Pages

Thursday, December 17, 2009

Ini post draft paling lama kat blog ni.Enjoy Reading ;)

Salam

*sori ae, ni ada dalam draft dah lama dah, sebab jarang online bila balik hari tu, terus terperap je entry ni.Kepada yang tunggu, terima kasih kerana tak berputus asa.;)*

Hari pertama sampai setelah 6 jam lebih penerbangan sungguh menerujakan. Sampai je di Incheon Airport, kami disambut oleh Jennifer@Jenny dan Brian, tour guiders kami. Mereka sangat-sangat lah best.Brian, kelakar orangnya, ceria, suka menyakat.Jenny pula sangat informatif. Tanya je apa-apa pasal korea dengan dia, terperinci gila dia akan terangkan.

Sampai pagi tu, terus gerak ke mdc, sebuah lokasi sejarah tentang kehebatan Changem* (ni tak tau eja, tau sebut je). Dia seorang courtlady di istana, disingkirkan akibat cemburuu,dan kemudian menjadi doktor dan kembali semula ke istana.Satu-satunya doktor perempuan pada zaman dia.Selepas beliau, perempuan kena banned.Buat kerja-kerja domestik aje. well, sejarah ini dibuat drama, tak ingat tajuk ape, tapi sepanjang perjalanan dalam bas, kami dipertontonkan dengan drama tu.Jadi kefahaman tu lebih sikit.

Banyak laa yang dipelajari kat situ, tentang sejarah, budaya dan seni. Masyarakat pada zaman tu hidup dalam disiplin kasta, organisasi sosial berbeza mengikut pangkat.Malah jenis rumah yang didiami juga boleh dibezakan, terutama pada binaan atap.

Kemudian kami makan makanan korea yang pertama.Sedap! Kimchi masam sikit, tapi ikan dia best.Salmon, mackerel dengan lagi satu ikan tu macam tenggiri.Ada jugak side dish lain, dan seperti kebanyakana negara asia lain, makanan ruji masih nasi. Sebelum balik, kami cuba teh korea pula, macam teh tarik.

Naik bas, sambung tengok drama-drama korea dan dengar penerangan dari Jenny. Sedikit maklumat nak kongsi, populasi penduduk korea adalah 43 million orang, dan 13 million di Seoul sahaja.Memang padat, sebab tu, jalan raya sentiasa dipenuhi kereta, tapi traffik laju, tak rasa sangat sesak tu. Disebabkan padat, Seoul dipenuhi bangunan dan kediaman yang tinggi-tinggi.Nak cari bangunan sebuah, rumah sebuah satu dua tingkat memang susah. Korea ni 70% adalah kawasan gunung ganang-jadi menambah kesejukan dan tinggi bangunan sedia ada. Kalau nak berbasikal di sini memang satu cabaran sebab berbukit bukau.

Menurut Jenny juga, ada 5 syarikat besar di Korea, Samsung, Hyundai, LG, Daewoo err, lagi satu tak jelas apa dia cakap. Founder LG sebenarnya orang Korea Utara, tapi sebab sekatan ekonomi, founder tu datang ke Seoul dan mengembangkan bisnesnya. Okay, syarikat-syarikat ini, selain menghasilkan produk masing-masing, mereka juga membantu kerajaan membangunkan 'real estate' korea itu sendiri.Contohnya, ada apartment LG, apartment Hyundai, Samsung dan sebagainya di seluruh Korea. Multibussines lebih kurang. Kita tengok kalau kat Malaysia, DRB Hicom antara company yang dah buat bisnes macam tu.

Dari segi kenderaan pulak, boleh dikatakan 55% adalah Hyundai. 35% Kia, dan selebihnya kereta import. Tak nampak pun proton dengan perodua.Kat embassy pun macam tiada. Erm, ini berdasarkan pemerhatian sendiri laa. Motor tak banyak, mungkin tak berapa sesuai dengan keadan bermusim, dan kalau kat Malaysia, motor femes adalah RXZ, kat sana rakyat dia prefer scooter, cantik macam aprillia punya.

Satu lagi yang diperhatikan, sikap pemandu kurang berdidiplin sikit laa.Hon sana-sini, keluar tak bagi signal.Driver bus kitorang pun lebih kurang macam tu, tapi dia sangat baik. Masa nak balik, baru perasan yang kat sebelah seat dia ada dua screen, satu untuk tengok jalan kiri kanan, termasuk belakang dan depan,  (huhu, no wonder jarang bagi signal dan tengok side mirror), dan lagi satu skrin untuk tengok tv. Tontonan dia seorang je. Kagum jugak laa, sebab dia tahap atuk, maju menggunakan teknologi.

