Pages

Monday, April 12, 2010

Awas

Salam

[i will use the word 'aku' to deliver the message straight.]

Sabtu lepas, adik aku pergi ke Landmark Mall.Dia nak betulkan laptop dia. Sebagai precautions, dia bawak sekali external hard disk, mana tau kalau-kalau kena buat back up nanti kat kedai. Tapi, menjadi kebiasaan bagi adik ku yang sorang ni untuk bawa terus beg laptop dia yang of course ada laptop, hard disk, pen drive dan mp4. Tak perlu laa nak keluar-masuk barang. Takut misplace katanya.

Fine.

Lepas habis urusan dengan kedai komputer tu, adik aku ke Plaza Seni. Untuk pengetahuan, adik aku adalah pengumpul duit syiling dan bank notes lama. Dia memang obsessive dengan duit lama tu. Aku sendiri pernah ikut dia berurusan membeli, menukar duit-duit lama, dan kau akan tahu dia memang appreciate giler duit-duit antik tersebut. Contact dia pun banyak,termasuklah di Singapura.Kalau datang kedai, taukey memang dah kenal dia, dan akan jual duit lama yang tak di-display. Koleksi sold-to-certain-people only.

Sabtu lepas, dia menghabiskan beratus-ratus ringgit membeli 2 keping duit selat apa ntah, yang penting dia kata, dia memang dah lama nak cari. Mestilah dia gembira bukan kepalang kan. Lagi laa bila dapat beli dengan harga member.

Terus, adik aku ke sebuah shopping complex, berhadapan betul2 dengan Plaza Seni tu. Tak perlu la aku sebut nama, dah cukup famous aku rasa. Adik aku berjalan, membelek, membeli..dan decide untuk sembahyang zohor di sana.

Dalam surau situ ada 3 orang ; pertama, lelaki muda yang baru hendak bersolat, kedua; seorang lelaki di belakang adik aku, ketiga adalah adik aku yang baru habis ambil air sembahyang.

"dik, solat jemaah laa.Pahala lebih".

adik aku mengangguk, tanda faham.Dalam hati dia cakap.."betul jugak".

"abang tak ikut sekali?"

"Abang dah selesai".

Beg laptop adik aku diletak di depan, bertutup dengan jacket die. Tak adalah betul2 depan, kira macam 120 darjah dari pandangan hadapan.Boleh bayang kan ?

Tak tahu laa macam mana, yang penting beg laptop adik aku hilang. Dia kata mamat tu ambil mungkin waktu sujud akhir yang lama sikit tu. Cuma adik aku tak perasan, sebab jacket ada lagi. Dia habis doa baru perasan.

Mesti laa adik aku bengang. Laptop, pen drive, hard disk dan duit lama tu hilang.

"aku tak kisah pasal laptop tu, tapi aku kisah sebab dia amek hard disk tu"

ye, aku paham. Ada macam-macam benda dalam hard disk.Yang penting sekali, result eksperimen bio adik aku untuk final assignment A-level dia ada kat dalam hard disk. Baru minggu lepas adik aku mintak tunjuk ajar pasal covariant, corelation untuk kira-kira eksperimen dia. Simpati~

"..tapi aku lagi terkilan sebab dia amek sekali duit lama kau baru beli tu!"..

ok, ni aku tak berapa faham.Memang sounds ridiculous. Tapi dah dia sendiri yang rasa macam tu..
Simpati lagi sekali.~

Berbalik semula.

Adik aku terus keluar surau, harap boleh kejar, tanya-tanya orang tapi tak ada siapa perasan. Cuma ada sorang abang jaga kedai ni je yang perasan, dia lah yang banyak bagi maklumat. Dah syak.

Adik aku terus buat police report. Only with police report, dia boleh request untuk tengok CCTV. Muka 'that abang' yang suruh solat jemaah tu memang clean and clear. Police datang ambil cap jari, gambar tu semua, sambil bagi ayat sedapkan hati adik aku..

"buat masa ni, awak tunggu je.InsyaAllah dapat tangkap, cuma kami tak janji boleh dapat barang balik."

My brother : well understood.

Sebab adik aku dah setel kan semuanya, balik tu, mak dengan ayah aku tak adalah nak sibuk-sibuk sangat.
"orang cerita, tapi mak jangan lah marah orang."

Memang mak aku tak marah. Tapi dia dapat free lecture dari ayah aku.

"ayah nak tegur sikit..awak ni....blablabla, kat rumah letak wallet merata, handphone tinggal kat kerusi... + 
CUAI, LEKA, TAK WASPADA, TAK BERINGAT..<--.dan ayat-ayat yang sewaktu dengannnya.

(Kesian pulak aku dengar. )
Untuk pengetahuan korang, hari yang sama di emporium yang sama, kes sama berulang.Tapi di surau perempuan. Haish. 

Adik aku kata, ni memang pengajaran untuk dia. Geram tapi redha je laa. Dan aku ceritakan di sini untuk peringatan bersama. Sayangilah barang korang. Berjaga-jaga dengan orang sekeliling. Sebab kadang-kadang aku rasa dunia ini dipenuhi dengan insan yang menganiaya dan kurang rasa sayang dalam diri mereka.

Untuk yang mencuri tersebut, well, kau dah memperlekeh ajakan berbuat baik yang kau baru sebut pada adik aku tadi. Pandai kau memperguna nasihat agama sebagai tipu helah perkara jahat yang kau lakukan. Macam mana kalau orang yang betul-betul baik, menyeru kebajikan dipandang seroang disebabkan perbuatan kau?

Lagi, memang bukan 'masalah dunia' bagi adik aku untuk hilang barang macam ini. Bukan teramat sukar untuk dia ganti. Tapi macam mana dengan student yang ikat perut sebab tak cukup duit, lagi pulak hilang barang-barang macam tu.?Bersusah payah demi menuntut ilmu?


Aku cakap, sebab aku jumpa ramai orang yang susah di persekitaran belajar aku.

10 comments:

joegrimjow said...

klu kat sini, kemungklinan besar barang yg dicuri akan dapat balik

barang berharga ni mmg kena letak elok2, buat peringatan 2 2,

jangan caye dengan org wlpon muka clean n clear

n

letak barang elok2. kat depan kita lagi elok

HEMY said...

mmg dem...kadang plak takde ruang nk letak barang depan kita..letak blkg je..lepas ni mmg akan letak depan2

~ainun~ said...

hwaa~!
ya ya. hbis adik kau..sian..
aku tahu perasaan dye.hurm.

zulfadzly. said...

manusia..dalam rumah Allah pun sempat buat dosa..tp nowadays mmg payah nak rasa selamat..aku kalau g solat mana2 pon mesti mintak kawan standby utk jaga barang..solat gilir2 la..ape nak bt..

green said...

joegrimjow..yerp..mmg peringatan utk diri..ingat sblm kena.

hemy..well u shud. Kalau tak ada ruang, tawakal aje..

ainun..tau xpe..kunci bilik len kali..huhu

zul..ye laa.Itu sbg satu option. Harap tak jadi laa mcm itu..

Fadhilah said...

sian gler adek ko..
aku pnh kene dulu.mmg sedey gler...pe nk wat kn.bnda dh jd..
ckp ngn dik ko bnyk2 bersabar..

Unknown said...

jadi ingatan pada aku gak...em...macam2 orang skang nih...

faiq said...

ckp kt adik ko...
erm...harap bersabar...

botak said...

sebak aku baca cerita kau ni.

green said...

fadh..uu okeh

putri..ingatan bersama

faiq..betul..

botak..erm..erm..mm