Pages

Sunday, February 28, 2010

Aku Baru Bukak Email dan....

dan, aku baru teringat yang aku ada 'kerja'.

Gulp..



tetiba aku rasa horrible gila.

p/s: ilovemyself

Telefon Bimbit dan Rahsianya

Salam

*luahan sendiri*

Walaupun Sabtu, aku ada kelas dari pagi sampai pukul 5.  Esok pun macam tu. Sesungguhnya, aku agak penat, mengadap kod dari siang sampai ke petang. Cukuplah, kesian mata aku. Cikgu aku buat target nak suruh kitorang siapkan 100 latihan dalam masa 2 hari ni. Boleh bayang macam mana aku terkebil-kebil catch up apa yang dia ajar macam bullet train tu? Huhu, tapi aku suka lecturer aku yang sorang ni sebab dia sangat sempoi aje.;).

Sebab mata aku dah kero, maka rasanya tak perlulah aku dok sibuk-sibuk  buat coding tu malam ini. Lab aku full esok, jadi di sana aje laa kubuat.Huhu.

Berbalik pada tajuk entry. Sayang tak pada telefon bimbit anda sekarang? Aku sayang sebab ini telefon pertama aku. Sebelum ini, aku pakai telefon lama milik ayah. Memang old skool gila. Bak kata budak-budak sekarang, "baling kat anjing pun boleh mati"..:P

Handphone sekarang yang aku guna adalah yang kedua pernah ku ada. Walaupun tak ada flash, internal memory tak sampai 1G, kamera tak sampai 2 MP, tak boleh select several kat contact list bila nak forward mesej banyak-banyak, hmm..aku tetap sayang dan suka telefon aku.

Di sini biar ku kongsi rahsia telefon bimbit masing-masing yang patut diketahui setiap pemiliknya.Ini sekadar yang ku tahu je taw.

1. Hanya perlu taip *#06# dan akan tertera no siri telefon masing-masing. Akan keluar aksara dan digit, cuba  lihat pada digit ke 7 dan kelapan .Eg : 11122510-112233........ (yang merah ).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   00
Mutu telefon bimbit anda adalah SANGAT BAIK sebab dipasang di negara pengeluar.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   01 atau 10
Mutu telefon bimbit anda adalah AGAK BAIK sebab dipasang di negara Finland.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   08 atau 80
Mutu telefon bimbit anda adalah OK LAA sebab dipasang di negara Germany.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   02 atau 20
Mutu telefon bimbit anda adalah TERUK sebab dipasang di negara Emirates (UAE).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   13
Mutu telefon bimbit anda adalah PALING TERUK sebab dipasang di negara Azerbaijan. 



Benda ni berdasarkan apa yang kutahu suatu ketika dulu. Sekadar berkongsi sahaja. Oh yaa, telefon ungu yang aku guna ini berada pada tahap teruk, unfortunately. However, I still like, damn much~~

Lagi satu, bila bateri dah rendah (low) sangat-sangat, senang cakap bila bateri handphone dah 'kong', lebih baik untuk menjawab panggilan secara handsfree atau tidak menyentuh langsung telefon bimbit yang berdering kerana pada waktu itu, kadar radiasi nya akan meningkat 1000. (radiation is 1000 times).

Telefon bimbit adalah gajet yang paling dekat dengan kita. Tak salah untuk ambil precautions.

Huhu, dah lewat dah ni, penat tapi kenapa aku tak tidur lagi?Sebab tadi 27hb, masih lagi birthday Ainun.Kitorang tunggu Ainun balik sebab nak makan sama-sama. Untuk pengetahuan, dia habis meeting pukul 12.55 malam. Boleh eyh macam tu..hoho.

Kepada Ainun @ Orang Minyak, happy birthday!Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki, Sejahtera dan Dipayungi Rahmat DariNya.



p/s: maulud~~

Wednesday, February 24, 2010

Pudarnya Pesona Cleopatra

Salam
 
Sebab keinginan yang melampau untuk siapkan kerja malam semalam jugak, maka skip makan dinner.Hasilnya, tengah buat kerja, terus rasa lapar. 

Sudah tertulis rezeki masing-masing, semalam kawan-kawan Tionghua datang ke bilik buat delivery limau mandarin.. Dan pagi tadi pun masih ada yang distribute buah limau kat kelas.Terima kasih banyak-banyak.^.^    Puas makan limau tahun ni. Huhu.Semalam juga, Jamil langkawi (Jamil) pun bagi sebekas kek buah yang dia bawa dari Langkawi.

Terima kasih laa kat hang.Macam tau-tau je chek lapaq. Hang buat mai kek sedap jauh nuuun dari kedah sana. Terima kasih naa.Hang buat ka?  Nanti ada rezeki, chek pi Langkawi, bawak sekali kek bagi kat hang satu famili.Ok ka?

