Pages

Thursday, April 29, 2010

Sambil Menyelam Minum Air.

Salam

CSI
Selain ER, talkshows dan beberapa cerita lain, saya juga meminati CSI. Sekarang kat rumah, saya tengok CSI back to back. Saya suka dengan cara 'officer' dia selesaikan masalah, keluarkan segala terma sains, kaitkan dengan logik, skil komputer, segala jenis penyakit pendek kata, semua.Kalaupun itu cuma skrip yang dihafal, saya tetap kagum sebab mereka semua nampak berpengetahuan. Benar orang kata, orang berilmu dipandang tinggi. Sebab apa saya suka tengok CSI? Sebab saya rasa pandai setiap kali habis satu episod.Macam pandai untuk selesaikan kes macam Grissom, Horatio atau siapa saja. Bold di sini; macam pandai.Macam sahajalah.

Oh bukan, perenggan di atas bukan slogan untuk apa-apa pertandingan berkaitan CSI. 

Earth Day
Dah beberapa hari berlalu pun, tapi isu ini tak mungkin lapuk.Hari tu, saya tengok 'tempat pembuangan sampah terbesar di dunia' . Sebesar Texas, hmm.. ridiculous betul. Tapi orang tak nampak sangat sebab ia di dalam air, di lautan pasifik antara United States dan Jepun.

Tengok gambar bawah..


Jangan disangka air yang jernih itu bersih. Tak semestinya.Laut biru, pasir putih..pfff
Ini adalah sebahagian kecil sampah yang terapung, tidak termasuk yang dah tenggelam.Jarak dia expand dari Hawaii ke timur Jepun.



Paling banyak adalah plastik dan Styrofoam. Kalau macam ini, aku lagi rela mandi kat pantai Lido yang keruh sebab tanah dan pasir, dari mandi berendam, menyelam lepastu terminum air kat sini. 
Eeeurghh..


Penyu makan plastik konon-konon obor-obor.


Ini bukan fesyen baju hujan terbaru.
Okay, tak cool langsung.


Gimik rancangan Fear Factor versi 'pelican'. 
Macam-macam ada ; pemetik api, penutup botol, plastik, segala jenis sampah sarap, semua.


Gambar: Model tummy trim.
Kura-kura ini terperangkap dalam gelung plastik sejak dari kecil. Ia survive tapi membesar secara tak normal.


Lepas tengok, kita tahu this is just not right. Lepas ini, cuba untuk tidak buang sampah merata-rata. Memang laa susah sikit nak kitar semula, guna semula  so, benda paling senang adalah dengan buang sampah secara betul kat dalam tong sampah.Simple.
Saya bukan aktivis alam sekitar, but I might become one. Siapa suka tengok laut kotor-kotor, pergi pantai penuh sampah, lepastu jumpa haiwan tak bersalah macam tadi.


Payu dara
Berita terbaru : Ikan paus disahkan menghidap penyakit barah payu dara.Sebab sampah sarap dan pencemaran. 

Wait, the whale is suffering from breast cancer? I didn't know that, in fact i don't even know that whales have breast.
Allah...



give me a break.

Thursday, April 22, 2010

Grand Prix Johor Bahru.

Salam

*gembira sebab dah balik rumah*

Padahal rumah tak adalah jauh sangat dari u, hampir tiap minggu mak ayah datang melawat, even kalau hari minggu ada program, ayah datang hari jumaat petang. Tapi, perasaan dapat balik rumah, makan malam mak masak (kantoi di situ), dan duduk di bilik sendiri tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Miahaha.

Dari pagi siapkan kerja, petang baru ku pulun kemas barang. Nasib baik lupa nak amek gambar tadi, kalau tidak boleh laa korang tengok betapa licinnya bilik ku kemas. Semangat. Well, roomie Hajar, furniture is back to its position. Tumbuh muscle kat lengan aku tetibe, huhu.

