan bisnesnya. Okay, syarikat-syarikat ini, selain menghasilkan produk masing-masing, mereka juga membantu kerajaan membangunkan 'real estate' korea itu sendiri.Contohnya, ada apartment LG, apartment Hyundai, Samsung dan sebagainya di seluruh Korea. Multibussines lebih kurang. Kita tengok kalau kat Malaysia, DRB Hicom antara company yang dah buat bisnes macam tu.

Dari segi kenderaan pulak, boleh dikatakan 55% adalah Hyundai. 35% Kia, dan selebihnya kereta import. Tak nampak pun proton dengan perodua.Kat embassy pun macam tiada. Erm, ini berdasarkan pemerhatian sendiri laa. Motor tak banyak, mungkin tak berapa sesuai dengan keadan bermusim, dan kalau kat Malaysia, motor femes adalah RXZ, kat sana rakyat dia prefer scooter, cantik macam aprillia punya.

Satu lagi yang diperhatikan, sikap pemandu kurang berdidiplin sikit laa.Hon sana-sini, keluar tak bagi signal.Driver bus kitorang pun lebih kurang macam tu, tapi dia sangat baik. Masa nak balik, baru perasan yang kat sebelah seat dia ada dua screen, satu untuk tengok jalan kiri kanan, termasuk belakang dan depan,  (huhu, no wonder jarang bagi signal dan tengok side mirror), dan lagi satu skrin untuk tengok tv. Tontonan dia seorang je. Kagum jugak laa, sebab dia tahap atuk, maju menggunakan teknologi.

Walaupun kereta banyak, kenderaan awam juga banyak. Ok, tak nak kalah. Bas normal je, tapi banyak hiasan krismas kat dalam tu. Teksi pulak ada dua jenis, putih atau silver yang murah, hitam harga double, dan besar sikit. Kalau peak hours, mahal untuk kedua-dua sekali. Sebab sentiasa duduk di sebelah tingkap kat dalam bas, saya banyak perhatikan luar. Kawasan bergunung-ganang menyebabkan jalan bertingkat-tingkat, tinggi, dah rasa macam kat highway pun ada. Malah, di antara jalan ada juga landasan keretapi. Korea juga adalah negara kepulauan seperti Jepun, maksudnya, banyak lah jambatan seperti di putrajaya. Ada pengangkutan feri dan mini cruise. Kata Jenny, setiap malam, akan ada konsert di atas cruise. Kebanyakan penyanyi dari Filipina.Mungkin soprano ala-ala opera kot. Selain tu, ada juga subway, kitorang tak try sebab dah ada bas, huehuehue...Ada lapan 8 subway, di seluruh tempat. Bila nak ada kat Malaysia ni?

Kami juga sentiasa melalui jalan sekitar Sungai Han. Ni antara sungai utama di Korea. Lebih kurang macam sungai gombak dan Klang juga, nadi sebuah bandar. Han River 500 km panjang, han dalam bahasa korea bermaksud 'great', cukup menggambarkan kehebatan fungsi sungai ini pada zaman dulu.  Di sekeliling sungai  tu, adalah jalan-jalan, tapi kerajaan sana sediakan trek dan kawasan riadah yang lengkap untuk public betul-betul antara jalan dan sungai. Kepadatan Seoul menjadikan setiap tanah berharga. Bawah jambatan kita yang banyak dipenuhi barang terbuang, lalang dan doktor, lain dengan bawah jambatan sana yang dipenuhi alat senaman seperti di gym. Dia letak je, tak ada orang jaga.

Lagi satu nak bagitau, harga  minyak dia 16 USD untuk satu liter.Kesimpulannya, sayangi Malaysia.;)

Kami juga melepasi Seoul station, macam stesen keretapi lain. Perjalanan hanya untuk destinasi domestik kata
Jenny, mungkin tak macam Malaysia yang mana boleh pergi Thailand naik keretapi, ataupun, dari JB boleh sampai Singapura dengan keretapi. Mungkin laa..Di sekitar Seoul sendiri, tak jumpa satu pun beggars, mintak duit kat orang, sebab Jenny kata lagi, undang-undang sana sangat tegas tentang beggar ni.Strictly prohibited. Tapi, masih boleh jumpa, tempatnya di Seoul Station tadi.

