Pages

Monday, April 12, 2010

Awas

Salam

[i will use the word 'aku' to deliver the message straight.]

Sabtu lepas, adik aku pergi ke Landmark Mall.Dia nak betulkan laptop dia. Sebagai precautions, dia bawak sekali external hard disk, mana tau kalau-kalau kena buat back up nanti kat kedai. Tapi, menjadi kebiasaan bagi adik ku yang sorang ni untuk bawa terus beg laptop dia yang of course ada laptop, hard disk, pen drive dan mp4. Tak perlu laa nak keluar-masuk barang. Takut misplace katanya.

Fine.

Lepas habis urusan dengan kedai komputer tu, adik aku ke Plaza Seni. Untuk pengetahuan, adik aku adalah pengumpul duit syiling dan bank notes lama. Dia memang obsessive dengan duit lama tu. Aku sendiri pernah ikut dia berurusan membeli, menukar duit-duit lama, dan kau akan tahu dia memang appreciate giler duit-duit antik tersebut. Contact dia pun banyak,termasuklah di Singapura.Kalau datang kedai, taukey memang dah kenal dia, dan akan jual duit lama yang tak di-display. Koleksi sold-to-certain-people only.

Sabtu lepas, dia menghabiskan beratus-ratus ringgit membeli 2 keping duit selat apa ntah, yang penting dia kata, dia memang dah lama nak cari. Mestilah dia gembira bukan kepalang kan. Lagi laa bila dapat beli dengan harga member.

Terus, adik aku ke sebuah shopping complex, berhadapan betul2 dengan Plaza Seni tu. Tak perlu la aku sebut nama, dah cukup famous aku rasa. Adik aku berjalan, membelek, membeli..dan decide untuk sembahyang zohor di sana.

Dalam surau situ ada 3 orang ; pertama, lelaki muda yang baru hendak bersolat, kedua; seorang lelaki di belakang adik aku, ketiga adalah adik aku yang baru habis ambil air sembahyang.

"dik, solat jemaah laa.Pahala lebih".

adik aku mengangguk, tanda faham.Dalam hati dia cakap.."betul jugak".

"abang tak ikut sekali?"

"Abang dah selesai".

Beg laptop adik aku diletak di depan, bertutup dengan jacket die. Tak adalah betul2 depan, kira macam 120 darjah dari pandangan hadapan.Boleh bayang kan ?

Tak tahu laa macam mana, yang penting beg laptop adik aku hilang. Dia kata mamat tu ambil mungkin waktu sujud akhir yang lama sikit tu. Cuma adik aku tak perasan, sebab jacket ada lagi. Dia habis doa baru perasan.

Mesti laa adik aku bengang. Laptop, pen drive, hard disk dan duit lama tu hilang.

"aku tak kisah pasal laptop tu, tapi aku kisah sebab dia amek hard disk tu"

ye, aku paham. Ada macam-macam benda dalam hard disk.Yang penting sekali, result eksperimen bio adik aku untuk final assignment A-level dia ada kat dalam hard disk. Baru minggu lepas adik aku mintak tunjuk ajar pasal covariant, corelation untuk kira-kira eksperimen dia. Simpati~

"..tapi aku lagi terkilan sebab dia amek sekali duit lama kau baru beli tu!"..

ok, ni aku tak berapa faham.Memang sounds ridiculous. Tapi dah dia sendiri yang rasa macam tu..
Simpati lagi sekali.~

Berbalik semula.

Adik aku terus keluar surau, harap boleh kejar, tanya-tanya orang tapi tak ada siapa perasan. Cuma ada sorang abang jaga kedai ni je yang perasan, dia lah yang banyak bagi maklumat. Dah syak.

Adik aku terus buat police report. Only with police report, dia boleh request untuk tengok CCTV. Muka 'that abang' yang suruh solat jemaah tu memang clean and clear. Police datang ambil cap jari, gambar tu semua, sambil bagi ayat sedapkan hati adik aku..

"buat masa ni, awak tunggu je.InsyaAllah dapat tangkap, cuma kami tak janji boleh dapat barang balik."

My brother : well understood.

Sebab adik aku dah setel kan semuanya, balik tu, mak dengan ayah aku tak adalah nak sibuk-sibuk sangat.
"orang cerita, tapi mak jangan lah marah orang."

Memang mak aku tak marah. Tapi dia dapat free lecture dari ayah aku.

"ayah nak tegur sikit..awak ni....blablabla, kat rumah letak wallet merata, handphone tinggal kat kerusi... + 
CUAI, LEKA, TAK WASPADA, TAK BERINGAT..<--.dan ayat-ayat yang sewaktu dengannnya.

