Pages

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Matahari Terbit Luar Tingkap

Assalammualaikum

Huu, gembira rasanya bila dapat tulis balik kat sini. Apa Khabar?

Tak lama dulu, aku bercuti ke utara tanah air. Ke Kedah dan Perlis. Sebagai first-timer, of course aku jakun sedikit dan ini memang menjadi penyebab utama aku mahu ke sana ; melawat pertama kali.

Ramai orang keliling ku cakap, sana tu macam 'pekan koboi' (cowboy) je, haha.Amboi, marah orang utara kalau dengaq lagu ni.Sukati hang ja nak cakap lagu tu. Sekali kena tempeleng baru hang tau. Pikiaq laa sikit..

Amacam? Terer tak aku speaking utara? :D
Sila jawab 'terer'.

Ada beberapa tempat menarik yang aku dan kawan-kawan lawati sepanjang berada di dua negeri tu, tetapi pada hemat aku, dua negeri ini dah cukup menarik dah, despite gelaran pekan koboi yang orang bagi. Sebabnya, aku jumpa benda yang aku jarang memang tak jumpa bila ada dekat johor bahru, iaitu..

1.sawah bendang
2.petani yang mengerjakan sawah
3.orang-orang (scarecrow) yang ada kat tengah sawah



Untuk pengetahuan semua, aku isytiharkan 3 elemen ini memang dah pupus kat jb.P-u-p-u-s. Dah tak ada dah.


Ye ke?Tak kan tak ada langsung? 'macam confident ' je bila cakap...

Baiklah, aku tipu sebenarnya. Sawah, petani dan orang-orang memang masih ada, cuma korang boleh lihat di televisyen atau surat khabar yang dijual di sekitar Johor Bahru. Tu je.

Aku rasa orang Perlis dan Kedah memang sangat beruntung sebab negeri mereka masih penuh dengan pemandangan yang cantik, hijau dan saujana mata memandang tu..fuhh ! Aku sendiri sanggup untuk travel antara Perlis ke Kedah seawal sesudah subuh, semata-mata nak tengok pemandangan yang cantik dan matahari terbit along the way. Aku memang suka pemandangan pagi.Kalau disuruh pilih antara matahari terbit atau matahari terbenam, aku pilih matahari terbit.


Banyak gambar yang dapat aku ambil, kebanyakannya pemandangan yang dapat aku lihat menerusi tingkap. Macam  'through my windows' (Bunkface) laa..hehe.  Lagipun, itu sahaja yang mampu aku buat masa dalam perjalanan. Tak kan nak suruh driver bas berhenti tengah jalan sebab aku nak ambil gambar kat luar ..

haih..semata-mata.

Bukan hanya  matahari terbit, aku juga sukakan tingkap, maksud aku duduk di sebelah tingkap. Tak kira masa naik kereta, bas, dalam flight atau bas sekolah masa dulu-dulu. Selain senang nak tengok luar, aku juga senang nak tidur bila mengantuk.0_o

Maka, bawah ini adalah gambar-gambar yang ditangkap sepanjang aku duduk tepi tingkap.


gambar ni dekat dengan Plaza Tol nak ke Arau


sawah dan petani.Orang-orang tengah berselindung agaknya.


bangunan di tepi sawah


setelah diamati, baru tahu yang bangunan tu sebenarnya sebuah sekolah menengah swasta.Fuhyoh..

subuh





senja


teringat kat Bain yang suka buat HDR gambar langit :)


waktu pagi

Sekarang, biar aku buat kesimpulan dari entry ini pertama ; jangan percaya kalau orang cakap Perlis dengan Kedah tak best.Mereka jeles sebenarnya.

Kedua ; bila pandang benda cantik, kita bertasbih sebab ia lebih baik dari cakap "EEeeee..cantiknya!!!" (coach ku pesan)


Entry tamat. Timekasih baca.


