Pages

Wednesday, October 28, 2009

Domain.Sape nak??

salam

sape nak domain??
ramainyee yang angkat tangan...
 
Sape yang tak nak domain..Lagi2, bila free of charge.Tak perlu bayar, cakap je nak nama domain ape, bagi dan register.

Sesungguhnya saya, blogger bernama green telah dapat peluang itu.Best memang best.Yang x best nye, semua domain yang ku mahu tak available!!!!

famous ke GREEN ni??

yg penting, ku mahu dot com..

dah try dah..
greenpatron...
green
greenblog
webgreen
pen on
mygreen.

semua laa...

nama betul pun..

semua dah ade..
benci~~

so, sape2 ade idea, bagi laa.Kalau macam menarik, ku akan ambil.Pemberi idea akan diberi ganjaran berupa hadiah misteri beserta cokelat..

memang berbaloi-baloi arr..
percaya lah.

p/s:  sape rase nak exchange domain dengan something yang berharga juga, boleh taw. Kita buat sistem barter, i give u free domain, u give me.....er..err..

Tuesday, October 27, 2009

Best buddies...

salam






p/s : miss~~

Thursday, October 22, 2009

take 5...... (plus plus)

salam..

huu..siang tadi ku gagahkan diri ke fakulti, layankan permintaan En Din yang tetibe suruh wat presentation.
Padahal semua orang tau dia takde pesan suruh present. Aiseyh, ni mesti kes pesan kat kelas lain, kelas lain yang kena.

Dari pagi aku datang, compile kerja ngan group members, tunggu turn lagi, then, tak dapat demo project depan die jugak.Faizal (group member) ade test pukul 2, so postponed 1 hari..

Tak mengapa, cuma aku penat menunggu.Demo dan presentation tadi memang sangat mengambil masa, sebabnye, lecturer ku itu tanya dengan sangat detail. Satu per satu dia check.Hasilnye, tengah2 tunggu tadi En Din suruh student belikan panadol..

haha..

tau pun pening...
same la kita..

And aku memang menahan diri dari online hari ni. Huu, mental kena kuat, lebih2 lagi apabila aku amek course yang memerlukan online hampir setiap masa. Ye laa, tak kan nak bukak elearning je kan..

kan2..

tapi ku tahan..

hasilnya, beberapa bab dah habis, cuma sekarang tengah break
Ya,  break..
sebab fokus hilang kejap..
dalam kepala ingat nak berblog je..
hampeh nye~

ntah pape je...

p/s: ok, dah boleh fokus balik..

Sunday, October 18, 2009

Hadiah terbaik

salam

Dapat dari satu web

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. 
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
 
To all my friends. Mintak maaf ok. Lebih2 lagi nak exam ni..
Takuuuttt..
 
so based on list kat atas tu, nak ucap.. 
 
 
kepada kawan..forever~~
kepada musuh, kemaafan tak diberi tanpa
belanja ku aiskrim strawberi ok??
kepada ketua, no gaji no kerja..boleh??
kepada yang muda..erm, aku la tu...hehe..
kepada yang tua..contoh terbaik adalah memberi duit raya 
kpd yg muda sepertiku..
kepada pasangan..jangan buat hal..
lalalalalala~
 
dan , last but not least 
 
Kebebasan tak akan diperoleh tanpa exam habis..
 
doakan aku!
p/s: ini hanyalah gurauan ku.Jangan nak terase.
Tak payah la nak serius sangat.Aku suka ceria2 taw. 

Saturday, October 17, 2009

Impianku

salam

Last night, before i went to bed, i watched this video.


I am touched..

Fyi, i enjoy watching talkshows, and my two favourites are oprah and ellen.

Just to share..

dalam dunia ni, ada orang yang membesar dan tahu apa yang mahu dicapai dalam hidup. Impian dia tak mungkin berubah. Kekal sama. Ada orang yang punya impian berbeza tiap masa. Beredar mengikut zaman. Dalam prsoses kita menanam dan kemudian mencapai impian tersebut, banyak perkara yang mempengaruhi kita.

Aku pun..

Contoh paling mudah adalah cita-cita sewaktu kecil.Korang punye cita-cita same je ke dari waktu sekolah sampai sekarang??Atau pun masa kat sekolah dulu cikgu yang tuliskan cita-cita kat buku report..

guru, polis, doktor..

typical kan?

Hurm, cita-cita aku tak pernah berubah.Setiap hari aku berdoa ia tercapai.


Aku mahu berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.Inilah cita-cita ku setiap hari.

