Pages

Friday, September 25, 2009

Siapa yang punya?

salam


Beraya di rumah nenek saudara ku (tok b) pada raya ke3 lepas. Aku, adik, sepupu-sepupu dan anak-anak sedara datang sama-sama. Rumah dia tak jauh pun dari rumah atuk, berape minit dah sampai.Rumah Tok b memang klasik, rumah lama, barang antik, besar tapi dia tinggal sorang. Sebab tu juga dia rajin datang ke rumah atuk ku. Melawat abang.

Sebab jarang datang, anak-anak sedara ku, ada yang lupa diri.haha.Lari sana sini, turun naik tangga tu semua.Pastu dorang jumpe bilik ni.


 nampak tak bilik kecik tepi tangga, yang bertutup tu..

Pada kita orang tua matang, bilik ni memang dah selalu jumpe kan. Tapi anak sedara ku memang jakun dan teruja.Semua nak tau ape kat dalam tu.So, ape lagi, time ni masa nye nak kenakan dorang.

sepupu pertama, kak wati, berkahwin, anak 2 orang.
sepupu kedua yang ku panggil abang, Noorzam, sudah berkahwin juga.
latif @ Latib, anak sedara ku yang darjah 6.Dia antara anak sedara yang dah besar, yang lain masih hingusan.


Kak wati : ni rumah hantu..sape nakal, kena kunci dalam bilik hantu tu..


Abang : Tak de laa, ni rumah mayat. Ada tengkorak kat dalam rumah tu..

aku cuma senyum dengar jawapan sepupuku, yang anak-anak sedara ni pun, sape suruh percaya..

tiba-tiba,latib datang mempertahankan adik-adik sedara dia. Merungkaikan segala penipuan yang sepupu-sepupu dia buat, sambil berkata..

ni gambar bilik tu dari dekat

"eh, mana ade, bilik mayat laa, hantu laa, korang jangan percaya, tu tipu je semua.."

Abis, bilik tu bilik ape? [kitorang tanye]

"..kalau nak tau, ni lah rumah sewa kassim selamat.."


wakaka~
 banyak la kau punye kassim selamat

p/s: oh latib, nak tipu pun agak2 arr..

Wednesday, September 23, 2009

Hepinyeeee~

salam

Semalam masak soto,da rumah masih ramai orang datang.Penat tp best.Petang semalam,  anak cousin ku, datang kat mak dia sambil cakap..

"mak aiman pergi raya, aiman dapat duit singgit baru!.."

[singgit = seringgit]

lepas tu, cousin ku datang dan cakap.."ya, nak tengok tak duit seringgit baru aiman dapat..?"

korang nak tengok??

betul nak tengok??








ini laa die..



yeay..dapat singgit baru!!!
(aiman dan haikal)

hahahaharhahrharharr

Friday, September 18, 2009

Pecah kaca, pecah gelas..

Salam.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Semua pembaca apa khabar
Harap sihat saya doakan.

Raya seminggu terasa kejap
sebab assignment banyak tak terkira
tiada lebih yang aku harap
moga ibadat ramadhan ku diterima Dia

Jangan kita mengejar syawal
Ramadhan yang ada rebut-rebutkan
Iktikaf dan ibadat dalam hari yang tinggal
Moga berganda rahmat dan keberkatan


jangan di salah tart dan semperit
alasan selalu terlepas terawih
time yang ade adjust lah sikit
kuih tunjuk kan banyak, sila ler pilih


kalau ade jarum yang patah
jangan kita patah-patahkan
kalau ada silap dan salah
harap dapat dimaafkan

aku bukan bagus sangat
kadang lupa, kadang terleka
saling berpesan, saling beringat
ramadhan depan tak pasti kita jumpa

 p/s: ayahku tak dapat amek malam ni. Ade hal. Nak merajuk boleh??

Wednesday, September 16, 2009

Anggap macam bapa mertua tanye~

Salam

ini ada satu soalan.Jawab dengan betul, dan bukan sekadar melepas batuk di tangga atau hot hot chicken shit (hangat2 tahi ayam) saje.Soalannye..

orang yang bertanye soalan ini call.Dia cakap..

Terangkan kat saya, macam mana awak nak bagitau saye yang tali kasut saya putus, dan bagaimana awak nak ajar saya cara betulkan semula (pakai) tali kasut tersebut.

Percaya tak, senior ku dapat kerja sebab dapat jawab soalan ni dengan betul masa interview.Waa..kagum2.
Anyway, jawab jangan tak jawab. Kita tengok sape yg ade potential.. =)

p/s: tak boleh nak update sangat.Banyak kerja~

Tuesday, September 15, 2009

~sticky mode~ Scroll ke bawah untuk baca entry baru.

Bulan Ramadhan masih ada dan Syawal bakal menjelma.
Bersempena itu, saya ingin sekali mengirim kad-kad raya kepada semua follower (InsyaAllah)..dan sesiapa sahaja yang singgah di blog ini.
Jadi tinggalkanlah alamat rumah, atau pejabat, sekolah mahupun ipt beserta nama penuh kepada saya melalui peti komen di bawah ini.
Tapi kalau rasa nak privasi, boleh hantar butiran tersebut ke email saya, thistle_chord@yahoo.com
Sms dan virtual kad raya memang mudah dan murah,
tapi
kad raya boleh simpan ..kan??
Jangan lupa ya..

Saturday, September 12, 2009

tak boleh lama, sekejap je..

salam..

esok hari ahad.Ahad, ade test network.

                           wawawawa

penat mencari penaja pagi tadi masih tak hilang. huuu~. Thinking of staying up tonight.And..and, no online, no blog, no surfing , just off.

huh,..ouh man, i'll end up sleeping instead of reading..
pfff..shut up you loser~

keyh..kena focus, just leave ur comment but i'm not going to read it until next morning k...

doakan everything will be purrr-fect okey~

mode: the kitten is reading and revising.lalala~

Friday, September 11, 2009

Posto..Posto!

Salam..

Di suatu pagi yang hening,
dari meja study ku menjeling ke luar jendela kamarku,

 
sambil hati bernyanyi girang
keluh kesah yang kian pudar
dibawa angin..

oh indah pagi ini, seakan memahami perasaan aku..huhu



Aku lega..
sangat lega..

 semoga sampai dengan selamat~


semua nama dah tick okeyh?  ;D

Monday, September 7, 2009

miskin


biar miskin harta, tapi kaya budi bahasa~