Tak tau laa sebab aku lapar sangat ke, tapi kek tu sedap weyh. Pae dengan Ainun pun cakap sedap. ;)
Sambungan entry semalam InshaAllah akan dibuat nanti sebab diri sendiri tak habis explore lagi.Maaf ye.

****************************************************

Pudarnya Pesona Cleopatra
oleh ; Habiburrahman El Shirazy

Sebagai bekalan bahan bacaan untuk cuti raya cina yang lepas, saya ke perpustaakan untuk meminjam buku dan sambil tu, pulang buku sekali. Walaupun kena denda 3 ringgit enam posen sebab lewat pulangkan, saya tetap bersemangat nak pinjam buku lagi. (rm 3.60, -->full meal makan kat Mak Jah). 

Buku itu nak dibaca bagi mengelak bosan di rumah, tapi tak baca pun sebab cuti saya best, tak bosan. :)

Cari buku English mudah sikit rasanya, tapi nak cari buku Melayu yang bukan novel cinta remaja semata, umm..perlu usaha lebih laa sikit.

Masa cari, saya ternamapak buku Puduraya Pesona Cleopatra.

Puduraya???

I pulled the book from the shelf anyway. It happened to be Pudarnya...not Puduraya, haha.

2 hari lepas baca dan tanpa sedar dah berhelai-helaian sudah dihabiskan. Saya bukanlah peminat Habiburrahman El Shirazy ini, dan saya tak ikuti pun karya tulisan beliau yang lain. Bila baca preface, baru tahu yang dia juga penulis bagi buku Ayat-ayat Cinta (verses of Love) dan Ketika Cinta Bertasbih (oh, how do i suppose to translate this, help me..please~~) Fakta ini di mention kat kulit buku tersebut juga rupanya,cuma saya tak perasan pada awalnya. Since, ehem ehem..i don't judge book by its cover. hehe.



Mesej penulis cerita ini lebih kurang sama je dengan apa yang cuba disampaikan dalam cerita Ayat-ayat Cinta mahupun Ketika Cinta Bertasbih (KCB), so tak perlu laa kot saya cerita panjang lebar. Worth reading? 4 bintang dari lima sebab ayat 'teaser' kat kulit belakang ini..

 "..Tangisanku mulai gugur dalam isak tangisanku, semua kebaikan Raihana yang selama ini mulai terbayang di benak fikiranku.Wajahnya yang teduh bagaikan baby face,..."

Baby face <-- rasa macam spoil je 'feel' sebab ayat ni lawak tak boleh blah. :P

Buku ni oklaa. Tak mustahil dalam masa terdekat ni, filem adaptasi dari novel Pudarnya Pesona Cleopatra akan muncul. Sebab, di seberang sana, karya Saudara Habiburrahman ini memang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Er, di Malaysia juga saya rasa.

Masa cuti, saya sempat menonton satu movie dari adaptasi buku cerita juga. For One More Day oleh penulis Mitch Albom. Saya pernah baca buku beliau sebelum ni, iaitu Tuesdays With Morrie dan pernah tengok di sebalik dan preview penuh filem For One More Day di Oprah Show. Jadinya, agak teruja nak tengok cerita tu, tak sangka ada kat Hallmark. Worth reading? Erm, tak tau laa nak bagi berapa bintang sebab saya cuma tengok kat tv aje, tak baca lagi pun.Huhu.

Buku tak tau, tapi movie die memang best laa. Tak heavy sangat.



Itu sahaja buat masa sekarang. Saya masih punya sebuah lagi buku yang turut dipinjam sebelum cuti hari tu, beberapa buku rujukan kuliah, nota pensyarah dan KalamNya yang hendak dibaca. Till then, pen off.~



p/s: tak ada nota kaki hari ni.

Monday, February 22, 2010

Facebook Aku dan Jaringan Laman Sosial Lain

Salam

Rasanya, ini dah kali ke berapa buat entry blog yang ada kena mengena dengan facebook.

Saya agak lambat buat akaun facebook. Dulu rasa macam menyemak je benda alah tu. Rasa macam " aku ok je tak ada fb". Hoho, tapi itu dulu, sebab akhirnya, ku buat juga facebook. Ingat lagi masa awal-awal tahu pasal facebook. Tahun 2007 kalau tak silap.Waktu tu facebook baru sangat, tak ramai pun kawan-kawan dan orang sekeliling yang ada. I swear, that time memang nak bukak akaun tapi niat terbantut sebab "semua orang addict dengan myspace dan friendster".

True, friendster tu dah macam search engine google, wajib bukak tiap kali online. Segala-galanya tentang friendster. Kalau orang mintak email, mesti ada niat untuk add friendster. Maka selepas itu, lahirlah grafik java script " thanx for da add", dan macam-macam lagilah.