General.Memang
Tapi ade ke yang kesah?huhu....
Yang pasti, cita-cita ku yang satu ni aku dapat rasa ia tercapai sedikit demi sedikit, satu demi satu.Yang penting, usaha dan bersyukur~

Okeyh.

Bawah ni adalah cita-cita (in terms of career) yang pernah aku impikan sebelum ni..

Aku mahu jadi pensyarah, doktor biogenetik, journalist, manager, dan yang paling aku ingat adalah nak kerja kat rumah orang-orang tua.Heheh, ni sebab aku baca cerita sedih bila anak-anak tinggalkan mak ayah terbiar kat rumah orang tua. Buku yang aku baca tu, aku pinjam kat perpustakaan bergerak Sultan Ismail, masa aku darjah 3. Walaupun aku kecik time tu, persepsi aku masih sama sampai sekarang.."kesiannya, sampai hati, biar aku je la yg jaga.."

cuma mungkin, pemikiran aku yang dah matang sikit ni mengakui bahawa ada orang tua yang rela hati nak tinggal di situ..
kan?

~~the end of this story~~

Papehal pun, ape yang aku belajar sekarang tak ade kena mengena dengan ape cita-cita aku dulu. Course aku, software engineering. Hee..jauh kan? Mungkin sebab masa kecik dulu, aku memang jahil lagi buta IT.So takde lah nak terpikir..

Selain daripada minat aku terhadap bidang teknologi khususnya komputer, aku berterima kasih kepada pensyarah sains informatik masa kat matrik dulu.Dia yang banyak bagi info, jawab soalan-soalan yang aku bagi, bagi nasihat, dan mencambah minat aku dengan lebih mendalam secara konsisten.So, to him, Tengku Rudy Izhwandy, thank you very much.(Mane tau dia baca..huhu~~)

p/s: Sometimes, dream is meant to be dream..

Langkah bermula semula

salam

Setelah hampir satu sem aku berehat dari aktiviti pengakap, kali terakhir adalah before sem bermula, petang tadi aku ke AGM. Bubar dan lantik pengurusan kelab yang baru. Ouh, walaupun amirul xde (kawan baik ku dalam pengakap), aku gagahkan diri, pakai uniform dan pergi.Rindu nye dengan pengakap. Kesibukan sem ni membuatkan aku perlu 'pause' kejap. InsyaAllah next sem,aku akan teruskan semula aktiviti pengakap.Once a scout, forever a scout.


Banyak2 aktiviti yang dirancang, yg pasti ku tunggu2 adalah kembara.Nampak biase tapi punyelah susah nak jumpa kembara cam ni. Bak kata redza, pengakap sekarang dah tak macam dulu. Kurang kembara. Kalau ade pun tak cukup syarat, sekejap, perjalanan mewah dengan kemudahan, kurang 'semanagt pengakap tu sendiri'.Aku setuju sangat. Maybe kembara pengakap dengan masyarakat kali ni membawa kepada pemberian lencana.Bagus juga. En rahim, pesuruhjaya klkm utm ada mengurakan tentang lawatan ke europe, especially to BP house dan international jamboree. Tak mustahil, sebab idea datang dari TNC sendiri, yang juga merupakan ahli pengakap. Hee..besstnyaa~

Tadi meeting tak ramai cam selalu.Kurang sikit.Mungkin sebab ada yang dah balik. Aku still dapat jumpa senior2, hurm, rajin korang datang ye, even dah nak grad dah. Habis meeting dapat makan chicken chop, waa..mewah betul korang. Tak sangke banyak jugak duit kelab.haha...

Papehal pun, aku harap, pengakap akan membawa aku kekal bersama u, terutamanya bila dah grad nanti.At least bila dah kerja, aku balik utm, takde lah dok lepak bilik lecturer je. Sekurang-kurangnya, aku boleh ke bilik gerakan kelab2 yang aku join. Takde la boring sangat.

Ade life orang kate....

tadi baca ikrar. Lama dah tak bace..

mungkinkah kami akan ke tempat ini??Huu..segalanya mungkin..




 

 

 


p/s: nasib baik ada perjumpaan ni, kalau tak semalam jugak aku balik.

Friday, October 9, 2009

Menuai hasil

salam

Walaupun aku balik lewat kelas malam tadi, ak still nak update blog.Sebabnye, nak kongsi cerita tentang koQ ku, yang baru je habis syllabus rabu lepas.


Masih ingat kan pada entry ini dan ini??So kali ni, ku mahu buat follow up.heheheh..

ok, yg ni adalah gambar 2 minggu lepas.Masih kosong,tak berbunga lagi.


ni gambar rabu lepas.Yang kiri adalah jurulatih kami, dan yang kanan tu, kawan sama section. Tengah dengar briefing. 