Setelah berbincang-bincang dengan ibu bapa tadi, rasa-rasanya, brkemungkinan besar ku tak akan ke Perak dan Sabah cuti ini. Itu sebenarnya program khidmat masyarakat dengan Kemas. Ye, memang best, tapi kalau pergi jugak, cuti sem yang dua bulan lebih ini akan jadi seminggu yang tak straight 7 hari. I don't mind, at first, but seeing the excited face of my granddad knowing that Im around makes me mind. Jadi, duduk berdiri berbaring dan berkelah di rumah sahajalah until 11 may.

Nak tau satu cerita tak??*excited*. Selang satu hari lepas exam habis minggu lepas, saya ada ikut satu program sukarelawan di Sg Melayu, Johor. Pengalaman baru yang membuka mata sebab first time dapat jumpa dengan orang laut, orang asli dan nelayan kat Johor Bahru.  Cuba ingat balik, JB berstatus bandaraya bukan? Johor Bahru adalah ibu negeri dan di sini, di sebalik Danga Bay itu, masih ada penduduk yang..(tiba-tiba kekurangan kosa kata)..yang, erm, erm.. macam historical dulu tu laa. [ish, susah betul nak describe].

Ok, saya ditugaskan menjaga bahagian teknikal sukan, bermula dengan pendaftaran, alatan dan rekod bersama dengan Ain, ajis dengan abg Fizi. Hmm, mungkin mereka ada nama khas untuk etnik mereka tapi saya assume they are 'one'. Sukan tersebut adalah perlumbaan bot laju (racing boat) dan bot nelayan. Serius, rasa macam tengok F1 Grand Prix, tapi versi air laa. And waaayyyy better than rempit.  Perlumbaan tu adalah (saya rasa), 'big thing' for them.Sebab, ramai gila orang woo.Semua nak masuk bertanding sampai kami kena had kan peserta.

Bila dah had peserta, ramai laa kecik hati. Dan saya kena marah, wawawa...T__T. Lagi arr, mereka itu besar dan agak rough juga, kemudian berbicara bahasa ibunda mereka sambil marah. Waktu tu senyum aje, sambil buat muka tak bersalah sebab tak paham sepatah pun, haha.

Dipendekkan cerita, memang seronok. Perkara baru, dan jumpa macam-macam orang. And and pertama kali juga saya jumpa orang Bugis yang betul betul Bugis, memang ori betul betul ho liaw. Selama ini, saya ada 'stigma' sendiri, how masyarakat Jawa looks alike, and how Bugis is. Pahamkan kenapa saya cakap ini pengalaman membuka mata. Teehehee.

Sempat juga tengok bot karam depan mata.

Dan kanak-kanak main kejar-kejar bot.Tak main arr basikal atau scooter flinstone. Dorang layan kenderaan bermotor yang perlu berisi minyak tu je. Pehh.

Dan yang paling cantik adalah, a chance to see Danga Bay from the other view. Pandangan sisi yang dekat dengan perkampungan nelayan. Danga Bay is so green from that side, less bricks, less concrete.Terus jatuh cinta. <--maaf ter over pulak -.-"




psst : tak ade gambar, sibuk buat kerja.


 danga bay

*****




 p/s: terus teringat kat JBCool.

Monday, April 19, 2010

Budak Kecik yang Innocent

Salam

Salah satu tempat untuk mencari kejujuran adalah pada kanak-kanak. Mereka ekspress apa yang mereka rasa, mahu percaya, sekalipun pahit. Padaku mereka ibarat sebuah peti yang penuh dengan ragam, idea, emosi, ilmu..semua. Dan peti itu tidak harus dipandang pada rupa.


Kids, never fail to fascinate me,
And i love to be surrounded by them.

Okayh, gambar kat bawah ini saya ambil dari sebuah blog, dan saya senyum sorang-sorang masa baca. Hehe..Enjoy~~









  






 




  




 



  



  



  



  



 


 

p/s: thanx jepsloci.

