Pages

Wednesday, June 2, 2010

Selamat Tinggal, Jumpa Lagi.


Salam

5 Januari 2009. Itulah hari jadi blog ini. Kalau suruh rewind balik dan cuba untuk ingat semula perasaan aku masa hari pertama tulis blog, well aku dah lupa. 

Tak pernah aku menjangka untuk berblog, dan terus menulis cerita di blog sehingga ke hari ini. Agak cliche untuk bercakap tentang tujuan orang berblog, jadi lebih baik untuk tidak memperkatakannya. Tapi aku teringin betul nak cakap apa yang aku dapat sepanjang aku berblog. Harapnya, korang teruskan membaca dan ini mungkin entry terakhir aku di sini.

Blog menjadi tempat aku meluah. I have the chance to channel my emotions somewhere, so here goes. Sudah menjadi fitrah manusia yang normal untuk meluahkan perasaan dan pandangan dengan orang terdekat. Kadang-kadang orang yang dekat boleh jadi bukan orang, boleh jadi hanya entiti yang tak bernyawa. Contohnya blog. 

Hmm..

*senyap*

*senyap*



Hurm, susah juga untuk aku menyambung tulis entry ini. 
Baik, biarlah aku simpulkan bahawa aku sangat sayang pada blog ini. Somehow, it becomes my witness, of me growing up. Semalam aku menyelongkar archive dan delete entry blog satu per satu. Bila baca balik entry lepas-lepas, aku ketawa, senyum, malu pun ada. Tapi aku anggap ia sebagai satu proses aku mencapai sedikit kematangan (if i could say that). At least, aku boleh cakap yang aku dulu pernah kecik, pernah fikir dalam kotak pemikiran anak kecil, dan zero.Mana ada orang yang terus jadi bagus dan ini bukan bermaksud aku cukup bagus sekarang.No. Kita bukan malaikat, dan kita bukan maksum.

Jadi, aku biarkan sedikit entry blog ini tinggal di archive. Sekadar peringatan untuk diri sendiri tentang apa yang pernah aku buat dahulu. Suatu kenyataan. Face it. 

Semalam aku nekad sungguh. Hari ini aku cuba menzahirkan nekad itu dan aku buat ini untuk diri sendiri keranaNya. InsyaAllah aku cuba, bila lagi kan?
..dan meninggalkan blog begitu sahaja selepas lebih setahun menjadi part of me, is never easy. Lebih-lebih lagi bila aku kenal ramai kawan di sini, baik buruk, nasihat mahupun carutan yang aku baca, aku anggap itu sekadar bahan selingan aku tatkala penat mentelaah pelajaran, yang mana korang tak paksa pun siapa-siapa untuk baca..

Kawan-kawan.Aku rasa ini akan jadi perkara yang paling aku rindu tentang blog. Suatu bentuk ukhwah yang berbeza dan aku berterima kasih untuk itu.

Before I fall any deeper, 

Aku mahu mengucapkan terima kasih pada semua atas segalanya.Thank you for this wonderful experience and thank you for being part of my life through this blog. Aku juga mahu mengucapkan maaf, jutaan maaf jika aku ada terkasar bahasa (memang ada), tersalah kata, mengguris hati mana-mana individu, dan apa jua kesalahan, aku mohon maaf. So sorry.

Tak lama lagi, comment moderation akan tiada di blog ini dan kalau free, aku akan sign in account dan singgah ke blog masing-masing. Aku dah update google reader ku, harapnya virtual friendship ini kekal.



Yours Truly, 
Green.

Pen off.