Pages

Wednesday, June 2, 2010

Selamat Tinggal, Jumpa Lagi.


Salam

5 Januari 2009. Itulah hari jadi blog ini. Kalau suruh rewind balik dan cuba untuk ingat semula perasaan aku masa hari pertama tulis blog, well aku dah lupa. 

Tak pernah aku menjangka untuk berblog, dan terus menulis cerita di blog sehingga ke hari ini. Agak cliche untuk bercakap tentang tujuan orang berblog, jadi lebih baik untuk tidak memperkatakannya. Tapi aku teringin betul nak cakap apa yang aku dapat sepanjang aku berblog. Harapnya, korang teruskan membaca dan ini mungkin entry terakhir aku di sini.

Blog menjadi tempat aku meluah. I have the chance to channel my emotions somewhere, so here goes. Sudah menjadi fitrah manusia yang normal untuk meluahkan perasaan dan pandangan dengan orang terdekat. Kadang-kadang orang yang dekat boleh jadi bukan orang, boleh jadi hanya entiti yang tak bernyawa. Contohnya blog. 

Hmm..

*senyap*

*senyap*



Hurm, susah juga untuk aku menyambung tulis entry ini. 
Baik, biarlah aku simpulkan bahawa aku sangat sayang pada blog ini. Somehow, it becomes my witness, of me growing up. Semalam aku menyelongkar archive dan delete entry blog satu per satu. Bila baca balik entry lepas-lepas, aku ketawa, senyum, malu pun ada. Tapi aku anggap ia sebagai satu proses aku mencapai sedikit kematangan (if i could say that). At least, aku boleh cakap yang aku dulu pernah kecik, pernah fikir dalam kotak pemikiran anak kecil, dan zero.Mana ada orang yang terus jadi bagus dan ini bukan bermaksud aku cukup bagus sekarang.No. Kita bukan malaikat, dan kita bukan maksum.

Jadi, aku biarkan sedikit entry blog ini tinggal di archive. Sekadar peringatan untuk diri sendiri tentang apa yang pernah aku buat dahulu. Suatu kenyataan. Face it. 

Semalam aku nekad sungguh. Hari ini aku cuba menzahirkan nekad itu dan aku buat ini untuk diri sendiri keranaNya. InsyaAllah aku cuba, bila lagi kan?
..dan meninggalkan blog begitu sahaja selepas lebih setahun menjadi part of me, is never easy. Lebih-lebih lagi bila aku kenal ramai kawan di sini, baik buruk, nasihat mahupun carutan yang aku baca, aku anggap itu sekadar bahan selingan aku tatkala penat mentelaah pelajaran, yang mana korang tak paksa pun siapa-siapa untuk baca..

Kawan-kawan.Aku rasa ini akan jadi perkara yang paling aku rindu tentang blog. Suatu bentuk ukhwah yang berbeza dan aku berterima kasih untuk itu.

Before I fall any deeper, 

Aku mahu mengucapkan terima kasih pada semua atas segalanya.Thank you for this wonderful experience and thank you for being part of my life through this blog. Aku juga mahu mengucapkan maaf, jutaan maaf jika aku ada terkasar bahasa (memang ada), tersalah kata, mengguris hati mana-mana individu, dan apa jua kesalahan, aku mohon maaf. So sorry.

Tak lama lagi, comment moderation akan tiada di blog ini dan kalau free, aku akan sign in account dan singgah ke blog masing-masing. Aku dah update google reader ku, harapnya virtual friendship ini kekal.



Yours Truly, 
Green.

Pen off.






31 comments:

MizShuai said...

huhuu..kite tak ingat pun bile birthday blog ni.
tp yang sure april 2009

http://awektocang.blogspot.com

chekgu Bani Hassim said...

lorrr...dah quit ke??
erm, kalau quit pon, biar je entry lame2 tuuu...
biar jd kenangan smpai bile2...

oke, kalau itu keptusannya, suits ur self...
ade bende yg kdg2 kite kene tinggalkn utk perkara yg lebih penting...

myQza said...

i lapp yu green!

terima kasih jugak jadi kawan aku!

baincardin said...

salam Green.

Bain harap, Green jgn berhenti dari blogging ni. mungkin Green nak berehat dulu ke...then sambung balik blogging bila2 masa saja. jgn paksa diri utk berblogging a.k.a menulis. Lebih2 lagi menulis untuk kebaikan macam nasihat ke, ilmu utk dikongsi bersama ke dan apa2 saja yg boleh beri manfaat utk kebaikan di dunia dan di akhirat kelak, insyaallah. :)

Kuwe said...

Aku sendiri tak ingat apa harijadi blog aku.

Apa pun. Moga tepat langkah diambil. Jika jatuh bangun sendiri.

baincardin said...

Salam...

Aminkan Doa Imam Masjidil Haram

niesz said...

we gonna miss u dear..

Mario said...

uikkk....apasal?
mmm...anyway..gud luck tuk apa2 yg ko ceburi lps ni...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Dah fikir masak-masak ke.kenapa nak tutup blog.itukan aktiviti sihat.kalau boleh lupakan niat tu.

Anonymous said...

dear., thanx ya. but y u're leavin ur blog.? hu.
now baru bnyk bnde nk tnye u bout updating it. hehe.

thnx n luv ya.!

xoxo.,

keem~~

meorazor said...

gud luck in ur future.peace!

meo kucing said...

cedih2...

baincardin said...

salam green!!!~^_^

bain mmg dah lama x tulis blog. nnti free bain kasi update ya! ^_^

baincardin said...

hello-mellow green!!!~ mmg baru rasa nak update ni. yay! ^_^

meo188 said...

cik kucing?

HEMY said...

takpe..blog bila ko rasa nak luah something..jgn jadikan nye tanggungjwab..rileksss

Dzailin Dzulkaflie said...

benci taw! huh!

lumut said...

sedihnye..aku pernah mengenali kau suatu ketika dulu beb..bila aku dtg sini lagi hari ni...blog ni sudah tamat riwayatnya..=(

Faarihin said...

salam ramadan green..

la... nape dah tak mahu berblog..

dah lama tak terjah sini..

aleh2 bila terjah.. sedih aje bila baca entry ni..

apa2 pun good luck ini your life green.. (^__^)

green said...

terharu tsk tsk T__T

terima kasih pada yg bagi komen, dan juga email.

Erm, kalau ade jodoh, kita jumpa lagi :)

baincardin said...

Salam Green.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Selamat berposa bersungguh² ye. Rindu betul kt blog green...dah lama x update. nanti senang, kasi update ok. =)

Kasawari said...

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

Selamat Hari Raya dari Kasawari sekeluarga..
Maaf Zahir dan Batin..

Anonymous said...

rindu ko
apa fb? add lah aku

green said...

bain :)..dah nak raya bain..

kasawari..lagu feveret ka?

kapten..fb x best arr..

LUMUT said...

slamat hari raya green..=)
huuu

baincardin said...

A'ah Green, dah nak raya dah ni :)

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin ye!!!~ :)

Faarihin said...

salam jengah.. Alhamdulillah de lagi blog ni.. huhuhu..
rindu kat kamu la green..
tak mahu berblog lagi ke?
bila datang kamu mood nak berblog..
update2 lah.. setia menunggu ni.. hahaha..

baincardin said...

Green, thank you for keep visiting my blog. :)

*naper x mau update blog green? jgn tinggalkn blogging k ^_^

Kuwe said...

selamat habis raya green :)

Frodo Baggins said...

green ... take care :)

baincardin said...

salam maal hijrah green ^_^