Sebab keinginan yang melampau untuk siapkan kerja malam semalam jugak, maka skip makan dinner.Hasilnya, tengah buat kerja, terus rasa lapar.
Sudah tertulis rezeki masing-masing, semalam kawan-kawan Tionghua datang ke bilik buat delivery limau mandarin.. Dan pagi tadi pun masih ada yang distribute buah limau kat kelas.Terima kasih banyak-banyak.^.^ Puas makan limau tahun ni. Huhu.Semalam juga, Jamil langkawi (Jamil) pun bagi sebekas kek buah yang dia bawa dari Langkawi.
Terima kasih laa kat hang.Macam tau-tau je chek lapaq. Hang buat mai kek sedap jauh nuuun dari kedah sana. Terima kasih naa.Hang buat ka? Nanti ada rezeki, chek pi Langkawi, bawak sekali kek bagi kat hang satu famili.Ok ka?
Tak tau laa sebab aku lapar sangat ke, tapi kek tu sedap weyh. Pae dengan Ainun pun cakap sedap. ;)
Sambungan entry semalam InshaAllah akan dibuat nanti sebab diri sendiri tak habis explore lagi.Maaf ye.
****************************************************
Pudarnya Pesona Cleopatra
oleh ; Habiburrahman El Shirazy
Sebagai bekalan bahan bacaan untuk cuti raya cina yang lepas, saya ke perpustaakan untuk meminjam buku dan sambil tu, pulang buku sekali. Walaupun kena denda 3 ringgit enam posen sebab lewat pulangkan, saya tetap bersemangat nak pinjam buku lagi. (rm 3.60, -->full meal makan kat Mak Jah).
Buku itu nak dibaca bagi mengelak bosan di rumah, tapi tak baca pun sebab cuti saya best, tak bosan. :)
Cari buku English mudah sikit rasanya, tapi nak cari buku Melayu yang bukan novel cinta remaja semata, umm..perlu usaha lebih laa sikit.
Masa cari, saya ternamapak buku Puduraya Pesona Cleopatra.
Puduraya???
I pulled the book from the shelf anyway. It happened to be Pudarnya...not Puduraya, haha.
2 hari lepas baca dan tanpa sedar dah berhelai-helaian sudah dihabiskan. Saya bukanlah peminat Habiburrahman El Shirazy ini, dan saya tak ikuti pun karya tulisan beliau yang lain. Bila baca preface, baru tahu yang dia juga penulis bagi buku Ayat-ayat Cinta (verses of Love) dan Ketika Cinta Bertasbih (oh, how do i suppose to translate this, help me..please~~) Fakta ini di mention kat kulit buku tersebut juga rupanya,cuma saya tak perasan pada awalnya. Since, ehem ehem..i don't judge book by its cover. hehe.
Mesej penulis cerita ini lebih kurang sama je dengan apa yang cuba disampaikan dalam cerita Ayat-ayat Cinta mahupun Ketika Cinta Bertasbih (KCB), so tak perlu laa kot saya cerita panjang lebar. Worth reading? 4 bintang dari lima sebab ayat 'teaser' kat kulit belakang ini..
"..Tangisanku mulai gugur dalam isak tangisanku, semua kebaikan Raihana yang selama ini mulai terbayang di benak fikiranku.Wajahnya yang teduh bagaikan baby face,..."
Baby face <-- rasa macam spoil je 'feel' sebab ayat ni lawak tak boleh blah. :P
Buku ni oklaa. Tak mustahil dalam masa terdekat ni, filem adaptasi dari novel Pudarnya Pesona Cleopatra akan muncul. Sebab, di seberang sana, karya Saudara Habiburrahman ini memang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Er, di Malaysia juga saya rasa.
Masa cuti, saya sempat menonton satu movie dari adaptasi buku cerita juga. For One More Day oleh penulis Mitch Albom. Saya pernah baca buku beliau sebelum ni, iaitu Tuesdays With Morrie dan pernah tengok di sebalik dan preview penuh filem For One More Day di Oprah Show. Jadinya, agak teruja nak tengok cerita tu, tak sangka ada kat Hallmark. Worth reading? Erm, tak tau laa nak bagi berapa bintang sebab saya cuma tengok kat tv aje, tak baca lagi pun.Huhu.
Buku tak tau, tapi movie die memang best laa. Tak heavy sangat.
Itu sahaja buat masa sekarang. Saya masih punya sebuah lagi buku yang turut dipinjam sebelum cuti hari tu, beberapa buku rujukan kuliah, nota pensyarah dan KalamNya yang hendak dibaca. Till then, pen off.~
p/s: tak ada nota kaki hari ni.
12 comments:
dayah..tu ke buku yg enon bace?or aku salah buku? btw, aku tgk citer for one more day ni hari tu kat hallamrk..erm2..de sal baseball kan..not bad citer die..cume aku xtgk dr awal..so a bit confius sket tgh2 tu..hehehe~ btw, nice story..and sal baby face tu,sriyesly, mmg rosak mood kowt~hahhaha
tajuknya menarik juga yg citer cleopatra tu.. emmhhhh..
kamu! nak baca!
for one more day..bukan yg cleo tu~
ni nak dpt anugerah nilam ke??hahaha
chop! ^_^
ada org ckap, skip dinner takpe, yg penting jgn skip br81st. ^_^
fyzal..baca lah
ainun..cuba search infolan library, rasanya adalah
amende yg cleo tu?
saypool..aku pernah sampai tahap nilam masa kat sekolah dulu, tapi bukan..ni saja2 je laa en saypool..
bain!!!..lambat chop. Bukan first.Cuba lagi..hehe. Sekarang jarang breakfast, brunch je terus.
semua buku aku x baca
ko rabun sebab tgk puduraya
haha
puji dengan sikap kamu....
buku2 tu nmpk menrik..
nk limau skitttt
deifinitely worth reading it! for one more day best!
well, for me, i personally think that ALL of mitch albom books best yaww.
full of values that can be learned by people who read it.
try bce 5 people you meet in heaven. from the same author. best jugak.
hehe. :))
ngantuknye... sy bace komik dulu ye... huhuhuu :p
fatt..dah bnyk sgt buku ak tengok time tu kot..heheh
moon..limau dah habis daa...
geeds..i know u r so passion bout books..da one u recommend, later k..
meo..haha, good one. U are the comic-king!
Post a Comment