Walaupun kereta banyak, kenderaan awam juga banyak. Ok, tak nak kalah. Bas normal je, tapi banyak hiasan krismas kat dalam tu. Teksi pulak ada dua jenis, putih atau silver yang murah, hitam harga double, dan besar sikit. Kalau peak hours, mahal untuk kedua-dua sekali. Sebab sentiasa duduk di sebelah tingkap kat dalam bas, saya banyak perhatikan luar. Kawasan bergunung-ganang menyebabkan jalan bertingkat-tingkat, tinggi, dah rasa macam kat highway pun ada. Malah, di antara jalan ada juga landasan keretapi. Korea juga adalah negara kepulauan seperti Jepun, maksudnya, banyak lah jambatan seperti di putrajaya. Ada pengangkutan feri dan mini cruise. Kata Jenny, setiap malam, akan ada konsert di atas cruise. Kebanyakan penyanyi dari Filipina.Mungkin soprano ala-ala opera kot. Selain tu, ada juga subway, kitorang tak try sebab dah ada bas, huehuehue...Ada lapan 8 subway, di seluruh tempat. Bila nak ada kat Malaysia ni?

Kami juga sentiasa melalui jalan sekitar Sungai Han. Ni antara sungai utama di Korea. Lebih kurang macam sungai gombak dan Klang juga, nadi sebuah bandar. Han River 500 km panjang, han dalam bahasa korea bermaksud 'great', cukup menggambarkan kehebatan fungsi sungai ini pada zaman dulu.  Di sekeliling sungai  tu, adalah jalan-jalan, tapi kerajaan sana sediakan trek dan kawasan riadah yang lengkap untuk public betul-betul antara jalan dan sungai. Kepadatan Seoul menjadikan setiap tanah berharga. Bawah jambatan kita yang banyak dipenuhi barang terbuang, lalang dan doktor, lain dengan bawah jambatan sana yang dipenuhi alat senaman seperti di gym. Dia letak je, tak ada orang jaga.

Lagi satu nak bagitau, harga  minyak dia 16 USD untuk satu liter.Kesimpulannya, sayangi Malaysia.;)

Kami juga melepasi Seoul station, macam stesen keretapi lain. Perjalanan hanya untuk destinasi domestik kata
Jenny, mungkin tak macam Malaysia yang mana boleh pergi Thailand naik keretapi, ataupun, dari JB boleh sampai Singapura dengan keretapi. Mungkin laa..Di sekitar Seoul sendiri, tak jumpa satu pun beggars, mintak duit kat orang, sebab Jenny kata lagi, undang-undang sana sangat tegas tentang beggar ni.Strictly prohibited. Tapi, masih boleh jumpa, tempatnya di Seoul Station tadi.

***************

Bersambung..

lepas makan tadi tu, kami bergerak ke everland.Everland macam Disneyland.Seronok yang amat, kitorang habiskan masa kat sana sampailah Everland tu tutup lebih kurang pukul 5.30 waktu Malaysia. Everland tu cantik dari segi architecture dia yang pelbagai. Selain dari main mainan kat situ, kami masuk safari place, it's actually an open cage, besh macam safari kat singapore tu.Then, tengok 3D movie, naik cable car tu sme..seronok lah, tak habis jalan satu hari.Only after that, kami check in hotel.Penat gila.

Esoknya, ki Itaewon, makan kat situ.Itaewon ni speciality dia adalah leather product, tapi kami cuma makan2 di situ. Untuk pengetahuan, Itaewon ni adalah lokasi imigran di south korea.Kat sini, ada macam-macam perniagaan yang very-not-korea. Contoh, rio pub, machester club, raggae bistro, toronto hotel, something yang universal macam tu.Sebab tu juga, jalan-jalan di Itaewon ni dipenuhi bendera-bendera negara lain, setiap bendera tu melambangkan penduduk negara mana yang ada menjalankan perniagaan di situ. Apa yang diperhatikan adalah bendera korea, us, canada, china, iran, india, england, etc.Bendera Malaysia pun ada sebab ada francais Roti Boy kat situ.Cayalah.

Di seluruh korea, hanya ada satu je masjid. Itulah kat Itaewon. Sadis jugaklah. Tapi gereja ada di mana-mana. Banyaknya bukan seperti kuantiti masjid di Malaysia, tapi seperti banyaknya kedai runcit di Malaysia. Err, paham tak ni?Maksudnya, kat satu-satu mukim tu, ada lebih kurang 5 hingga 6 gereja. Cross is everywhere. Menurut Jenny, dahulunya, masyarakat korea ni beragama confusionism.Selepas Korean War, banyak mubaligh kristian yang masuk. Sejak tu, kristian berkembang.Sekarang ni lebih 7/10 rakyat beragama kristian, selebihnya buddha dan free thinker serta lain-lain.

