Pages

Saturday, May 29, 2010

Matahari Terbit Luar Tingkap

Assalammualaikum

Huu, gembira rasanya bila dapat tulis balik kat sini. Apa Khabar?

Tak lama dulu, aku bercuti ke utara tanah air. Ke Kedah dan Perlis. Sebagai first-timer, of course aku jakun sedikit dan ini memang menjadi penyebab utama aku mahu ke sana ; melawat pertama kali.

Ramai orang keliling ku cakap, sana tu macam 'pekan koboi' (cowboy) je, haha.Amboi, marah orang utara kalau dengaq lagu ni.Sukati hang ja nak cakap lagu tu. Sekali kena tempeleng baru hang tau. Pikiaq laa sikit..

Amacam? Terer tak aku speaking utara? :D
Sila jawab 'terer'.

Ada beberapa tempat menarik yang aku dan kawan-kawan lawati sepanjang berada di dua negeri tu, tetapi pada hemat aku, dua negeri ini dah cukup menarik dah, despite gelaran pekan koboi yang orang bagi. Sebabnya, aku jumpa benda yang aku jarang memang tak jumpa bila ada dekat johor bahru, iaitu..

1.sawah bendang
2.petani yang mengerjakan sawah
3.orang-orang (scarecrow) yang ada kat tengah sawah



Untuk pengetahuan semua, aku isytiharkan 3 elemen ini memang dah pupus kat jb.P-u-p-u-s. Dah tak ada dah.


Ye ke?Tak kan tak ada langsung? 'macam confident ' je bila cakap...

Baiklah, aku tipu sebenarnya. Sawah, petani dan orang-orang memang masih ada, cuma korang boleh lihat di televisyen atau surat khabar yang dijual di sekitar Johor Bahru. Tu je.

Aku rasa orang Perlis dan Kedah memang sangat beruntung sebab negeri mereka masih penuh dengan pemandangan yang cantik, hijau dan saujana mata memandang tu..fuhh ! Aku sendiri sanggup untuk travel antara Perlis ke Kedah seawal sesudah subuh, semata-mata nak tengok pemandangan yang cantik dan matahari terbit along the way. Aku memang suka pemandangan pagi.Kalau disuruh pilih antara matahari terbit atau matahari terbenam, aku pilih matahari terbit.


Banyak gambar yang dapat aku ambil, kebanyakannya pemandangan yang dapat aku lihat menerusi tingkap. Macam  'through my windows' (Bunkface) laa..hehe.  Lagipun, itu sahaja yang mampu aku buat masa dalam perjalanan. Tak kan nak suruh driver bas berhenti tengah jalan sebab aku nak ambil gambar kat luar ..

haih..semata-mata.

Bukan hanya  matahari terbit, aku juga sukakan tingkap, maksud aku duduk di sebelah tingkap. Tak kira masa naik kereta, bas, dalam flight atau bas sekolah masa dulu-dulu. Selain senang nak tengok luar, aku juga senang nak tidur bila mengantuk.0_o

Maka, bawah ini adalah gambar-gambar yang ditangkap sepanjang aku duduk tepi tingkap.


gambar ni dekat dengan Plaza Tol nak ke Arau


sawah dan petani.Orang-orang tengah berselindung agaknya.


bangunan di tepi sawah


setelah diamati, baru tahu yang bangunan tu sebenarnya sebuah sekolah menengah swasta.Fuhyoh..

subuh





senja


teringat kat Bain yang suka buat HDR gambar langit :)


waktu pagi

Sekarang, biar aku buat kesimpulan dari entry ini pertama ; jangan percaya kalau orang cakap Perlis dengan Kedah tak best.Mereka jeles sebenarnya.

Kedua ; bila pandang benda cantik, kita bertasbih sebab ia lebih baik dari cakap "EEeeee..cantiknya!!!" (coach ku pesan)


Entry tamat. Timekasih baca.


Sunday, May 23, 2010

Loser

Salam

Seperti facebook, aku juga semakin hilang selera dengan blog. Lebih lebih lagi bila tiada benda menarik yang boleh aku baca, lebih-lebih lagi bila blog favourite yang selalu ku singgah sudah lama tak berupdate, lebih-lebih lagi bila aku mencari artikel penuh fakta dan justifikasi di google, kemudian yang keluar adalah artikel dari blog-blog yang galak mencari trafik tanpa memikirkan mutu artikel yang keluar dalam senarai google tu. Aku muak.

Hmmm...