Thursday, April 15, 2010

Mad World

Salam


1. This is cool *thumbs up*

head of memuah.
http://hasnulefendi.blogspot.com/2010/04/what-do-you-really-want-from-blog-would.html


2. This is what I found in my 'bookmark'.Good one.

Roland Emmerich.
http://scifiwire.com/2009/11/5-best-things-2012s-direc.php


3. This is insane!

Twitter&Library of Congress
http://www.readwriteweb.com/archives/twitters_entire_archive_headed_to_the_library_of_c.php



Ouh Tuhan, daku kering idea di sini.

Malam ini sungguh panjang.

Wednesday, April 14, 2010

Take Five. he he..

Salam
[tag]

Hi, 

Never in my life have I been: to antartic or artic
The one person who can drive me crazy is: people who cannot accept criticism, so I just let he or she win. As long as you happy~

High school: never ends. (lalala~)

When I’m nervous:  I sit.

The last song I listened to was: i dont know the title.Sorry.

If I were to get married right now my best man/maid of honor: never think about that anyway. Any volunteer??

My hair is: my hair is hair.

When I was 5: I trade my bicycle with my cousin's watch since I broke his, without my parent's knowledge. My cousin agreed and changed his bike rim with mine. I just looked at him, thinking that I'd received my punishment for my mistake. Stupid i know, but Im 'the' innocent girl.Huehuehue..

Last Hari Raya: I met my cousins back.

I should be..: continue revising.he he..

When I look down I see: my eng notes.

The happiest recent event was: in the morning just now while i was studying with Hatija and Rizal. A lot of things happened. :)

If I were a character on ‘Friends’ I’d be: I cannot remember much, since im not a fan.Huhu.

By this time next year: I will do my practical [Industrial Training]

My current gripe is: why am I too relax?

I have a hard time understanding: Network last sem, 'lejar' during high school and the fact why people left  their babies on roadsides.

There’s this girl I know that: really wants to talk to me, but is still waiting for my exam week to finish.Aww~~

I like you when: You reply me, or answer my questions..something like that.

If I won an award, the first person I would tell would be: My family

Take my advice: sit when u nervous.

The things I want to buy: my dream camera. ;)

If you visited the place I was born: it is actually my father's hometown.

I plan to visit: Pangkor, Sabah and Hong Kong.Soon..InsyaAllah.

If you spent the night at my house: You'll have to sleep on the floor with futon. Or maybe on couch in front the tv.

I’d stop my wedding if: i dont know...~~

The world could do without: nuclear, missile and weapons.Hmmm

I’d rather lick the belly of a cockroach than: ewww..
My favorite blonde is: Kate Hudson

My favorite brunette is: Lady Di

My favorite red/burgundy head is: cannot think any for now

My middle name is: binti

In the morning I: will check the time.

The animals I would like to see flying besides birds are: the flying fish

Once, at a lecture class: i googled about 'sport shoes'. Heh.

Last night I was: sleeping early

There’s this guy I know who : gave me free reader's digest. Thank you encik~~

If I was an animal I’d be: you can look at my profile picture now.

A better name for me would be: my full name.

Tomorrow I am: going to sit for my second last paper.

Tonight I am: in my room with my roomie..

My birthday is: second day of August

Monday, April 12, 2010

Awas

Salam

[i will use the word 'aku' to deliver the message straight.]

Sabtu lepas, adik aku pergi ke Landmark Mall.Dia nak betulkan laptop dia. Sebagai precautions, dia bawak sekali external hard disk, mana tau kalau-kalau kena buat back up nanti kat kedai. Tapi, menjadi kebiasaan bagi adik ku yang sorang ni untuk bawa terus beg laptop dia yang of course ada laptop, hard disk, pen drive dan mp4. Tak perlu laa nak keluar-masuk barang. Takut misplace katanya.

Fine.

