Pages

Sunday, July 12, 2009

Boleh saya tahu siapa natrah??

salam

semalam aku berblog walking. Macam biasa..
Aku berhenti di web Saifulislam.com Membaca nukilan penulis mengenai Natrah.

Siapa Natrah??

Jujur, aku tidak mengenali siapa dia Natrah.Tak pernah dengar nama dia sebelum ni, dan x pernah baca tentang beliau apatah lagi mengetahui tragedi di sebalik nama itu. Nama Natrah itu.

Pagi ini ku membaca akhbar online, ade artikel menarik mengenai Natrah. Tapi masih, kabur aku tentang dia..

Dan aku terus mencari-cari..

jumpe.. :]

So, di sini aku letakkan sedikit info mengenai Natrah, seorang wanita yang pernah mencorak lipatan sejarah negara suatu masa dulu.

Kisahnya bermula pada tahun 1942, kira-kira 67 tahun yang lalu..
 
Ketika itu, Bertha Hertogh (Natrah), 5 tahun, berasal daripada keluarga Belanda diserahkan kepada Che Aminah, seorang peniaga kain di Jawa untuk dijaga. Dia diserahkan ibu dan nenek, tanpa pengetahuan bapanya yang ditawan tentera Jepun.Natrah dibesarkan Che Aminah dalam suasana Islam.

1945, Bapa Natrah dibebaskan. Usaha mencari Natrah terus dibuat terutama di pulau Jawa, oleh pegawai-pegawai British dan Belanda. Waktu itu, ibu dan nenek Natrah telah pun kembali ke Belanda. 

1949, Natrah dijumpai dan setahun selepas itu, atas muslihat bapanya, Che Aminah membawa Natrah ke Singapura. Dan di Singapura lah, satu demi satu peristiwa menimpa Natrah. Keluar masuk mahkamah, diperintah ke rumah kebajikan, dituntut hak jagaan oleh bapa kandung dan Che Aminah sendiri, sehinggalah pada Ogos 1950, Natrah nekad bernikah dengan Cikgu Mansor Adabi demi 'menyelamatkan' diri.

riot

Namun ketika itu, usia beliau baru menjangkau 13 tahun dan Mansor Adabi berumur 22 tahun.Atas pengadilan undang-undang Belanda dan perbicaraan segala, Natrah diperintah kembali kepada keluarganya di Belanda. Islam di hati Natrah, tetapi tiada siapa berhak menghalang beliau mengenali agama bapanya..itu kata mahkamah.

Tragedi bermula kerana kekecewaan penduduk Islam Tanah Melayu dan Singapura. Mulanya dengan rapat umum, kemudian bertukar menjadi rusuhan, demi menghalang usaha memurtadkan Natrah.Usaha tersebut gagal. Yang berlaku hanya kematian, cedera dan duka saudara seagama.


natrah, mansor adabi, che aminah

Padaku, tiada yang bahagia berlaku kepada Natrah sekembali ke Belanda. Dihalang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimat, murtad, perkahwinan baru yang gagal, cubaan membunuh, hidup melarat, sakit dan sebagai...

Tak lupa juga pada kesedihan Cikgu Mansor yang mendengar berita murtad Natrah..

25 November 1975, Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

Terlalu banyak yang berlaku pada wanita bernama Natrah ini..Cukuplah aku katakan yang akhirnya beliau meninggal dunia di Belanda, 9 Julai lalu akibat leukimia. 

Darah, air mata dan pengorbanan memenuhi kehidupan wanita ini. Sebagai insan, aku simpati.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan menempatkan roh beliau di sisi hamba yang dikasihi..

                                       ~~~

9 comments:

sharamli said...

0rg xpenah tw p0n psl ni...

raudhah insyirah said...

nice post! really like it...informative sungguh!

green said...

sharamli...first2 pn owg x tau gak..

ria abadi..thanx~

Dj Epoi said...

Salam...

Rasanya.....Sejarah ini telah difelemkan....di Malaysia..

Gua dah tengok waktu kecik2 dulu...

Gua ader gak tanya pada Ibunda Gua siapa sebenarnya NATRAH ini?

Nice Entry.....
Sejarah HARUS beb!!!!

Dj Epoi said...

Salam...

Rasanya.....Sejarah ini telah difelemkan....di Malaysia..

Gua dah tengok waktu kecik2 dulu...

Gua ader gak tanya pada Ibunda Gua siapa sebenarnya NATRAH ini?

Nice Entry.....
Sejarah HARUS beb!!!!

||alis|| said...

thanks for info, very useful.

;)

Ivy Metaga said...

uihh..tak pernah dgr juga ni, hurmmm..nasib green ada kasi info yer..=)

Dj Epoi said...

Salam.....Hari semalam dalam METRO ada lagi citer NATARH nih....

Rupanya dia dah meninggal daaa!!!
Rasanya...dia tak masuk Muslim...walauponk waktu kecik2 dipelihara oleh orang MUSLIM...

green said...

to alis and ivy >> ur welcome and xde hal laa..

dj epoi..haah memang..