Pages

Saturday, May 29, 2010

Matahari Terbit Luar Tingkap

Assalammualaikum

Huu, gembira rasanya bila dapat tulis balik kat sini. Apa Khabar?

Tak lama dulu, aku bercuti ke utara tanah air. Ke Kedah dan Perlis. Sebagai first-timer, of course aku jakun sedikit dan ini memang menjadi penyebab utama aku mahu ke sana ; melawat pertama kali.

Ramai orang keliling ku cakap, sana tu macam 'pekan koboi' (cowboy) je, haha.Amboi, marah orang utara kalau dengaq lagu ni.Sukati hang ja nak cakap lagu tu. Sekali kena tempeleng baru hang tau. Pikiaq laa sikit..

Amacam? Terer tak aku speaking utara? :D
Sila jawab 'terer'.

Ada beberapa tempat menarik yang aku dan kawan-kawan lawati sepanjang berada di dua negeri tu, tetapi pada hemat aku, dua negeri ini dah cukup menarik dah, despite gelaran pekan koboi yang orang bagi. Sebabnya, aku jumpa benda yang aku jarang memang tak jumpa bila ada dekat johor bahru, iaitu..

1.sawah bendang
2.petani yang mengerjakan sawah
3.orang-orang (scarecrow) yang ada kat tengah sawah



Untuk pengetahuan semua, aku isytiharkan 3 elemen ini memang dah pupus kat jb.P-u-p-u-s. Dah tak ada dah.


Ye ke?Tak kan tak ada langsung? 'macam confident ' je bila cakap...

Baiklah, aku tipu sebenarnya. Sawah, petani dan orang-orang memang masih ada, cuma korang boleh lihat di televisyen atau surat khabar yang dijual di sekitar Johor Bahru. Tu je.

Aku rasa orang Perlis dan Kedah memang sangat beruntung sebab negeri mereka masih penuh dengan pemandangan yang cantik, hijau dan saujana mata memandang tu..fuhh ! Aku sendiri sanggup untuk travel antara Perlis ke Kedah seawal sesudah subuh, semata-mata nak tengok pemandangan yang cantik dan matahari terbit along the way. Aku memang suka pemandangan pagi.Kalau disuruh pilih antara matahari terbit atau matahari terbenam, aku pilih matahari terbit.


Banyak gambar yang dapat aku ambil, kebanyakannya pemandangan yang dapat aku lihat menerusi tingkap. Macam  'through my windows' (Bunkface) laa..hehe.  Lagipun, itu sahaja yang mampu aku buat masa dalam perjalanan. Tak kan nak suruh driver bas berhenti tengah jalan sebab aku nak ambil gambar kat luar ..

haih..semata-mata.

Bukan hanya  matahari terbit, aku juga sukakan tingkap, maksud aku duduk di sebelah tingkap. Tak kira masa naik kereta, bas, dalam flight atau bas sekolah masa dulu-dulu. Selain senang nak tengok luar, aku juga senang nak tidur bila mengantuk.0_o

Maka, bawah ini adalah gambar-gambar yang ditangkap sepanjang aku duduk tepi tingkap.


gambar ni dekat dengan Plaza Tol nak ke Arau


sawah dan petani.Orang-orang tengah berselindung agaknya.


bangunan di tepi sawah


setelah diamati, baru tahu yang bangunan tu sebenarnya sebuah sekolah menengah swasta.Fuhyoh..

subuh





senja


teringat kat Bain yang suka buat HDR gambar langit :)


waktu pagi

Sekarang, biar aku buat kesimpulan dari entry ini pertama ; jangan percaya kalau orang cakap Perlis dengan Kedah tak best.Mereka jeles sebenarnya.

Kedua ; bila pandang benda cantik, kita bertasbih sebab ia lebih baik dari cakap "EEeeee..cantiknya!!!" (coach ku pesan)


Entry tamat. Timekasih baca.


8 comments:

'AQILAH said...

ku pun suka ke sawah...:) sangat heaven...hijau jeeee...

::[si putihpurple]:: said...

aku xpenah pegi lg kot perlis ngn kedah ni..eh lngkawi da pegi..tp lngkawi je lah..


*rindu langit malaysia ku sayang~ ♥

itisrajah said...

sawah padi memang sangat cantik.
waktu hijau dan waktu kuning.
well, aku tanak tanye banyak.
nak tanye satu je.
ole-ole untuk aku ade?
he he.

Nur Amira said...

huhu..bt cek bangga sat dok aloq staq

meo188 said...

erm... kedah memang cantik.

:)

HEMY said...

mmg kena tasbih tgok keindahan tuhan..tp mesti lupa je kejenya

niesz said...

besh nyer dapat duk kat kg yg penuh ngn sawah..rase syok jew..

botak said...

membe aku dok perlis dia ckp waktu tgh hari panas gila..dia bukak baju then baring atas simen..simen kan sejuk..huhu