Pages

Tuesday, May 4, 2010

Kehilangan

Salam

Ketika aku mem-browse Google reader ku, ramai kawan-kawan blog yang update mengenai kemalangan yang menimpa bro Sham (Hisham). Arwah kemalangan dalam pukul 3 petang tadi, dan beliau telah kembali ke rahmatullah.

Aku tidak mengenali Hisham @ bro sham secara personal, cuma suatu ketika dulu, dia rajin datang blog aku, membaca entry, komen, kritik dengan cara melawak dia. Semenjak bernikah bulan lepas, dia pun dah jarang update blog, tiada apa-apa perkembangan blog dia yang dapat ku baca pada Google reader.

Walaupun kami hanya kawan dalam dunia blog, aku tetap terasa kehilangan dia, lebih-lebih lagi bila teringat waktu Lumut buat contest dulu. Aku rasa, Ah fatt, Lumut, Boneka, Supernotcool, Kawie, Razman, Jard dan kawan-kawan blog lain yang pernah jumpa dia dan ada kenangan dengan arwah mesti lebih terasa kehilangan beliau.

Aku tak tau nak cakap apa lagi, sedekahkan surah al-fatehah untuk bro Sham.Moga rohnya dicucuri rahmat.



p/s: masa aku bukak blog, aku tak terfikir pun akan dapat kenal ramai orang,kemudian  jadi kawan tanpa judge seseorang tu hanya dari penulisan blog dia sahaja. 

9 comments:

Frodo Baggins said...

green ~~ Hug


:(

Alfatihah buat arwah.
takziah buat keluarga.
seorg yg baik dan slu
bg komen yg klaka n membina.

kehilangan. sedih.

joegrimjow said...

hidup berblog ni
inilah keajaiban dia

Unknown said...

sedeh.
sayu.
moga roh arwah tenang
al fatihah

serol said...

aku pun tak kenal, tp sekurang2 nya ita tahu dia pernah bersam kita..

baincardin said...

al-Fatihah untuk beliau. Kita doakan banyak² semoga beliau ditempatkan di kalangan orang² yg terpilih di sisi Allah s.w.t. dan semoga keluarga beliau tabah menghadapinya untuk yg terbaik segalanya, amin..amin...amin.....

*Bagi Bain, inilah salah satu kelebihan blogging untuk kita semua, blogging dapat memberikan kesedaran & keinsafan kepada kita semua bloggers di sini, dan dapat buat amal seperti sedekahkan al-fatihah utk mana² insan yg telah pergi mendahului kita semua. :)

meorazor said...

al fatihah utk beliau..

semoga dia ditempatkan di kalangan org yg beriman..

amiin..

Jo said...

amin.

meo188 said...

al fatihah

green said...

thanx semua..