Pages

Saturday, May 8, 2010

Sekolah Separuh Masa

Salam


Korang tau tak sekolah agama negeri yang banyak kat Johor tu? Konsep sekolah tu belajar 'separuh masa'.Kalau sekolah kebangsaan pagi, datang sekolah agama petang, kalau sekolah kebangsaan petang, datang sekolah agama waktu pagi.


Cuti sem kali ni, aku banyak habiskan masa kat rumah atuk. Rumah atuk dekat je dengan sekolah agama. Dekat sangat, sampai kadang-kadang boleh dengar ustaz atau ustazah mengajar.

Suatu hari tu kan, aku duduk kat bahagian 'barat' rumah atuk, dan aku dapat dengar sebijik-sebijik apa ustaz tu mengajar. Suara ustaz tu kuat gila, sebab murid-murid dia bising tak ingat dunia. Hish, kalau time aku sekolah agama dulu, dah lama kena rotan taw.

Aku dapat dengar dengan jelas apa ustaz tu cakap. Dia ajar budak-budak tu bab iktidal. Iktidal je. Aku rasa dia buat praktikal kot dan konfem kelas dia terdiri daripada budak 6, 7 tahun yang baru nak belajar bab solat. Itu biasa, yang luar biasa adalah suara ustaz tu. Garang weyh, takut aku. Suara dia mengingatkan aku pada ustazah ******* yang garang ajar subjek Muamalat dulu.

Aku rasa laa kan, ustaz tu dapat kelas budak-budak nakal sampai dia kena tinggi suara macam tu sekali. Fuhh, tabah betul budak-budak kecik tadi, lain benar ustaz dorang dengan ustaz yang ajar aku dulu. Ustaz yang ajar aku dulu saaaangat la best. Ramai yang cepat-cepat daftar sebab nak masuk kelas dia (kecuali budak-budak yang nakal laa) sebabnya dia tak garang kecuali kalau kau buat pasal.

Masuk kelas dia satu je syarat dia, bawak buku tak payah ikut jadual sangat, tapi wajib hari-hari mesti bawak kitab Tauhid. Ustaz kata, tiap-tiap hari dia nak ajar anak murid dia Tauhid.  Ustaz aku ni muda remaja je waktu tu, adik dia sebaya aku, huhu.

Kalau tak silap, 3 tahun berturut-turut aku dapat kelas dia. Perasaan dia mesti laa macam *yes YES yes* (alhamdulillah). Best woo belajar dengan dia, pengajaran dia jelas, bahasa dia mudah, setiap keterangan diberi dalil dan contoh.Untuk budak-budak macam kami (waktu tu masih budak sekolah rendah lagi), kelas agama memang dinanti-nanti kan. Haa, mantap bergaya ustaz tu ajar.

**************

ISTINJAK!!!!
Hmm, tersentak kejap.

Lamunan terhenti dek terkejut dengar suara Ustaz sekolah sebelah rumah tadi. Mungkin bab Iktidal dah habis kot. Sekarang belajar istinjak pulak. All da best kanak-kanak sekalian, cuba jangan bising sangat sampai 'menjerit' ustaz korang mengajar.(Tapi kadang-kadang aku TERGELAK bila dengar dia marah-marah..cool ustaz cool~~  :D )

p/s: Tapi serius, ustaz aku dulu best. Aku tahu, menuntut ilmu tu tak elok pilih-pilih cikgu, yang penting adalah ilmu yang dipelajari .

6 comments:

joegrimjow said...

teringat kelas fardhu ain dulu

baincardin said...

Syukur alhamdulillah....akhirnya aku menjadi ayah.^_^

HEMY said...

dari iktidal pergi istinjak??jauh tuuu..ehehehehe
tak sume org ada pglmn skolh fardhu ain waktu petang..bagi aku mmg rugi. aku blajar asas agama kat skolah petang la

meo188 said...

wah.. bagusnye ingat ustaz tue...

skit lg hari guru... leh lah bg present kat die

green said...

joe..:)

bain!!!!!..TAHNIAH~~~

hemy..die bertukar subjek kot..yerp, nak harap blajar kat sek kebangsaan mmg tak cukup woh..

meo..cikgu kite ade kat al azhar laa skarg..

hellioz said...

kalo pilih2 lecturer bole?
he2~