Wednesday, May 5, 2010

Walimah, Penipuan Hebat dan Pasti

Salam

Pengantin baru.
Tadi pagi cousin ku  (Arif) bernikah.Buat hari Rabu dan bukan hari minggu sebab nak 5 haribulan 5..gedik.Haha. Arif dah kawen, lepas nikah dia cakap kat kitorang (sepupu-sepupu) "...dah jadi suami orang"..huuu.Tahniah Arif, dan selamat pengantin baru. Dah ada satu tanggungjawab besar, jalankan sebaiknya. Arif sepupuku yang agak rapat terutama masa ku kecik.Dia pangkat abang, umur pun dah 27.



tahniah sebab sekali lafaz je.Nak tanya, kenapa baju basah giler?Nervous ke? :D

Penipuan hebat
Tadi baca blog ah fatt (kapten luffy) dan Kawie (cikgu kawie). Masing-masing berkongsi kesedihan kehilangan kawan baik mereka baru-baru ini. Well, masa kat blog Ah fatt, Boneka bagi komen yang padaku, ada betulnya.

here goes..



adeshh pengajaran yg hebat! tapi aku mungkin lupa ia esok atau lusa!

penipoan paling hebat!
adalah meyangka kita akan mati bila tua

Al-fatihah buat bro sham
[copy paste komen Boneka dr blog Ah fatt]


Pasti
"Dunia itu
penjara bagi orang beriman,
syurga bagi orang kafir"
Ayat di atas adalah sepotong hadith, dan malam ini kumahu kongsi dengan orang yang baca blog ini. Kawan-kawan, jangan terlalu bersedih ye..mati itu pasti bagi semua makhluk.


Sunday, February 28, 2010

Telefon Bimbit dan Rahsianya

Salam

*luahan sendiri*

Walaupun Sabtu, aku ada kelas dari pagi sampai pukul 5.  Esok pun macam tu. Sesungguhnya, aku agak penat, mengadap kod dari siang sampai ke petang. Cukuplah, kesian mata aku. Cikgu aku buat target nak suruh kitorang siapkan 100 latihan dalam masa 2 hari ni. Boleh bayang macam mana aku terkebil-kebil catch up apa yang dia ajar macam bullet train tu? Huhu, tapi aku suka lecturer aku yang sorang ni sebab dia sangat sempoi aje.;).

Sebab mata aku dah kero, maka rasanya tak perlulah aku dok sibuk-sibuk  buat coding tu malam ini. Lab aku full esok, jadi di sana aje laa kubuat.Huhu.

Berbalik pada tajuk entry. Sayang tak pada telefon bimbit anda sekarang? Aku sayang sebab ini telefon pertama aku. Sebelum ini, aku pakai telefon lama milik ayah. Memang old skool gila. Bak kata budak-budak sekarang, "baling kat anjing pun boleh mati"..:P

Handphone sekarang yang aku guna adalah yang kedua pernah ku ada. Walaupun tak ada flash, internal memory tak sampai 1G, kamera tak sampai 2 MP, tak boleh select several kat contact list bila nak forward mesej banyak-banyak, hmm..aku tetap sayang dan suka telefon aku.

Di sini biar ku kongsi rahsia telefon bimbit masing-masing yang patut diketahui setiap pemiliknya.Ini sekadar yang ku tahu je taw.

1. Hanya perlu taip *#06# dan akan tertera no siri telefon masing-masing. Akan keluar aksara dan digit, cuba  lihat pada digit ke 7 dan kelapan .Eg : 11122510-112233........ (yang merah ).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   00
Mutu telefon bimbit anda adalah SANGAT BAIK sebab dipasang di negara pengeluar.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   01 atau 10
Mutu telefon bimbit anda adalah AGAK BAIK sebab dipasang di negara Finland.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   08 atau 80
Mutu telefon bimbit anda adalah OK LAA sebab dipasang di negara Germany.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   02 atau 20
Mutu telefon bimbit anda adalah TERUK sebab dipasang di negara Emirates (UAE).

Jika nombor ke-7 dan ke-8 adalah  ;   13
Mutu telefon bimbit anda adalah PALING TERUK sebab dipasang di negara Azerbaijan. 



Benda ni berdasarkan apa yang kutahu suatu ketika dulu. Sekadar berkongsi sahaja. Oh yaa, telefon ungu yang aku guna ini berada pada tahap teruk, unfortunately. However, I still like, damn much~~

Lagi satu, bila bateri dah rendah (low) sangat-sangat, senang cakap bila bateri handphone dah 'kong', lebih baik untuk menjawab panggilan secara handsfree atau tidak menyentuh langsung telefon bimbit yang berdering kerana pada waktu itu, kadar radiasi nya akan meningkat 1000. (radiation is 1000 times).

Telefon bimbit adalah gajet yang paling dekat dengan kita. Tak salah untuk ambil precautions.

