Pages

Sunday, February 28, 2010

Telefon Bimbit dan Rahsianya

Salam

*luahan sendiri*

Walaupun Sabtu, aku ada kelas dari pagi sampai pukul 5.  Esok pun macam tu. Sesungguhnya, aku agak penat, mengadap kod dari siang sampai ke petang. Cukuplah, kesian mata aku. Cikgu aku buat target nak suruh kitorang siapkan 100 latihan dalam masa 2 hari ni. Boleh bayang macam mana aku terkebil-kebil catch up apa yang dia ajar macam bullet train tu? Huhu, tapi aku suka lecturer aku yang sorang ni sebab dia sangat sempoi aje.;).

Sebab mata aku dah kero, maka rasanya tak perlulah aku dok sibuk-sibuk  buat coding tu malam ini. Lab aku full esok, jadi di sana aje laa kubuat.Huhu.

Berbalik pada tajuk entry. Sayang tak pada telefon bimbit anda sekarang? Aku sayang sebab ini telefon pertama aku. Sebelum ini, aku pakai telefon lama milik ayah. Memang old skool gila. Bak kata budak-budak sekarang, "baling kat anjing pun boleh mati"..:P

Handphone sekarang yang aku guna adalah yang kedua pernah ku ada. Walaupun tak ada flash, internal memory tak sampai 1G, kamera tak sampai 2 MP, tak boleh select several kat contact list bila nak forward mesej banyak-banyak, hmm..aku tetap sayang dan suka telefon aku.

Di sini biar ku kongsi rahsia telefon bimbit masing-masing yang patut diketahui setiap pemiliknya.Ini sekadar yang ku tahu je taw.

1. Hanya perlu taip *#06# dan akan tertera no siri telefon masing-masing. Akan keluar aksara dan digit, cuba  lihat pada digit ke 7 dan kelapan .Eg : 11122510-112233........ (yang merah ).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   00
Mutu telefon bimbit anda adalah SANGAT BAIK sebab dipasang di negara pengeluar.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   01 atau 10
Mutu telefon bimbit anda adalah AGAK BAIK sebab dipasang di negara Finland.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   08 atau 80
Mutu telefon bimbit anda adalah OK LAA sebab dipasang di negara Germany.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   02 atau 20
Mutu telefon bimbit anda adalah TERUK sebab dipasang di negara Emirates (UAE).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   13
Mutu telefon bimbit anda adalah PALING TERUK sebab dipasang di negara Azerbaijan. 



Benda ni berdasarkan apa yang kutahu suatu ketika dulu. Sekadar berkongsi sahaja. Oh yaa, telefon ungu yang aku guna ini berada pada tahap teruk, unfortunately. However, I still like, damn much~~

Lagi satu, bila bateri dah rendah (low) sangat-sangat, senang cakap bila bateri handphone dah 'kong', lebih baik untuk menjawab panggilan secara handsfree atau tidak menyentuh langsung telefon bimbit yang berdering kerana pada waktu itu, kadar radiasi nya akan meningkat 1000. (radiation is 1000 times).

Telefon bimbit adalah gajet yang paling dekat dengan kita. Tak salah untuk ambil precautions.

Huhu, dah lewat dah ni, penat tapi kenapa aku tak tidur lagi?Sebab tadi 27hb, masih lagi birthday Ainun.Kitorang tunggu Ainun balik sebab nak makan sama-sama. Untuk pengetahuan, dia habis meeting pukul 12.55 malam. Boleh eyh macam tu..hoho.

Kepada Ainun @ Orang Minyak, happy birthday!Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki, Sejahtera dan Dipayungi Rahmat DariNya.



p/s: maulud~~

10 comments:

mira ellyna said...

wah infomation y berguna toceh..
terharu mak auuu..
hehe..

Moon BlooDy Spell said...

handpon sesuatu keperluan yang penting... namun kadang2 hanpond yangbaling anjing itu lagi mudah.. berbanding dengan enfon 4G,5g.. ARHHH RUMIT

ber_u_wang said...

uncle punya 0 makna nya terbaik la ye

meo188 said...

huhuhuhu.... sy ounye paling murah punye

Nadya ©™ said...

Hp canggih² ni leceh sikit..Macam² ta boleh..ta boleh jatuh & etc..Nyampahhh

moment said...

makaseh2..
nk bli hp gak ni.. sib baik baca sblm beli..huhu

fiD said...

wow!

tq la info nie,,

tp hp aku 03?

mane tue? bulan ea?huuh

hellioz said...

nyce info there...
haha~

hakimfaridzul said...

aku nye no 03..
so dari mane ye dipasang??
thailand kah???
agagagagaga

green said...

mira..hehe

moon...yerp..ak guna basic je..

ber_uwang.ye uncle

meo..huhuhuhu

nadya..kt nak blackberry sbnrnye..ahaha

moment...check, jgn lupa..

fid..ye kot..agaga

hellioz..ur welcome..

hakimfaridzul..same kes ngan fid..hmm..yg tu ak tak pasti..