Bukan sekarang.Bukan di sini.Bukan sebab sesiapa.Aku bukan emo, cuma aku mahu luahkan betapa aku semakin lama rasa pathetic dengan diri sendiri.


Nanti-nantilah.Cukup sekadar ini.
Aku mahu cuti.,

Friday, May 14, 2010

Berapa Harga Perkataan 'maaf'.

Salam

Bila kita dah buat salah, kita minta maaf kan?
Tapi tak payah sebab awak lebih tua dari saya.
Bila kita dah memalukan orang yang tak bersalah, kita minta maaf kan?
Tapi tak payah, sebab awak lagi senior dari saya.
Kalau awak dah sibuk menegakkan benang yang basah, tak kan awak nak mintak maaf kan?Malu laa awak..
Hmm..takpe, saya budak muda, mentah, hingusan, hijau..


Suka hati kau.
Terima kasih buat saya tersenyum.
Saya dah maafkan awak pun.


walau macam mana pun, esok saya akan jumpa manager awak.huhu..
kali ini, suka hati aku pulak.


dats my responsibility..;)

Sunday, May 9, 2010

Tahniah Bain~

Salam

*announcing*



Saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Bain kerana kehadiran seorang bayi yang comel di rumah beliau baru-baru ini.

Bain baru bergelar ayah dan surely excited dengan kehadiran baby yang pertama ini. Semoga baby (bain, apa nama dia??) itu akan menjadi anak yang soleh dan baik budi pekerti nya..

Bain, mesti Bain excited kan??
life changing...


Anyway, once again, congrats to you and yours.


p/s: Bain is one of my best friend in blog ^-^

Saturday, May 8, 2010

Sekolah Separuh Masa

Salam


Korang tau tak sekolah agama negeri yang banyak kat Johor tu? Konsep sekolah tu belajar 'separuh masa'.Kalau sekolah kebangsaan pagi, datang sekolah agama petang, kalau sekolah kebangsaan petang, datang sekolah agama waktu pagi.


Cuti sem kali ni, aku banyak habiskan masa kat rumah atuk. Rumah atuk dekat je dengan sekolah agama. Dekat sangat, sampai kadang-kadang boleh dengar ustaz atau ustazah mengajar.

Suatu hari tu kan, aku duduk kat bahagian 'barat' rumah atuk, dan aku dapat dengar sebijik-sebijik apa ustaz tu mengajar. Suara ustaz tu kuat gila, sebab murid-murid dia bising tak ingat dunia. Hish, kalau time aku sekolah agama dulu, dah lama kena rotan taw.

Aku dapat dengar dengan jelas apa ustaz tu cakap. Dia ajar budak-budak tu bab iktidal. Iktidal je. Aku rasa dia buat praktikal kot dan konfem kelas dia terdiri daripada budak 6, 7 tahun yang baru nak belajar bab solat. Itu biasa, yang luar biasa adalah suara ustaz tu. Garang weyh, takut aku. Suara dia mengingatkan aku pada ustazah ******* yang garang ajar subjek Muamalat dulu.

Aku rasa laa kan, ustaz tu dapat kelas budak-budak nakal sampai dia kena tinggi suara macam tu sekali. Fuhh, tabah betul budak-budak kecik tadi, lain benar ustaz dorang dengan ustaz yang ajar aku dulu. Ustaz yang ajar aku dulu saaaangat la best. Ramai yang cepat-cepat daftar sebab nak masuk kelas dia (kecuali budak-budak yang nakal laa) sebabnya dia tak garang kecuali kalau kau buat pasal.

Masuk kelas dia satu je syarat dia, bawak buku tak payah ikut jadual sangat, tapi wajib hari-hari mesti bawak kitab Tauhid. Ustaz kata, tiap-tiap hari dia nak ajar anak murid dia Tauhid.  Ustaz aku ni muda remaja je waktu tu, adik dia sebaya aku, huhu.

Kalau tak silap, 3 tahun berturut-turut aku dapat kelas dia. Perasaan dia mesti laa macam *yes YES yes* (alhamdulillah). Best woo belajar dengan dia, pengajaran dia jelas, bahasa dia mudah, setiap keterangan diberi dalil dan contoh.Untuk budak-budak macam kami (waktu tu masih budak sekolah rendah lagi), kelas agama memang dinanti-nanti kan. Haa, mantap bergaya ustaz tu ajar.

**************

ISTINJAK!!!!
Hmm, tersentak kejap.