***************

Bersambung..

lepas makan tadi tu, kami bergerak ke everland.Everland macam Disneyland.Seronok yang amat, kitorang habiskan masa kat sana sampailah Everland tu tutup lebih kurang pukul 5.30 waktu Malaysia. Everland tu cantik dari segi architecture dia yang pelbagai. Selain dari main mainan kat situ, kami masuk safari place, it's actually an open cage, besh macam safari kat singapore tu.Then, tengok 3D movie, naik cable car tu sme..seronok lah, tak habis jalan satu hari.Only after that, kami check in hotel.Penat gila.

Esoknya, ki Itaewon, makan kat situ.Itaewon ni speciality dia adalah leather product, tapi kami cuma makan2 di situ. Untuk pengetahuan, Itaewon ni adalah lokasi imigran di south korea.Kat sini, ada macam-macam perniagaan yang very-not-korea. Contoh, rio pub, machester club, raggae bistro, toronto hotel, something yang universal macam tu.Sebab tu juga, jalan-jalan di Itaewon ni dipenuhi bendera-bendera negara lain, setiap bendera tu melambangkan penduduk negara mana yang ada menjalankan perniagaan di situ. Apa yang diperhatikan adalah bendera korea, us, canada, china, iran, india, england, etc.Bendera Malaysia pun ada sebab ada francais Roti Boy kat situ.Cayalah.

Di seluruh korea, hanya ada satu je masjid. Itulah kat Itaewon. Sadis jugaklah. Tapi gereja ada di mana-mana. Banyaknya bukan seperti kuantiti masjid di Malaysia, tapi seperti banyaknya kedai runcit di Malaysia. Err, paham tak ni?Maksudnya, kat satu-satu mukim tu, ada lebih kurang 5 hingga 6 gereja. Cross is everywhere. Menurut Jenny, dahulunya, masyarakat korea ni beragama confusionism.Selepas Korean War, banyak mubaligh kristian yang masuk. Sejak tu, kristian berkembang.Sekarang ni lebih 7/10 rakyat beragama kristian, selebihnya buddha dan free thinker serta lain-lain.

Korean war adalah satu sejarah yang besar kat san.Berlaku selama 3 tahun, dan masa tu, yang bantu negara mereka ialah amerika syarikat. Lebih kurang 130 000 us army ditempatkan di US army base, dan sekarang jumlah mereka dan mengurang.Masa hari ke 4, kitorang ke kedutaan Malaysia dan melalui kawasan army base tu. Lokasi dia memang besar. Menurut duta Malaysia pulak, south korea ni very pro-us. Meaning that, pendapat amerika, adalah pendapat mereka juga. Pengaruh amerika syarikat memang kuat, tengok nilai mata wang dah boleh tahu.

Sebenarnya, banyaklah tempat lain yang kami pergi macam pergi naminara republic iaitu nami island, war memorial, Seoul National University, Seoul National University of Technology, Namdaemun, Dongdaemun, sungai ape ntah nama dah tak ingat dah, kongyi province, Malaysian embassy, ski dan macam-macam lagi lah. Tapi nanti panjang pulak entry ni. Apa yang penting, banyak lah kami belajar kat sini selain berseronok. Dan di universiti sana adalah satu pengalaman yang meng-impress-kan. Nanti cerita.ok?

Rasanya, cukuplah setakat ni dulu. Harap, korang pun banyak dapat maklumat seperti diriku. ;)




 





 

 
 


 

 


 

 


 


 





 

 

 

p/s: kalu dapat, banyak lagi boleh upload.Tapi busy laa, sem dah start.First week memang chaos.Sori ye lammmbat update. 

Saturday, December 5, 2009

Korea - The End

Salam

Saya di mana? Masih di Korea. Petang nanti akan balik, dalam pukul 5.30 waktu Malaysia.Huahuahua..tak best nya nak balik!I'm going to miss Korea verrry much. Sekarang, saya ada di Incheon Airport. Lebih kurang satu jam dari bandar Seoul. Luggage dah masuk cargo, dah check in kat imigresen, sekarang ni tinggal lebih kurang sejam lebih je nak ke Malaysia semula.Tak lama lagi tu...