Huhu, dah lewat dah ni, penat tapi kenapa aku tak tidur lagi?Sebab tadi 27hb, masih lagi birthday Ainun.Kitorang tunggu Ainun balik sebab nak makan sama-sama. Untuk pengetahuan, dia habis meeting pukul 12.55 malam. Boleh eyh macam tu..hoho.

Kepada Ainun @ Orang Minyak, happy birthday!Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki, Sejahtera dan Dipayungi Rahmat DariNya.



p/s: maulud~~

Monday, February 22, 2010

Facebook Aku dan Jaringan Laman Sosial Lain

Salam

Rasanya, ini dah kali ke berapa buat entry blog yang ada kena mengena dengan facebook.

Saya agak lambat buat akaun facebook. Dulu rasa macam menyemak je benda alah tu. Rasa macam " aku ok je tak ada fb". Hoho, tapi itu dulu, sebab akhirnya, ku buat juga facebook. Ingat lagi masa awal-awal tahu pasal facebook. Tahun 2007 kalau tak silap.Waktu tu facebook baru sangat, tak ramai pun kawan-kawan dan orang sekeliling yang ada. I swear, that time memang nak bukak akaun tapi niat terbantut sebab "semua orang addict dengan myspace dan friendster".

True, friendster tu dah macam search engine google, wajib bukak tiap kali online. Segala-galanya tentang friendster. Kalau orang mintak email, mesti ada niat untuk add friendster. Maka selepas itu, lahirlah grafik java script " thanx for da add", dan macam-macam lagilah.


Thanks


Itu belum cerita edit layout, tambah grafik, buat banner bagai tu semua. Waktu jadi student sekolah dulu, edit layout dan jadikannya secantik mungkin is so -in-thing! Kira kalau layout cantik, dikira memang up-to -date la. Tengok sekarang, how is friendster doing now. Lame, noob? Benda yang dulunya memang advance sekarang dah jatuh jadi nombor berapa dah. Take over by facebook, blog, twitter and such.

Yerp, hidup tak selalunya di atas. 

By the way, friendster sekarang dah menjadi milik syarikat Malaysia. We are now the owner! Tahniah laa pada syarikat tersebut. Walaupun saya agak pesimis dengan keboleh-pergian friendster pada masa akan datang, tapi since the company kata "prospek marketing yang ada pada friendster sangat bagus untuk asia pasifik khususnya asia tenggara",..hurm, kita layan je laa. For us? Support weyh...

Dah lama tak bukak friendster, dah nyawa-nyawa ikan

Ouh, i have myspace too. Hari pertama sign in myspace juga merupakan hari terakhir saya bukak myspace.Not my cup of tea.Cukuplah satu friendster waktu tu..

Kini, facebook is the top in the list. Adik ku yang baru darjah 5 pun dah ada facebook. Aiman my cousin's son pun dah ada facebook. Nak main game dia kata. Maju nye budak-budak sekarang ni. His friend list mostly are teachers.Haha.

At first, i had certain hesitation before i decided to have my very own  fb. This entry explains everything. That's why i blog the article right away. It was the day i finally sign up to have one. Hehe ;)

Masa buat facebook, i told my course mates yang selama ni dok suruh buat. Dorang laa yang mula-mula request jadi friends. And yes, i save the first 'place' for my roomie, hajar. ;) The next day, ada 38 orang yang request nak jadi kawan. Haha, jakun jap masa waktu tu, mungkin sebab i'm a newbie!Mesti laa jakun.Mana pernah buka friendster dulu tetiba ada 38 orang yang buat friend requests...(the other way of saying i tak popular T___T ). Uhhuhu~~ 

Yang termasuk dalam senarai 38 orang tu adalah kawan-kawan dan lecturer. What? Allah..

Dr R (bukan nama sebenar) mengajar saya beberapa subjek. Malah Dr R adalah PA (penasihat akademik) saya sepanjang pengajian."Huhu, nak approve ke nak ignore nih. Kantoi laa kalau jadi pape nanti.."getus hati kecilku yang bajet nates ini..

Approve jugak akhirnya.

*sebelum ni Dr R pernah menyelit suruh siapkan mini projek masa budak-budak ni sibuk main komen-komen, haha* gurau je tu sebenarnya..

Sekarang ni, nak inform pape pun guna facebook. Nak cakap tarikh daftar subjek, assignment, dan etc guna saluran fb (selain dari elearning, of course. ) Kalau nak cerita baik buruk fb ni, sampai bila pun tak habis sebab pada pendapat saya laa, this type of technology is progressively improving. Evolves and updates. Satu elemen yang kita argue hari ini, mungkin akan berubah esok harinya. 