(Kesian pulak aku dengar. )
Untuk pengetahuan korang, hari yang sama di emporium yang sama, kes sama berulang.Tapi di surau perempuan. Haish. 

Adik aku kata, ni memang pengajaran untuk dia. Geram tapi redha je laa. Dan aku ceritakan di sini untuk peringatan bersama. Sayangilah barang korang. Berjaga-jaga dengan orang sekeliling. Sebab kadang-kadang aku rasa dunia ini dipenuhi dengan insan yang menganiaya dan kurang rasa sayang dalam diri mereka.

Untuk yang mencuri tersebut, well, kau dah memperlekeh ajakan berbuat baik yang kau baru sebut pada adik aku tadi. Pandai kau memperguna nasihat agama sebagai tipu helah perkara jahat yang kau lakukan. Macam mana kalau orang yang betul-betul baik, menyeru kebajikan dipandang seroang disebabkan perbuatan kau?

Lagi, memang bukan 'masalah dunia' bagi adik aku untuk hilang barang macam ini. Bukan teramat sukar untuk dia ganti. Tapi macam mana dengan student yang ikat perut sebab tak cukup duit, lagi pulak hilang barang-barang macam tu.?Bersusah payah demi menuntut ilmu?


Aku cakap, sebab aku jumpa ramai orang yang susah di persekitaran belajar aku.

Tuesday, April 6, 2010

Masih Tak Terasa Bahangnya

Salam

Seperti yang sedia maklum, saya dan rakan-rakan sekampus sedang menjalani minggu peperiksaan akhir.Sibuk sibuk sampai boleh update blog, hehehe tak kelakar.
 
Kali ini, saya agak awal menyalin jadual periksa di blok fakulti bulan lepas, dan tadaaa, hampir semua kertas ada gap di antara hari.Maksudnya, ada masa yang lebih sikit untuk buat last minute ulangkaji. Dan, jadual kali ini memang pelik sikit sebab subjek satu dua kredit didahulukan, pencapaian diutamakan. Maka, subjek kredit 3, yang pening pening semua minggu depan. Huuisshh, smart habes laa.

Semalam paper pertama saya, Application Development yang sepatutnya buat projek je, tak ada final exam. Subjek tu meminta kami membangunkan aplikasi menggunakan perisian tertentu, dan setiap kali kelas, kena lah tunjuk progress kat prof. Dia komen, suruh betulkan dan kelas habis. Senang cerita, kelas ini macam : sukati laa kau nak buat projek apa, yang penting belajar sendiri, boleh mintak nasihat pensyarah atau pun student masters lepastu bentang. Self study.

Jadi, boleh bayangkan tak kelas yang tak ada silibus, tak ada buku spesifik tiba-tiba ada satu set soalan lengkap untuk students jawab masa final?Amaaaazingg gila

Maka kami pun memandai-mandai buat preparation sambil dok pikir, apa agaknya soalan yang akan keluar.

Bismillah. Buka kertas dan baca soalan.
Hasilnya :

Below is the Facebook web page login interface,

Soalan pertama : Draw the activity diagram for user verification process of Facebook.

HAHA.

Facebook + Kami = expert.
Lalala~

Bawah soalan tu, ada lah soalan lain berkenaan Facebook process dan Part B berkenaan system e-commerce IKEA.

Rasanya, ramai jugak student yang bersyukur sebab malam sebelum periksa, mereka ber-facebook,dan tak study pun.Diorang cakap “tak sangka, ada faedah juga aku bukak Facebook malam tadi”.

Heehehe.

Esok English 2 kredit, lepastu subjek elektif satu kredit.Hmm, semua orang kat sini tengah rileks taw, tak berhempas pulas macam dulu-dulu, tak tension sangat, sampai Ainun pun cakap “ minggu exam ni, aku masih tak rasa lagi laa bahangnya..”.



Dahsyat statement tu.
Terpesona sekejap.
 

Monday, March 29, 2010

Bunga Ada, Kumbang Pun Ada.

Salam

Tajuk entry adalah berdasarkan dialog penjual bunga kat gerai depan sebelah kiri saya.
Dia excited jual bunga.
Macam saya juga.
Huehuehue :D

Dua hari lepas merupakan 'excited state'. Ini semua macam yang saya dah cerita pada entry sebelum ini. Well well, memang satu pengalaman. Saya shift kerja hari Sabtu pagi je, tapi ahad pun saya datang, not just because of the flowers, but also the kumbang.Haha.

Noooo, because of the people wearing raincoat.


Waktu ini orang berpusu-pusu mendapatkan keluarga dan sahabat handai yang baru keluar dewan terima ijazah.



Grad bersama-sama.Ni mesti kawan baik, sama-sama stay up makan biskut marrie sambil baca buku.
Tak pun, tengok movie.