 
Ini adalah hasil yang kitorang petik.Untuk dijual kepada staff U.Banyak tak??Yang elok je, yang tak elok,bagi makan kat rusa.Cuma dapat sebakul sebab yang lain tak cukup panjang dan besar~


 
Ni tanaman kangkung.Sikit je, just untuk budak2 fakulti sains.Dorang nak buat research.



 
Yang penting, kitorang boleh bawak balik. Coach aku suruh amek banyak2, tapi kitorang bukannye boleh masak kat bilik pun.Anyway, aku amek juga sebab budak bilik sebelah suka makan sayur mentah dan ulam. Lebih, aku kasi kat Pak Jamil, owner cafe bawah blok.






Aku sangat teruja masa sampai kat ladang.Dah besar dah pokok2 ni. Aku jaga cam anak sendiri taw..

Pape hal pun, koQ ku dah habis, instead, kalau ade masa, aku still nak datang gak, boleh release tension. Ye arr, asyik mengadap laptop je, sekali sekala, buat cam ni, rasa best la plak.Lagipun, budak2 pengakap selalu gather kat area2 situ, boleh jumpa dorang skali..

Before balik, coach aku nak bagi daging rusa yang die baru sembelih. Hmm, mana laa aku nak letak.Next time je laa...

p/s: ada student fakulti sains wat PSM (projek sarjana muda) pasal tanaman tembakau..Patutlaa ade pokok tembakau kat situ..

Sunday, October 4, 2009

Baca dan ketawa~

salam

Manga bukan mangga..hehe

Aku baca komik dan majalah lawak dari kecik.Kalau masa kecik dulu, aku selalu pinjam Ujang, Gila-Gila dan yg sewaktu dengannya daripada sepupuku, arif dan adib, sekarang ni dah tak dah. Aku pun dah jarang jumpe majalah2 tu kat kedai Pak Kassim ataupun Kedai Sakura.Hurm, jumpe jarang,baca apetah lagi. Huu..aku ske bace citer Mat 2 Ringgit.Bestkan?Kalau korang layann arr..

Sejak 2 menjak ni, aku mula menjinakkan diri ngan anime secara serius.Best jugak. Dulu pun aku layan gak, tapi biase2 je. Kalu dulu, baca conan, tengok sailormoon, dragon ball, cardcaptor sakura dengan slam dunk..sekarang aku lebih tegar..haha..

komik, anime, manga..semua aku layan..
walaupun tak lah obses sgt,
aku suke..

aku nye feveret..mesti laa one piece..



best ok??
jap2, korang suke yang mane? cter ape? share2~

before raye hari tu, aku sempat ke bilik ijat..


dalam banyak2 koleksi ijat, aku pinjam 5 ..je..
ni pun yg biase2, yang best, orang lain dah pinjam.cepat betul~

Sekarang ni, nak baca sikit pun tak tenang. Beselaa, nota kuliah yang berape helai tu pun ak susah nak habiskan, komik ngan manga bertimbun, kejap je ak bace. Bole citer balik plak tu..

Same ngan blog, senang je ak bace entry orang sampai habis, boleh siap bagi komen lagi..
..kan bez time blaja pun cm tu..huhu..

p/s :memandangkan jumaat, sabtu, ahad xde kelas, waktu aku berblog dah lari. tak terkawal betul~

Saturday, October 3, 2009

Aku miang

salam

dorang mintak tolong basuh buluh buluh-buluh.




sampai miang dah~

Thursday, October 1, 2009

Suka dan duka

Salam.

(Hari ni ku update blog di bilik.)

Suka

1.Tadi pagi sempat singgah ke pejabat kolej.Dapat beberape surat.Yeay! Rupenye, ade blogger hanter kad raye.Hee~ So, thank you to

Faqhreel..
SiPutihPurple
Cik Cookie

Mungkin dah lama sampai..tapi ku baru je terima.huhu..

2. .Tadi ade koko,dan aku ke ladang utm  Tanaman ku tumbuh dengan subur.Happy~

3. Malam dapat makan free.

4. Kerja akmal bagi dah nak setel.Alhamdulillah~

5.First time pergi poster day kat fakulti.Interesting~

Duka

Ni yang sedih ni..

1.Duit ku melayang beberapa ringgit fotostate macam2.Terpaksa~

2.Data structure tak bincang lagi.Apekah~

3.Bace blog meo..Sedih~

p/s: Sekarang ni tengah xde perasaan~