Tak kesah laa, setiap orang ada pendapat masing-masing. Guna satu saluran media itu dengan sebaik mungkin.Tak payah sampai kena masuk penjara macam saudara Tasyriq tu dulu, oops.

Sapelah aku nak ajar orang cara guna facebook. 




Ahh, yang penting tadi bukak facebook  terus rasa bahagia, dan terus terinspirasi nak buat entry blog macam ini :P


klik untuk tumbesaran

p/s: persoalannya di sini, kenapa pensyarah tu rasa yakin je kitorang bukak facebook malam-malam macam ini. Konfiden je bagitau mesej ni kat fb..hmm
:P 

Wednesday, December 23, 2009

Stressor

Salam

Baru balik kelas industrial psychology.Subjek elektif.Topik hari ni, stress management.Ironi, kerana aku mula rasa stress. Actually dah stress since right before naik sem. Well, dalam kelas tadi fokus sekejap2 je. I sketched pictures of my hand on a piece of paper, it reminds me of the teka-teki i used to play with intan when i was in standard 2.She's married anyway.

Then, i started to write a note 'About me'. Writing all my recent favorite and hate. Hmm, the last line i wrote is about how i miss my grandmother.And i stopped there. How i miss her. If u grow up, or grew up with your grandmother beside, nagging scolding and such, consider yourself lucky.Damn lucky.

By the way, i don't blame the long lecture, just me, with no focus.Kumar and Zaireel change their elective subject, and follow my schedule instead. So today is their first class, and sitting not very far from me.

This week, i've been talking with ezareena a lot.How's your week, my week..bla..bla..

Tak teeraturrrrrrrrrr..

Talking to her sometimes is like an antidote.Haha..eza, kau baca tak ni?

Eza kata kehidupan di KP semkain menyedihkan.Satu, cafe bawah blok tak bukak2, kontraktor perabot tak pasang almari lagi, so baju bersusun atas meja. Yet, yuran KP is the most expensive.What the fishh. book.??

~they sell books here~



Hmm, to be honest, I already feel like..hmm, just about to close my blog account. Enough.
You know the feeling of doing things half-heartedly??

A situation like, buying a red shoe or blue shoe, blue or red, which one..

I usually put both back and leave the shop.

p/s: Madam kata stressor ni benda yg buat kita stress.

Sunday, November 29, 2009

Bercuti dan Belajar .Huhu..

Salam

Seperti yang dibertahu, i'm off to korea hari ni.To be precise, malam ni di KLIA, naik Korean Airlines.Mana laa tau ade blogger yang kerja sana ke, boleh jumpe..teeheehe~

Just nak bagitau, ini bukanlah vacation dengan family. <-- ni yang kurang best ni. Tapi ni ke korea dengan beberapa pelajar fakulti bersama lecturer.Wakaka.Sadisnya.Nak buat macam mana, dalam surat kata tak boleh bawa family.Huhu.Jadi, walaupun flight saya malam, kejap lagi dalam pukul 3 kena kumpul di kampus.Alahai..

Antara yang kami akan buat adalah beberapa aktiviti di Seoul National University. Budak-budak ni cakap, mungkin kena buat speed programming.Come on laa, tak perlu kot aku rasa.Hehe..

Mungkin juga senior yang ikut ni (err, saya second year ye, masih junior :) )kena bentang project sarjana dorang.Haa, bagus kalau macam tu. Lagipun, dorang ni lah golongan yang disuruh membawa laptop. Maksudnya memang ada kena buat kerja.

Sebenarnya, untuk cuti ni, selain daripada snorkelling dengan kawan-kawan pengakap yang dilepaskan seperti entry ini, aku juga melepaskan peluang ke ITB.Institut teknologi bandung.Yeah, doktor dayang pun tanya kenapa tak jadi pergi.Sebabnya, program habis masa raya haji.Dan, aku tak nak kelam kabut nak prepare untuk ke korea pulak.By the way, ITB adalah antara universiti yang terbaik dalam bidang komputer di asia tenggara.Ranking dia lebih tinggi dari  universiti kat Malaysia termasuk UTM sendiri.Kagum bukan?Jap, ni Dr Dayang bagitau, kalu dia tipu, maksudnya aku pun tipu...huehuehuhu.