Lepas habis urusan dengan kedai komputer tu, adik aku ke Plaza Seni. Untuk pengetahuan, adik aku adalah pengumpul duit syiling dan bank notes lama. Dia memang obsessive dengan duit lama tu. Aku sendiri pernah ikut dia berurusan membeli, menukar duit-duit lama, dan kau akan tahu dia memang appreciate giler duit-duit antik tersebut. Contact dia pun banyak,termasuklah di Singapura.Kalau datang kedai, taukey memang dah kenal dia, dan akan jual duit lama yang tak di-display. Koleksi sold-to-certain-people only.

Sabtu lepas, dia menghabiskan beratus-ratus ringgit membeli 2 keping duit selat apa ntah, yang penting dia kata, dia memang dah lama nak cari. Mestilah dia gembira bukan kepalang kan. Lagi laa bila dapat beli dengan harga member.

Terus, adik aku ke sebuah shopping complex, berhadapan betul2 dengan Plaza Seni tu. Tak perlu la aku sebut nama, dah cukup famous aku rasa. Adik aku berjalan, membelek, membeli..dan decide untuk sembahyang zohor di sana.

Dalam surau situ ada 3 orang ; pertama, lelaki muda yang baru hendak bersolat, kedua; seorang lelaki di belakang adik aku, ketiga adalah adik aku yang baru habis ambil air sembahyang.

"dik, solat jemaah laa.Pahala lebih".

adik aku mengangguk, tanda faham.Dalam hati dia cakap.."betul jugak".

"abang tak ikut sekali?"

"Abang dah selesai".

Beg laptop adik aku diletak di depan, bertutup dengan jacket die. Tak adalah betul2 depan, kira macam 120 darjah dari pandangan hadapan.Boleh bayang kan ?

Tak tahu laa macam mana, yang penting beg laptop adik aku hilang. Dia kata mamat tu ambil mungkin waktu sujud akhir yang lama sikit tu. Cuma adik aku tak perasan, sebab jacket ada lagi. Dia habis doa baru perasan.

Mesti laa adik aku bengang. Laptop, pen drive, hard disk dan duit lama tu hilang.

"aku tak kisah pasal laptop tu, tapi aku kisah sebab dia amek hard disk tu"

ye, aku paham. Ada macam-macam benda dalam hard disk.Yang penting sekali, result eksperimen bio adik aku untuk final assignment A-level dia ada kat dalam hard disk. Baru minggu lepas adik aku mintak tunjuk ajar pasal covariant, corelation untuk kira-kira eksperimen dia. Simpati~

"..tapi aku lagi terkilan sebab dia amek sekali duit lama kau baru beli tu!"..

ok, ni aku tak berapa faham.Memang sounds ridiculous. Tapi dah dia sendiri yang rasa macam tu..
Simpati lagi sekali.~

Berbalik semula.

Adik aku terus keluar surau, harap boleh kejar, tanya-tanya orang tapi tak ada siapa perasan. Cuma ada sorang abang jaga kedai ni je yang perasan, dia lah yang banyak bagi maklumat. Dah syak.

Adik aku terus buat police report. Only with police report, dia boleh request untuk tengok CCTV. Muka 'that abang' yang suruh solat jemaah tu memang clean and clear. Police datang ambil cap jari, gambar tu semua, sambil bagi ayat sedapkan hati adik aku..

"buat masa ni, awak tunggu je.InsyaAllah dapat tangkap, cuma kami tak janji boleh dapat barang balik."

My brother : well understood.

Sebab adik aku dah setel kan semuanya, balik tu, mak dengan ayah aku tak adalah nak sibuk-sibuk sangat.
"orang cerita, tapi mak jangan lah marah orang."

Memang mak aku tak marah. Tapi dia dapat free lecture dari ayah aku.

"ayah nak tegur sikit..awak ni....blablabla, kat rumah letak wallet merata, handphone tinggal kat kerusi... + 
CUAI, LEKA, TAK WASPADA, TAK BERINGAT..<--.dan ayat-ayat yang sewaktu dengannnya.