Ramai kan?
waktu ini juga, semua penggerai bunga berpusu-pusu jugak, macam dorang yang grad.Hehe, waktu ini memang ramai yang beli bunga lebih-lebih lagi yang tak ada ros atau teddy bear untuk dipegang bila nak ambil gambar.

"sekali sekala kak..ape salahnya..penat belajar..bla..bla..bla..$$$$...Terima kasih kak, Saya JUAL!.."
lalala~

Lagi gambar...



Huhu, tipu laa kalau cakap saya tak ada perasaan langsung bila tengok abang-abang dan kakak-kakak pakai baju hujan jubah konvo tuh. Mesti laa macam ' berkobar-kobar semangat, tak sabar, belajar best kerja tak, study is prority else can wait' etc. Hmm, lagi setahun setengah green, tak lama lagi pun..
 
Masa hari kedua, saya tengok ramai orang tua-tua yang pakai jubah konvo. Tengok jubah dan topi, saya rasa tu semua untuk terima sijil master dan Phd. Scene yang berbeza ; graduates dukung anak, tolak stroller, anak kecik-kecik excited tengok ayah pakai baju hujan lagi..

Waktu itu, saya memang dah tak sabar dah..
Harap dapat sambung belajar lagi..
Ameen~

Ok sekarang baru boleh bagi gambar gerai bunga ;)



Malam hari kejadian. Inventori stok.

Matt, Joss, Aaron


Joss excited.




Ni jiran seberang.aka senior aka sama-sama jadi sukarelawan MHS dulu aka 'sole pemodal' kedai bunga dia.Fuhyoo Jaz..~~


KAMI.

Setakat ini sahaja.
Bubbye ^.^

Thursday, March 25, 2010

Bunga

Salam

After competing with 60 clubs, college committee, social associations etc, my friends and I finally 'win' one tiny humble place in  'pesta konvo' and we'll be selling FLOWERS!!!.

Few days ago, Lan came to me and told this good news. He asked me to help him arrange those flowers and handle the logistic stuff.I don't mind, in fact this will be my exciting experience since i never involve in such activity before. I just can't wait. My mouth will be like a mynah, and the money, the fresh products to care, uhh..and I 'll get a closer approach during this coming convocation. Walllaaaa..

Erm, don't expect me to be in the shop for the whole day, huhu. Me and Max is working on shift and duty schedule right now.

The goal is to earn money for our November trip. I just want to learn and get the experience.

Selling flowers is one of the most profitable bussiness in convo fest, ya know. Lan did the calculation, checked with Mr Ishak, contact supplier...hopefully, we'll earn enough.


 

Flower..flower.flower~~!

I'm can't wait but I am not excited that much since i have project presentation tomorrow, huhuhu..takutt. Still got few works to do, and my lecturer promise to provide Nasi Lemak during presentation day.Haha, Friday : last class for this sem, and next week is study week.What do you expect?? My classmates are planning to go back home early. Class will be like...Boring~~ Even my groupmate, Rupert has already reach home. Well, he is done with his part, so I guess it just me, Fung Ring and Gan Seng will present tomorrow.

I don't like class on Friday. Bahaha.

Hopefully, that nasi lemak will cheer us up. Cmon laaa, just few people left. Sunyi laa kelas nanti..

p/s : Miza kata "masa konvo aku nak bunga please.Aku nak bunga matahari yang ada kuaci.."Haha.

Saturday, March 6, 2010

Mengintai Langit

Salam

Hari yang panjang dan penat membuat emosi manusia tertentu tak stabil. Disebabkan dah tak larat, nak senyum dan bercakap pun dah tak mahu. Lebih baik diam dari cakap. I consume enough energy for the day. Better leave the remaining energy to call my father, hopefully he could say some perfect words to boost up his daughter spirit and joy.


Amin~~


Kata Penuh Hikmah

Dalam menangani mood tak stabil, kata-kata yang baik dan berhikmah sangat meneyenangkan. Rasa macam terubat dan lapang. Rasa macam, .."oh, ini bukanlah hari yang teruk",.."ini adalah cabaran yang bagus..", "..i can handle it.." etc. Terima kasih pada kawan-kawan keliling yang selama ni tak jemu-jemu tanya "..macam mana duty hari ini?".. , "..dah makan?".., "..cerita kat aku.. "..aku nak belikan makanan dulu, nak order apa?..", .."kau ok?..".

You know who you are.
(They really know, they read my blog,,ahaha)

Walaupun, aku bukanlah mengharap ini semua, tapi aku sangat hargai apa yang aku dapat;
dikelilingi manusia yang penuh mengambil berat, sedaya upaya menjaga satu sama lain, yang buat aku rasa seperti berhutang, berhutang sifat kasih dan penyayang antara sahabat.