Sekarang ni juga tengah menghabiskan masa beronline di airport.Seriously, line sangat bagus, bukan setakat provide line, laptop free pun ada di mana-mana. Boleh pilih. I'm using MacBook, haha..cam best je. Dari glass window sebelah ni, saya boleh nampak banyak aeroplane, mostly Korean Air, sambil salji turun dan berterbangan.Yup, salji dah turun, tapi tak lebat. Cukup mempesonakan mood online ku..agagaga..ayat tak boleh blahh.

Ada lagi beberapa keping duit korea, mungkin akan habiskan kat sini kot.Tukar duit balik nanti tak laku laa..

Apa lagi ye, owh ok..gambar.Banyak sangat.Ada beribu keping, dan tak transfer lagi ke thumb drive. So, gambar, nanti dulu la ae.

Pagi tadi, kemas barang habis-habis, berhenti kejap bila food delivery sampai. Then, mandi dan turun main salji.Ambil gambar, pulang kunci bilik, makan makanan korea untuk lunch terus bertolak ke lapangan terbang.Huhu..esok, rutin dah tak macam ni. Esok mungkin mengupdate blog sambil blog walking.Rindunya rutin tuuuu. Mesti dah banyak gila entry korang kan. Mesti dah macam-macam yang berlaku. Apa cerita laa agaknya..

By the way, my friends semua tengah online jugak.Masing-masing sedang tag gambar di facebook.Mine, later. Kepada sesiapa yang mintak kirim salam kat awek korea, mamat hensem korea laa, dbsk laa, wonder girl tu semua, ni nak bagitau, tak jumpa mana-mana artis pun.Cuma jumpa Taufik Batisah.Kahkahkah. Dan perempuan Korea banyak jumpa budak sekolah. Bawah umur laa.

Yang kirim barang tu, ada beli sikit-sikit, ingat nak beli lagi, takut extra luggage pulak. Fyi, I beli another one luggage just to pack all my stuff you know.Nasib baik tadi timbang pass.Tu pun pun ada tumpang beg orang.Ahaks.Kalau tak habis laa.

Lagi satu nak bagitau, matawang di Korea lebih kurang dengan US dollar.Tukar US dollar dengan won pun lebih kurang sama je. Nisbah nya lebih kurang cam ni, 1 dollar = 1.32 matawang korea.See, yang beza cuma, berbelanja di Korea ni mahal, shopping kat US, barang murah.Kat sini, memang kena jadi pengguna yang bijak.

Last but not least, walaupun, kat Korea ni best, ada juga rindu beberapa perkara tentang Malaysia.Food?Nope. Saya rindu toilet ada paip air, tu satu, dua, saya rindu nak makan cokelat dengan atuk, rindu ada masa untuk online dan berblog di rumah, rindu mak ayah adik-adik semua, rindu my best friend.Kim, kau dah balik Cape Town belum? Stay sampai krismas ae..

Lepas ni, tunggu la update tentang Korea di blog ni. Korang akan disajikan cerita-cerita tentang apa yang dilawati, dibelajar dan diberitahu dengan banyaknya, mungkin mampu buat korang termuntah.Have to.Hehe, sori okay? Kamsa Hamidaa..(minta maaf)
haha, nak jugak..

Jumpa di Malaysia!

wassalam.

p/s : balik nak sambung buat kerja, revise sikit-sikit, dah nak naik sem dah ni.

Thursday, December 3, 2009

Update Korea

Salam

Anyo hasayo...
ecece..dah berbahasa korea pulak ni.

Ok, tadi baru balik Seoul National University.Lepastu, ada lagi beberapa aktiviti.Waa, korea sangat best, macam tak nak balik pulak, hehe.

Dan hari ni baru dapat online, inipun curi line, huhu. Nak guna internet hotel kena bayar, agak mahal laa.

Sekarang, memang sejuk, sebab awal winter, kiri kanan jalan semua sibuk menghias untuk krismas.Memang cantik.

Sabtu ni dah nak balik, alaaa, cam tak nak balik je. Still so much to explore!

Anyway, saya dah nak tidur, kenyang sangat makan malam tadi.Korean food is not bad.In fact, sangat mengenyangkan.

Ok, this is just a short update.Jumpa lagi ye!

Wassalam~

p/s: online sambil tengok tv korea...