Pages

Monday, December 28, 2009

Raikan Perkara Yang Buat Kita Gembira!

Salam

Bila besar, kita kurang perasan dengan perkara kecil yang kita capai.Contoh perkara kecil, anda kini telah jadi pemandu penyabar dengan tidak hon kereta depan yang lambat gerak bila lampu hijau.Kedua, anda dah rajin datang kuliah awal.Ketiga, berjaya mengemas katil sebelum ke kelas pagi.Huu, ini semua pencapaian.Kecil bagi kita yang dah besar walaupun tak ada lah besar sangat.Tapi, ini juga pencapaian yang besar jika anda adalah anak kecil.

Maksudnya di sini, dulu waktu kecil, kita perasan banyak perkara kecil yang berlaku dalam diri kita.Sebab tu budak kecik suka dipuji mak ayah, merajuk bila kawan cakap itu ini, nangis sebab mudah terasa.Kita kecik waktu tu.

Kecik atau kurang matang sebenarnya??

Hurm..

Takpe laa.Sebenarnya nak cerita.Dulu waktu sekolah, kalau ada berlaku sesuatu yang menggembirakan, akan jadi kemestian bagi kami sekawan untuk bagi nota ringkas untuk masing-masing.Kertas tu dari secomel-comel plastik cokelat hinggalah kertas warna-warni beli kat koperasi sekolah. Dari seringkas tulisan pensel atas kertas kajang hinggalah dengan tulisan warna-warni atas kertas mahal.Huhu, saya sekolah perempuan. Memang kitorang rajin macam ini.(ewahh).

Secara jujur, waktu sekolah dulu dapat BANYAK GILA kertas nota macam tu.Selalunya waktu nak ujian.

"All the best"
"Study elok-elok"
"Kalau tak ada idea, tataplah muka aku..lalala"

Ini semua antara nota ringkas yang ditulis.Dah dapat simpan je laa kan. Ada sampai sekarang cuma dah berkurang sebab mak aku buang masa tolong kemaskan bilik satu hari tu.Wawawa...hilang dah.

Then, bila masuk asrama masa tingkatan 4, dengan kawan baru, kami raikan perkara kecil dengan makan.Haha, tak boleh blah betul.Biasala la wey, bila duduk asrama, secara automatik akan jadi 'starving student'. Lapar je memanjang.Selera makan 24 jam.Aku rasa time ni laa pipi aku mula tembam. Minat pada eskrim juga bercambah kat sini. Sementara nak prep petang, makan aiskrim dengan kawan. Riadah petang lepas lari, singgah koop beli aiskrim. Kalau kawan offer belanja pun, aku mintak eskrim.Segalanya aiskeeeriiimm.Sebab die besshhh..

Kat universiti ni memang jaaaarang lah kan.Semua orang sibuk.Cuma hari ni nak cakap ada beberapa perkara yang buat aku gembira, ia perkara-perkara kecil yang berlaku baru-baru ini dan aku mahu raikan.

Pertama :

Pemasangan loker baju di kolej yang membuatkan hidupku gembira tatkala semua baju boleh dikeluarkan dari bag, digantung dan dilipat, tanpa perlu lagi mengambil masa menyelongkar semata-mata mencari stokin di pagi hari.Gembira bukan kepalang.

Kedua :

Projek English berjalan lancar walaupun tak struggle sangat disebabkan komitmen ahli kumpulan masing-masing.Dengan itu, aku berbesar hati memperkenalkan ahli kumpulan di sini. "Big round applause to..."

Green
(tak payah lah gambar kot)

Zaireel
Phewwitt~Aku letak gambar kau paling ensem laa.Haha.

Kumar

Ye, aku tau kau ade blog.Kan2?

dan

Harry
Harry aka h-a-i-r-y who is so in love right now.Eww~
 

Ketiga :

Esok kelas pukul 11.Mari bergembira.Kehkehkeh.


p/s: hajar tengah bahagia tengok movie.

11 comments:

Uruchimaru @ kf said...

aku nk tatap pic cik green jugak!

miSs s!v said...

hahaha.
aku nak gambor green.


kelas aku pukul 5.
ah heaven!

niesz said...

huhu..mls nyer nk start blajar ni..nk mood study balik..huaaaa..da lame sgt cuti..kn da mls blajar..

Kuwe said...

sume kecil kecil.
itu kecil ini kecil.
orangnya kecil mcm i tak?

kihkih.

oranglidi said...

wah

Fyzal said...

memang sonok kelas start lambat.. tahun depan 4januari aku start semester baru pulak.. erhhh..

Fyzals Territory

'AQILAH said...

perkara kecil buat kita bahagia...:) bila dapat makan sama2 dengan satu family.

HEMY said...

kat U..kawan2 satu floor la yg besh..satu course tak berapa rapat

sharamli said...

kat sk0lah lagik best k0t dr kt U

avid gunner said...

aku xtau lak skate park kat ktdi tu bole nampak cool mcm tuh..

ketupat said...

masalh ny ensem k zairel tuh...
ahahaha
tp aku suspek r kat kumar...
mmg begaye r...
harry mmg gitu..
in luv mmnjg..