Thanks


Itu belum cerita edit layout, tambah grafik, buat banner bagai tu semua. Waktu jadi student sekolah dulu, edit layout dan jadikannya secantik mungkin is so -in-thing! Kira kalau layout cantik, dikira memang up-to -date la. Tengok sekarang, how is friendster doing now. Lame, noob? Benda yang dulunya memang advance sekarang dah jatuh jadi nombor berapa dah. Take over by facebook, blog, twitter and such.

Yerp, hidup tak selalunya di atas. 

By the way, friendster sekarang dah menjadi milik syarikat Malaysia. We are now the owner! Tahniah laa pada syarikat tersebut. Walaupun saya agak pesimis dengan keboleh-pergian friendster pada masa akan datang, tapi since the company kata "prospek marketing yang ada pada friendster sangat bagus untuk asia pasifik khususnya asia tenggara",..hurm, kita layan je laa. For us? Support weyh...

Dah lama tak bukak friendster, dah nyawa-nyawa ikan

Ouh, i have myspace too. Hari pertama sign in myspace juga merupakan hari terakhir saya bukak myspace.Not my cup of tea.Cukuplah satu friendster waktu tu..

Kini, facebook is the top in the list. Adik ku yang baru darjah 5 pun dah ada facebook. Aiman my cousin's son pun dah ada facebook. Nak main game dia kata. Maju nye budak-budak sekarang ni. His friend list mostly are teachers.Haha.

At first, i had certain hesitation before i decided to have my very own  fb. This entry explains everything. That's why i blog the article right away. It was the day i finally sign up to have one. Hehe ;)

Masa buat facebook, i told my course mates yang selama ni dok suruh buat. Dorang laa yang mula-mula request jadi friends. And yes, i save the first 'place' for my roomie, hajar. ;) The next day, ada 38 orang yang request nak jadi kawan. Haha, jakun jap masa waktu tu, mungkin sebab i'm a newbie!Mesti laa jakun.Mana pernah buka friendster dulu tetiba ada 38 orang yang buat friend requests...(the other way of saying i tak popular T___T ). Uhhuhu~~ 

Yang termasuk dalam senarai 38 orang tu adalah kawan-kawan dan lecturer. What? Allah..

Dr R (bukan nama sebenar) mengajar saya beberapa subjek. Malah Dr R adalah PA (penasihat akademik) saya sepanjang pengajian."Huhu, nak approve ke nak ignore nih. Kantoi laa kalau jadi pape nanti.."getus hati kecilku yang bajet nates ini..

Approve jugak akhirnya.

*sebelum ni Dr R pernah menyelit suruh siapkan mini projek masa budak-budak ni sibuk main komen-komen, haha* gurau je tu sebenarnya..

Sekarang ni, nak inform pape pun guna facebook. Nak cakap tarikh daftar subjek, assignment, dan etc guna saluran fb (selain dari elearning, of course. ) Kalau nak cerita baik buruk fb ni, sampai bila pun tak habis sebab pada pendapat saya laa, this type of technology is progressively improving. Evolves and updates. Satu elemen yang kita argue hari ini, mungkin akan berubah esok harinya. 

Tak kesah laa, setiap orang ada pendapat masing-masing. Guna satu saluran media itu dengan sebaik mungkin.Tak payah sampai kena masuk penjara macam saudara Tasyriq tu dulu, oops.

Sapelah aku nak ajar orang cara guna facebook. 




Ahh, yang penting tadi bukak facebook  terus rasa bahagia, dan terus terinspirasi nak buat entry blog macam ini :P


klik untuk tumbesaran

p/s: persoalannya di sini, kenapa pensyarah tu rasa yakin je kitorang bukak facebook malam-malam macam ini. Konfiden je bagitau mesej ni kat fb..hmm
:P 

Thursday, February 11, 2010

Ini sahaja yang mampu ku taip tadi, tiba-tiba ada kecemasan.Sekarang dah lewat malam, penat dah..

Salam


I am officially free!!!Free from class, free from lectures, free from rushing morning and free from a




p/s: esok je la habiskan taip entry ni ae.Selamat malam! (dah pagi sebenarnya).

Monday, February 8, 2010

Kata-Kata Hikmat Yang Menusuk Kalbuku.Uhuk~

Salam


The best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.


p/s: Haha, I felt this way when I was admiring someone so very verrryyy long time ago. 

If someone points out your mistake,
be happy that atleast some1
is interested in what you have done!  

p/s : show me my mistake and I will know that you are so into me.Heheh..

p/s : what's your personal fav quote?