Cuti ni juga daku bekerja :-). Okay, ni nak bangga kejap, sebab tak sangka ada bakat.Ahaha.Kerja nya dalam bidang komputer juga, ada kena menulis sikit-sikit dan banyak mencari maklumat.To be honest, kerja yang Mr Hairuddin offer seperti entry ni adalah lebih mudah dan masyuk sebenarnya.Tapi, i still pilih kerja sekarang sebab banyak belajar.Dan minat juga. Tapi tak boleh la bagitau kerja apa.Tak nak mencapub. ;). Kalau dah lama-lama, aku cerita okay?

Well, my boss pernah datang dan meninggalkan jejak di blog ni.Hehehe.In case dia baca entry ni, ada satu pesanan..

..boss, saya memang tulis sesedap rasa je kat blog ni.Harap terhibur.Muehehe~
Jangan lupa bagi komen, lepas tu follow la I sekali. ;P..

-untuk kedua-dua boss-

Okayh semua.Kembali ke duniaku semula.

Apa lagi erk nak bagitau, erm..haa, widget top commentor di sidebar ni sudah semakin sengal. Siapa -siapa yang persasan, dia memang berubah-ubah.ET pun cakap seperti dalam kotak komen entry ni.See..

Dan semalam, pergi blog bain dan he makes my day.(ok, ni entry lain).Terima kasih bain.

Komen still tak auto publish. Kena dimoderate oleh owner blog ini <--saya lah tu. Kalau ada kesempatan untuk online di sana, komen akan diapprove laa.Dan kalau sempat lagi, ada entry baru.Huhu.

(err..boss, nanti kalau ada masa jugak, saya siapkan sekali kerja kat sana ;) )

Last but not least, rajin-rajin datang ke blog ku, walaupun tak ada entry baru, heh. Klik nuff sekali.Lalala~

p/s: klik semua 'entry ni' ni tab baru ae.
Tahniah pada semua yang menang untuk contest Lumut.
Kalau rindu, klik archive ku dan baca. :)
Avid gunner<--dah balik belum?Best tak?

~banyak nyee nota kaki~

Friday, November 27, 2009

Mari Berlink. dan Kekurangan

Salam

So macam mana dengan aidiladha korang?Ada drama kejar-kejar macam main polis entry dulu tak?haha..

Hari ni Jumaat,esok weekend, lagi sunyi laa blog ni, tak ramai orang berblog.Huhu.

Takpe, teruskan hidup ;)

Blog ni masih ada banyak kekurangan, paling nyata ialah tiada tarikh? What the fish! Maleh betul nak cari coding dia. Editing akan ambil masa, so bukan dalam masa terdekat ni. Hee, tapi Kuwe dah perasan laa, ehehe, tajam je mata ye En Kuwe ni.By the way, in case kalau ada orang tak faham, maleh itu adalah seperti malas-malas.Slanga.

Lagi satu adalah tab button yang masih belum di link kan. Ohoo, kena buat entry khas dulu baru boleh link. Maka, bukan sekarang juga.Lalalala~

Ape lagi.Hurm, yang lain tu minor.

Tapi kan, pelik betul dengan widget top commentor kat sidebar sebelah  ni sebab dia berubah-ubah. Berubah kedudukan tu takpe, ni berubah bilangan komen. Tak pelik ke? Hari ni sharamli punya komen ada 40, esok 37, lepas tu 42.Hishhh, ni dia kira percentage ke?

Aissshhhhhh~

Papepun, bawah ni adalah full list top commentor blog ini.Terima kasih sebab rajin beri respond. Tapi..tapi, yang tak beri komen pun terima kasih sebab sudi baca entry dan singgah.Cuma tak ada jejak je laa.





Okeyh, Blog mereka semua besh besh belaka. Sila klik, baca entry dan komen.

p/s: salam aidiladha!

Thursday, November 19, 2009

Mencari pemikir hebat abad ini!

Salam

Yeay.Baru je tukar nama tab button kat atas tu.Nampak tak??

Tapi belum link dengan entry lagi.huhehuhu..

Terima kasih cikdilahdilot yang tolong!!! p/s : i sayang u lebih arr..

****************************************

pokok ape yang orang makan dari pucuk sampai ke akar?

Banyak-banyak kambing, kambing apa yang orang cari?

Satu perhimpunan pagi di sekolah dihadiri seluruh buah-buahan di Malaysia ini.Tapi buah apa yang tak ada?

TEKA LAA..

p/s: ada kerja~~