Sebetulnya, aku masih berhutang..

Sungguh, ini buat aku untuk jadi kawan yang baik, yang cuba sedaya upaya memperbaiki diri dan sehabis perlu membantu kamu. Dengan sifat kekurangan dalam diri , terus bertanya pada diri sendiri : Cukupkah? Cukup kebaikan aku pada semua kawan dan sahabat.?

Jawapannya tidak pernah cukup.

Tapi u make it looks enough. Enough for us.


Tiba- tiba je aku mahu tulis sebegini. Trying to draw this good picture and remember these great moments. Maybe because i am feeling it now. Maybe because i know, that I should remember this time.Because one day, i could lose it all at once.





p/s : I think my 32 second theory is still relevant ..hehe.

Sunday, February 28, 2010

Aku Baru Bukak Email dan....

dan, aku baru teringat yang aku ada 'kerja'.

Gulp..



tetiba aku rasa horrible gila.

p/s: ilovemyself

Telefon Bimbit dan Rahsianya

Salam

*luahan sendiri*

Walaupun Sabtu, aku ada kelas dari pagi sampai pukul 5.  Esok pun macam tu. Sesungguhnya, aku agak penat, mengadap kod dari siang sampai ke petang. Cukuplah, kesian mata aku. Cikgu aku buat target nak suruh kitorang siapkan 100 latihan dalam masa 2 hari ni. Boleh bayang macam mana aku terkebil-kebil catch up apa yang dia ajar macam bullet train tu? Huhu, tapi aku suka lecturer aku yang sorang ni sebab dia sangat sempoi aje.;).

Sebab mata aku dah kero, maka rasanya tak perlulah aku dok sibuk-sibuk  buat coding tu malam ini. Lab aku full esok, jadi di sana aje laa kubuat.Huhu.

Berbalik pada tajuk entry. Sayang tak pada telefon bimbit anda sekarang? Aku sayang sebab ini telefon pertama aku. Sebelum ini, aku pakai telefon lama milik ayah. Memang old skool gila. Bak kata budak-budak sekarang, "baling kat anjing pun boleh mati"..:P

Handphone sekarang yang aku guna adalah yang kedua pernah ku ada. Walaupun tak ada flash, internal memory tak sampai 1G, kamera tak sampai 2 MP, tak boleh select several kat contact list bila nak forward mesej banyak-banyak, hmm..aku tetap sayang dan suka telefon aku.

Di sini biar ku kongsi rahsia telefon bimbit masing-masing yang patut diketahui setiap pemiliknya.Ini sekadar yang ku tahu je taw.

1. Hanya perlu taip *#06# dan akan tertera no siri telefon masing-masing. Akan keluar aksara dan digit, cuba  lihat pada digit ke 7 dan kelapan .Eg : 11122510-112233........ (yang merah ).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   00
Mutu telefon bimbit anda adalah SANGAT BAIK sebab dipasang di negara pengeluar.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   01 atau 10
Mutu telefon bimbit anda adalah AGAK BAIK sebab dipasang di negara Finland.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   08 atau 80
Mutu telefon bimbit anda adalah OK LAA sebab dipasang di negara Germany.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   02 atau 20
Mutu telefon bimbit anda adalah TERUK sebab dipasang di negara Emirates (UAE).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   13
Mutu telefon bimbit anda adalah PALING TERUK sebab dipasang di negara Azerbaijan. 



Benda ni berdasarkan apa yang kutahu suatu ketika dulu. Sekadar berkongsi sahaja. Oh yaa, telefon ungu yang aku guna ini berada pada tahap teruk, unfortunately. However, I still like, damn much~~

Lagi satu, bila bateri dah rendah (low) sangat-sangat, senang cakap bila bateri handphone dah 'kong', lebih baik untuk menjawab panggilan secara handsfree atau tidak menyentuh langsung telefon bimbit yang berdering kerana pada waktu itu, kadar radiasi nya akan meningkat 1000. (radiation is 1000 times).

Telefon bimbit adalah gajet yang paling dekat dengan kita. Tak salah untuk ambil precautions.

Huhu, dah lewat dah ni, penat tapi kenapa aku tak tidur lagi?Sebab tadi 27hb, masih lagi birthday Ainun.Kitorang tunggu Ainun balik sebab nak makan sama-sama. Untuk pengetahuan, dia habis meeting pukul 12.55 malam. Boleh eyh macam tu..hoho.

Kepada Ainun @ Orang Minyak, happy birthday!Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki, Sejahtera dan Dipayungi Rahmat DariNya.



p/s: maulud~~