Lamunan terhenti dek terkejut dengar suara Ustaz sekolah sebelah rumah tadi. Mungkin bab Iktidal dah habis kot. Sekarang belajar istinjak pulak. All da best kanak-kanak sekalian, cuba jangan bising sangat sampai 'menjerit' ustaz korang mengajar.(Tapi kadang-kadang aku TERGELAK bila dengar dia marah-marah..cool ustaz cool~~  :D )

p/s: Tapi serius, ustaz aku dulu best. Aku tahu, menuntut ilmu tu tak elok pilih-pilih cikgu, yang penting adalah ilmu yang dipelajari .

Wednesday, May 5, 2010

Walimah, Penipuan Hebat dan Pasti

Salam

Pengantin baru.
Tadi pagi cousin ku  (Arif) bernikah.Buat hari Rabu dan bukan hari minggu sebab nak 5 haribulan 5..gedik.Haha. Arif dah kawen, lepas nikah dia cakap kat kitorang (sepupu-sepupu) "...dah jadi suami orang"..huuu.Tahniah Arif, dan selamat pengantin baru. Dah ada satu tanggungjawab besar, jalankan sebaiknya. Arif sepupuku yang agak rapat terutama masa ku kecik.Dia pangkat abang, umur pun dah 27.



tahniah sebab sekali lafaz je.Nak tanya, kenapa baju basah giler?Nervous ke? :D

Penipuan hebat
Tadi baca blog ah fatt (kapten luffy) dan Kawie (cikgu kawie). Masing-masing berkongsi kesedihan kehilangan kawan baik mereka baru-baru ini. Well, masa kat blog Ah fatt, Boneka bagi komen yang padaku, ada betulnya.

here goes..



adeshh pengajaran yg hebat! tapi aku mungkin lupa ia esok atau lusa!

penipoan paling hebat!
adalah meyangka kita akan mati bila tua

Al-fatihah buat bro sham
[copy paste komen Boneka dr blog Ah fatt]


Pasti
"Dunia itu
penjara bagi orang beriman,
syurga bagi orang kafir"
Ayat di atas adalah sepotong hadith, dan malam ini kumahu kongsi dengan orang yang baca blog ini. Kawan-kawan, jangan terlalu bersedih ye..mati itu pasti bagi semua makhluk.


Tuesday, May 4, 2010

Kehilangan

Salam

Ketika aku mem-browse Google reader ku, ramai kawan-kawan blog yang update mengenai kemalangan yang menimpa bro Sham (Hisham). Arwah kemalangan dalam pukul 3 petang tadi, dan beliau telah kembali ke rahmatullah.

Aku tidak mengenali Hisham @ bro sham secara personal, cuma suatu ketika dulu, dia rajin datang blog aku, membaca entry, komen, kritik dengan cara melawak dia. Semenjak bernikah bulan lepas, dia pun dah jarang update blog, tiada apa-apa perkembangan blog dia yang dapat ku baca pada Google reader.

Walaupun kami hanya kawan dalam dunia blog, aku tetap terasa kehilangan dia, lebih-lebih lagi bila teringat waktu Lumut buat contest dulu. Aku rasa, Ah fatt, Lumut, Boneka, Supernotcool, Kawie, Razman, Jard dan kawan-kawan blog lain yang pernah jumpa dia dan ada kenangan dengan arwah mesti lebih terasa kehilangan beliau.

Aku tak tau nak cakap apa lagi, sedekahkan surah al-fatehah untuk bro Sham.Moga rohnya dicucuri rahmat.



p/s: masa aku bukak blog, aku tak terfikir pun akan dapat kenal ramai orang,kemudian  jadi kawan tanpa judge seseorang tu hanya dari penulisan blog dia sahaja. 

Dinamik

Salam

Hari ini, adik ku yang first balik Shah Alam..tak bestnyee..
Kalau ikut plan, hari ini baru nak belek2 segala benda yang ku download sepanjang minggu ini.Wat a long list..

erm..

disebabkan ada yang bertanya, i just want to say that the name 'green' that i'm using in blog world has nothing to do with anybody.  Green; just a color.

Nama nickname : Green
Warna Kegemaran : Ungu biji kundang
Suka lagu : Yellow (coldplay)

Hidup kita semua ni, banyak warna sebenarnya...
Tak statik, ada pergerakan yang menarik.
Atas bawah, kadang-kadang mendatar atau terus jatuh
Kemudian, bangun semula.
berpusing-pusing...


That's the dynamic of life, that I like. :)



p/s:if u think, u know me very well just by reading my blog, u shud think again. But if that makes u happy, then i think i should leave you with your assumption. Thank you.