Korean war adalah satu sejarah yang besar kat san.Berlaku selama 3 tahun, dan masa tu, yang bantu negara mereka ialah amerika syarikat. Lebih kurang 130 000 us army ditempatkan di US army base, dan sekarang jumlah mereka dan mengurang.Masa hari ke 4, kitorang ke kedutaan Malaysia dan melalui kawasan army base tu. Lokasi dia memang besar. Menurut duta Malaysia pulak, south korea ni very pro-us. Meaning that, pendapat amerika, adalah pendapat mereka juga. Pengaruh amerika syarikat memang kuat, tengok nilai mata wang dah boleh tahu.

Sebenarnya, banyaklah tempat lain yang kami pergi macam pergi naminara republic iaitu nami island, war memorial, Seoul National University, Seoul National University of Technology, Namdaemun, Dongdaemun, sungai ape ntah nama dah tak ingat dah, kongyi province, Malaysian embassy, ski dan macam-macam lagi lah. Tapi nanti panjang pulak entry ni. Apa yang penting, banyak lah kami belajar kat sini selain berseronok. Dan di universiti sana adalah satu pengalaman yang meng-impress-kan. Nanti cerita.ok?

Rasanya, cukuplah setakat ni dulu. Harap, korang pun banyak dapat maklumat seperti diriku. ;)




 





 

 
 


 

 


 

 


 


 





 

 

 

p/s: kalu dapat, banyak lagi boleh upload.Tapi busy laa, sem dah start.First week memang chaos.Sori ye lammmbat update. 

24 comments:

niesz said...

wa..syok giler..rs nk g lak..hihi..mesti bnyk tmpt yg bestkan..
emm..bile ek ley g sane???honeymoon!ahakss!perasan sungguh niesz nie..

LORD ZARA 札拉 said...

wah!!

syoknya!!

sharamli said...

kamo0..mesti s0n0k kn..

kal0 per0dua p sesat d0k sana cam plik la plk kn..

saypOOL rafhtello said...

aku memahami..mesti enjoy giler kan..
seronok kan..teringin aku g overc.. =)

HEMY said...

muka ko pn cm muka korea masuk islam je..eehehehe..

ko mix ke???heee

takde ke adiah saguhati utk aku??

nursarah87 said...

update juga akhirnya...=)

nice stories, nice photos!

avid gunner said...

nice reading! really enjoyed it..ni global outreach gak ke? kalau ye memang aku nak bakar HEP nih....

Sharif John said...

Nice place...

oranglidi said...

uihhhhh.... best gileee..

i'msosupernotcool said...

i wanna go there too..
sumday..

meo188 said...

wah... nice post... huhuhuhu...

the_m said...

kod ko chantek oke.

jejaka anggun said...

pic ke enam tuh indah skalik.

green said...

niesz..impian tu niesz..

zara..;)

sharamli..pelik, tp mcm tak..

saypool..time kasih krn memahami..

hemy..ada2 je..

sarah..hehe..br ade peluang..

avid..haah.Tp, nape nak bkr hep?

sharif john..:)

orglidi..;)

supernotcool..aminn~

meo..thank u meo..

m..ae?

jejaka anggun..2 kali laa..berkali-kali pun ok ;)

YobSumo said...

aduh gamba gambanya membuatkan aku terfikir bilalah nak sampai masa aku berpeluang seperti kamu. huh.

joegrimjow said...

hehe
terkenang pejalanan dlu

pernah naik taxi
ada 3 tv
huhu
mmg bnyak

xtengok rancangan tv die ke?
klu x tgok
rugi r
haha

plg best dlu pegi kat nami island
mmg sampai skrg ingat
;)

green said...

yob..InsyaAllah..one day..

joegrimjow..tv dia bnyk channel!..kan2..tak naik teksi, naik bas je..
nami island mmg cantik, tmpat winter sonata tu..

Anonymous said...

weh siyes bes giler....huhuhu nak gi gak arh syiok

sayu=pilu

Fatt Chin Choy said...

banyaknya ko dapat lihat
banyak jugak ko belajar
bukan semua org dapat pg
bertuah ko
hehe

mahal tu minyak kat sana 16usd seliterx3.5 = perghhhhhhh

kawie2020 said...

syok gile beb.. jeles aku ngan ko nih.. hehehehehe..

hisham said...

salam...i jeles la..comey2 pic...tp kn psal harge myak tu..mmgla sane mahal coz taraf hidup n negara pn maju mestilah mahal..lgpun dorang bkn pengeluar myk..hehe..k la tk cre

Boneka tak sakit said...

YA ALLAH COMEL LAK KO NIE!!! NAK BUAT PET BOLEH TAK!!!
hahaha..

hai menarik2 serius kau baca semu! ko tanya lah aku soalan aku leh jwp punya hahaha..

*padahal terus tgk pic.

baincardin said...

pic number 6 tu yg kat pokok tu cun banget laa green! ^_^

green said...

sayu..mari2..

fatt..mmg mahal fatt..

kawie..jgn cm tu..

hisham..ok..

boneka..<--mmg jujur la..haha

bain..ye ke bain?