Thursday, February 4, 2010

Ya Allah, Permudahkan lah Urusanku

Salam

Habis test OS tadi
Sekarang perlu siapkan segala kerja yang tengah pending.
Plan yang kena buat hari esok, khamis..terpaksa kena tangguh dan adjust,
sebab IP ada kelas esok.Ouh tuhan...

kita mampu rancang..

"kun faya kun.."

..dan kita tak mampu menghalang rancanganNya pula..


kasihi aku, perkenankan doaku..
pada kau aku sembah, dan kepada kau ku memohon pertolongan

p/s : jawab test seperti bermain bingo sebentar tadi.

Tuesday, February 2, 2010

Bertuahnya Awak Yang Baca Entry Ini.

Salam

Walaupun esok ada test, nak jugak update blog sekarang.Ya, mesti cerita kat belog, sebab ini tempat yang bagus untuk dicerita. No point cerita masalah kat kawan-kawan, roomate, even kawan baik yang lain fakulti atau universiti sebab mereka semua masih bergelar pelajar.

Pelajar = saya.
Saya sama dengan mereka, semua masih belajar.Semua orang yang belajar tension.Semua yang belajar rasa pressure bila ada test, projek, whatever laa..Mana tau, bila cerita kat dorang, kita sebenarnya menambah lagi tekanan mereka.

Heh?

Korang tak tension ke baca entry luah perasaan tertekan macam ini?

"..dah terbaca, nak buat macam mana?.."

Haha.Kalau macam tu tahniah la ye.Anggap anda seorang yang bertuah sekarang ini.

********************
Mari rewind hari ini.

Pagi-pagi kena tinggal bas. Pergh. Habis kelas RE, terus stay back kat fakulti siapkan assignment kumpulan.Dari pagi sampai pukul 3.Zohor pukul 3, masuk kelas lewat 10 minit lepas tu.Suka hati je kan..

Dah dua hari makan tak menentu.Skip breakfast, skip lunch. Hmm..dinner pun tak makan lagi.

Kat handphone, ada 17 mesej yang belum dibaca dalam inbox. Tak kuasa nak baca.Semua cakap benda sama, meeting..meeting..meeting.Zzzz.

Email pun. Bos email bulan lepas, semalam baru saya perasan.Wakaka..

Budak pengakap suruh datang buat gajet amende ntah esok.Huu, dah lama tak join dorang.POKE tak pergi, jota tak terlibat, jumpa setiap rabu clash dengan gym ktf.Hish, esok petang kena datang buat gajet.Ermm..korang, aku ada test esok malam, esok lusa, aku buat sendiri laa kat bilik ae..

Hmm, serba salah seyh. Semangat ke-pengakapan konon..
sobs2~

Tadi Max call untuk Hokaici. Pn Rahmah call untuk sirkit masum. Shyahira pesan pasal projek IP. Vincent nak siapkan RE before chinese new year, daftar malam kolej kat bawah blok sekarang nih, English draft 2 nak kena hantar khamis, belajar google crawler dengan tutor kat fakulti khamis ni, interface AD khamis malam..

oo ye, teman Miza pergi beli barang pengantin juga khamis ini..




Saya tak mahu berada pada tahap 'dah tak ikhlas'.
Ugh, i hate this feeling!

p/s : Saya sayang blog saya. It listen..

Monday, February 1, 2010

Cara Mengatasi Masalah

Salam

Ia suatu masalah yang besar bagi para angkasawan Amerika untuk menulis nota dengan pen di ruang angkasa. Semuanya kerana dakwat pen terapung-apung apabila mereka menggunakan pen. Lalu,angkasawan US berpendapat, perlukah mereka memvakumkan dakwat seperti mereka memvakumkan titisan air?

Hmm...

Sebenarnya, Dr Sheikh Muzaffar juga mengalami masalah sama.


Rangka perancangan mula dibuat. Pen berdakwat serba maju cuba dicipta. Plumbum, karbon, dan segala bahan kimia dieksperimentasi bagi mendapat hasil yang terbaik.Berbilion US dollar dilaburkan bagi menjayakan bahan inovasi ini.

Hanya kerana sebatang pen.

Hebat.

Tapi,tanpa mereka sedar saintis Russia, pergi ke angkasa lepas, menulis berpuluh-puluh catatan nota di atas kertas dengan jayanya.Adakah dakwat pen yang maju itu telah tercipta?Berapa banyak duit yang telah habis dilaburkan?


Salah seorang saintis dari Russia itu menjawab,

"Tak adalah, kami tulis guna pensel je..."



^_^ --> Tumpukan pada penyelesaian bukan pada masalah. Be a man with solutions..
Lagi satu, kadang kala, penyelesaian itu mudah sahaja, cuma kita sudah terbiasa dengan budaya "to excel, we MUST ALWAYS think big".

Pada pendapat saya, itu betul, tapi tak semestinya MUST and ALWAYS.

p/s: PeN oN~