(Kesian pulak aku dengar. )
Untuk pengetahuan korang, hari yang sama di emporium yang sama, kes sama berulang.Tapi di surau perempuan. Haish. 

Adik aku kata, ni memang pengajaran untuk dia. Geram tapi redha je laa. Dan aku ceritakan di sini untuk peringatan bersama. Sayangilah barang korang. Berjaga-jaga dengan orang sekeliling. Sebab kadang-kadang aku rasa dunia ini dipenuhi dengan insan yang menganiaya dan kurang rasa sayang dalam diri mereka.

Untuk yang mencuri tersebut, well, kau dah memperlekeh ajakan berbuat baik yang kau baru sebut pada adik aku tadi. Pandai kau memperguna nasihat agama sebagai tipu helah perkara jahat yang kau lakukan. Macam mana kalau orang yang betul-betul baik, menyeru kebajikan dipandang seroang disebabkan perbuatan kau?

Lagi, memang bukan 'masalah dunia' bagi adik aku untuk hilang barang macam ini. Bukan teramat sukar untuk dia ganti. Tapi macam mana dengan student yang ikat perut sebab tak cukup duit, lagi pulak hilang barang-barang macam tu.?Bersusah payah demi menuntut ilmu?


Aku cakap, sebab aku jumpa ramai orang yang susah di persekitaran belajar aku.

Tuesday, April 6, 2010

Masih Tak Terasa Bahangnya

Salam

Seperti yang sedia maklum, saya dan rakan-rakan sekampus sedang menjalani minggu peperiksaan akhir.Sibuk sibuk sampai boleh update blog, hehehe tak kelakar.
 
Kali ini, saya agak awal menyalin jadual periksa di blok fakulti bulan lepas, dan tadaaa, hampir semua kertas ada gap di antara hari.Maksudnya, ada masa yang lebih sikit untuk buat last minute ulangkaji. Dan, jadual kali ini memang pelik sikit sebab subjek satu dua kredit didahulukan, pencapaian diutamakan. Maka, subjek kredit 3, yang pening pening semua minggu depan. Huuisshh, smart habes laa.

Semalam paper pertama saya, Application Development yang sepatutnya buat projek je, tak ada final exam. Subjek tu meminta kami membangunkan aplikasi menggunakan perisian tertentu, dan setiap kali kelas, kena lah tunjuk progress kat prof. Dia komen, suruh betulkan dan kelas habis. Senang cerita, kelas ini macam : sukati laa kau nak buat projek apa, yang penting belajar sendiri, boleh mintak nasihat pensyarah atau pun student masters lepastu bentang. Self study.

Jadi, boleh bayangkan tak kelas yang tak ada silibus, tak ada buku spesifik tiba-tiba ada satu set soalan lengkap untuk students jawab masa final?Amaaaazingg gila

Maka kami pun memandai-mandai buat preparation sambil dok pikir, apa agaknya soalan yang akan keluar.

Bismillah. Buka kertas dan baca soalan.
Hasilnya :

Below is the Facebook web page login interface,

Soalan pertama : Draw the activity diagram for user verification process of Facebook.

HAHA.

Facebook + Kami = expert.
Lalala~

Bawah soalan tu, ada lah soalan lain berkenaan Facebook process dan Part B berkenaan system e-commerce IKEA.

Rasanya, ramai jugak student yang bersyukur sebab malam sebelum periksa, mereka ber-facebook,dan tak study pun.Diorang cakap “tak sangka, ada faedah juga aku bukak Facebook malam tadi”.

Heehehe.

Esok English 2 kredit, lepastu subjek elektif satu kredit.Hmm, semua orang kat sini tengah rileks taw, tak berhempas pulas macam dulu-dulu, tak tension sangat, sampai Ainun pun cakap “ minggu exam ni, aku masih tak rasa lagi laa bahangnya..”.



Dahsyat statement tu.
Terpesona sekejap.